Bila terkenang…

Jam 10.32 mlm.
23 November 2006.
……………..
Terima panggilan daripada Ustaz Rosdi ( ustaz dan juga mentor saya di Sekolah Kiblah). Ust Rosdi meminta saya menjelaskan serba sedikit tentang undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Katanya ada orang yang meminta bantuan dari dia.
Teringat kenangan di zaman persekolahan. Benarlah apa yang dikata. Kenangan persekolahan adalah kenangan yang manis. Dan saya [...]

Dalam gembira, mendung pula memayungi..

Sungguh saya terkejut. Terkejut dengan apa yang terjadi. Baru semalam saya mengimbau kenangan Persilatan di Akademi Pengajiam Islam UM Nilam Puri. Kenangan yang membangkitkan semangat pendekar. Menjadikan saya rindu pada setiap gerak langkah mengatur buah silat. Rindu pada setiap tumbukan, tepisan dan kilasan dalam setiap gerak tindak. Juga rindu pada sahabat-sahabat seperguruan sepersilatan. [...]

Rahsia di antara rahsia-rahsia

Pusat Sumber Jabatan.
Dalam masa yang sama adalah pejabat sementara.
Pejabat asal dalam proses ubahsuai.
……………………
Tekun mengadap kitab Mughni Muhtaj. Cuba memahami bait-bait ayat yang tertera. Sesekali dahi saya berkerut cuba memahami maksud yang ingin disampaikan. Tidak lama kemudian datang Dato’ Abdul Rahman. Dato’ duduk di kerusi bertentangan dengan saya. Kami berbual bual sebentar. Seperti biasa, saya [...]

Di celah-celah kehidupan..

Sabtu, 18 November 2006
UIAM
…………
Akhirnya sah sudah tarikh peperiksaan ditunda. Jadual asalnya ditetapkan pada 2, 3, 9 dan 10 Disember 2006. Setelah ditunda maka, tanpa dapat dihalang lagi peperiksaan akan berjalan pada 16, 17, 23 dan 24 Disember 2006. Terlihat tanda-tanda kekecewaan pada sebahagian wajah-wajah rakan sekuliah.
Saya pun kecewa… Dengan tertundanya tarikh periksa, maka ini bermakna [...]

Berkongsi ilmu..

Malam tadi dalam jam 9, ‘berurusan’ dengan sahabat yang sedang belajar di mesir (di sana lebih kurang pukul 4 petang).Saya sebenarnya dalam proses untuk mendapatkan bahan bacaan dari sana. Dan banyak juga buku yang dia cadangkan. Pagi ini ketika menjelajah ke web Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi, saya tertarik dengan salah sebuah buku nukilan beliau. Saya [...]

Ranjau Sepanjang Jalan

Saya baru selesai membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Menyingkap kehidupan keluarga pesawah padi. Walau apa jua halangan, hidup tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Perlu ada usaha untuk mengharunginya.
Saya jadi rindu pada kehijauan sawah padi. Kehidupan berlatarbelakangkan kelapa sawit tidak sama dengan sawah padi. Sedari kecil saya dikelilingi kelapa sawit. Hanya ketika pulang ke [...]

Bayangan di sebalik kabus..

1985/1986
Hari Pertama Sesi Persekolahan
Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Sebelas
…………
Bangman akan mula memasuki darjah satu hari ini. Seperti kebanyakan penduduk Felda Jengka Sebelas, pendaftaran anak-anak akan dihantar oleh ibu bapa. Ayah akan mendaftarkan anaknya yang ke-6 pada hari ini. Saya yang berusia hampir 4 tahun turut dibawa bersama ayah.
Di luar bilik darjah saya lihat ibu bapa berbual-bual [...]

Awan itu kulihat jingga..

“Enta beruntung sebab dapat kerja awal” kata seorang peserta kursus kepada saya. Itu juga yang sering dikatakan orang lain pada saya. Dan saya hanya tersenyum. Senyuman yang zahirnya mengiyakan. Hati saya ketika itu kuat pula menentang.
“Ya, betul la tu. Tapi siapa yang tahu kisah di sebalik tempoh pengangguran saya?”
Ia bukan zaman saya melakar lukisan indah [...]