Memo Sementara..

Tapi, selalunya ia sekadar dibuat ala-ala ‘Taubat Sambal Belacan’. Bibir kata pedas, tapi jari masih lagi degil nak ‘mencuit’ sambal dan dimasukkan ke mulut. Biar mata berair menahan kepedasan. Tapi demi kepuasan nafsu makan, sambal belacan tetap di’lahap’.
Saya tak pasti memo ini pun seumpama ’sambal belacan’ atau pun tidak.

Lebai yang dikisahkan Malang

Cerita rakyat memang asyik untuk didengari. Saya lebih akrab dengan kisah ‘rakyat nusantara’ berbanding kisah-kisah ‘rakyat benggali putih’. Saya sanggup menyorokkan buku perpustakaan sekolah rendah yang baru tiba, semata-mata untuk memastikan saya menjadi orang pertama yang meminjamnya memandangkan kuota untuk meminjam tidak pernah cukup. Makanya, terpaksalah saya membuat giliran buku-buku untuk dipinjam dan bagi memastikan [...]

Kalau begitu, di mana hak kami pula?!!!

Kalau ini yang diperjuangkan. Ini yang dipentingkan. Saya ingin bertanya… bagaimana dengan hak kami untuk memastikan mata kami yang diamanahkan oleh Allah terjaga sebaiknya?
Saya sakit hati!! Sedara sedari sakit hati tak? Klik di bawah kalau nak tau apa yang saya sangat-sangat sakit hati..
ORANG GILA!!!

Jalan di hadapan..

Setiap hari akan lahir generasi baru. Mereka bakal meneruskan perjuangan di muka bumi. Mewarisi apa yang ditinggalkan. Mendepani apa yang tersedia untuk mereka. Tinggalan generasi terdahulu. Hasil usaha kita jua.
Bayi yang baru berkenalan dengan dunia ini terlalu bersih. Bersih dari dosa. Bersih dari hasad dengki; cantas mencantas; fitnah memfitnah. Biarpun ada dilahirkan tanpa ikatan sah [...]

Ada erti pada seni..

Haiwan kesayangan saya sudah mula beraksi. Bukan lagi rahsia bahawa penguin adalah haiwan kesayangan saya, di samping ikan-ikan hiasan yang begitu menambat hati saya. Antara impian saya ialah memiliki akuarium ikan di rumah sendiri. Juga impian memiliki sepasang penguin untuk dipelihara. Dan untuk itu saya perlu menyediakan akuarium khas yang disesuaikan dengan ekologi penguin. Saya [...]