Posted on February 28, 2007 by hisham
Entah kenapa perasaan sebegini dirasai. Terlalu menyayangi tetapi terlalu sukar melafazkan.
Ibu. Saya sayang ibu
Itulah terkadang sikap kita. Anak-anak yang telah dewasa. Seakan malu melafazkan. Hanya mampu menzahirkan dengan tingkah laku. Benar kita sayang pada ibu. Benar kita kasih pada ibu. Tapi, kasih dan sayang tidak kita ‘lafazkan’. Kasih dan sayang kita kepada ibu, kita hanya [...]
Filed under: Pedoman | 5 Comments »
Posted on February 22, 2007 by hisham
WAKAF DAN PERANANNYA DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Oleh: Hj. Mohd Nazri Chik
Institusi wakaf semakin diberi perhatian dewasa ini lantaran kesedaran tentang kepentingannya sebagai salah satu pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam.
KONSEP WAKAF
Terminologi wakaf berasal daripada perkataan Arab “waqafa” yang bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf telah diberikan beberapa takrif seperti:
1. Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) – [...]
Filed under: Artikel | 16 Comments »
Posted on February 14, 2007 by hisham
Kata kawan saya:
Dia yang saya kenali dulu. Lembut pada pandangannya. Ayu pada akhlaknya. Indah pada pakaiannya. Alangkah bahagianya andai dia menjadi suri hidupku kelak.
Kami sama-sama dari sekolah yang berlainan. Mendaftar ke sekolah yang baru lantas dimasukkan ke kelas yang sama. Kelas aliran agama & akaun. Sekolah kami sekolah agama yang ternama. Kami dididik dengan [...]
Filed under: Pedoman | Leave a Comment »
Posted on February 13, 2007 by hisham
Selesai solat Jumaat, solat jenazah didirikan. Isteri Pakcik Nanyan Arshad telah kembali ke Rahmatullah pada hari sebelumnya. Dalam kesesakan orang ramai, saya sempat mengerling pandangan pada Pakcik Nanyan. Berbaju melayu berwarna putih juga kopiah yang sama warna. Ternampak redup dipandangan. Selesai jenazah diiringi saya pulang ke rumah.
Di rumah ketika berbual bual dengan ibu, kisah lama [...]
Filed under: Kenangan | Leave a Comment »
Posted on February 6, 2007 by hisham
Seminggu ini saya berada di kampung halaman. Ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan. Jadi, selama seminggu ini juga saya tidak dapat selalu melayari internet seperti kebiasaan. Saya perlu ke bandar untuk tujuan itu. Saya kini dalam tempoh bertenang.
Untuk mengisi kekosongan ilmuOne ini, saya berhajat menukilkan satu kisah pendek yang muncul dari perbualan waktu senggang…
Shamsul [...]
Filed under: Jurnal | Leave a Comment »