Hadiah perkahwinan..

Cuti sekolah dan majlis perkahwinan. Kalau di kampung saya, Jengka Sebelas, cuti sekolah inilah menjadi ‘gelanggang’ majlis perkahwinan. Jika cuti sekolah selama seminggu, maka bukan perkara yang pelik kalau majlis perkahwinan juga berlangsung pada setiap hari. Rentak perjalanan di Felda tidak sama dengan kehidupan berorientasikan ‘office hour”. Jadi tidak menjadi kesulitan untuk dilangsungkan majlis pada hari ‘bekerja’. Cumanya mungkin mendatangkan sedikit kesusahan kepada tetamu-tetamu yang terikat dengan rutin ‘bekerja’.

Bukan niat saya menceritakan perihal majlis perkahwinan tetapi tentang hadiah perkahwinan. Hadiah buat pasangan yang baru diijabkabulkan.

Ketika sesi membuka hadiah mungkin ini akan berlaku.

Hadiah pertama, satu set pinggan mangkuk. Hadiah kedua, pembakar roti. Hadiah ketiga, sebuah album yang bersaiz besar. Hadiah keempat, rice cooker. Begitulah seterusnya. Terkadang mungkin untuk hadiah gelas sahaja menjangkau beberapa set. Pembakar roti juga begitu. Hadiah yang sama.

Apa maknanya? Apa tujuan kita memberi hadiah? Adat? Kelaziman? Tanda ucapan tahniah? Mungkin juga tanda ingatan tulus ikhlas yang lahir dari hati. Pemberinya memang berbeza, cuma jika difikirkan secara logik, di mana fungsi hadiah itu sebenarnya yang ingin kita letakkan.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, adakah perlu untuk memiliki pembakar roti yang lebih dari kadar yang diperlukan? Pinggan, mangkuk, gelas, cawan, sudu, garfu; yang jika dihimpunkan mungkin boleh memenuhi kabinet. Tersimpan begitu sahaja. Dan tidak mustahil hadiah-hadiah tersebut mungkin juga akan dihadiahkan pula kepada pasangan-pasangan lain yang melangsungkan perkahwinan.

Memang menjadi satu masalah kepada saya untuk memilih hadiah apa yang bersesuaian untuk diberikan. Hingga kadangkala saya akan bertanya kepda bakal penerima hadiah, hadiah apa yang dikehendaki. Sebab kadangkala kita tidak tahu apa sebenarnya yang diperlukan atau diminati seseorang.

Kepada bakal-bakal penerima hadiah, jangan pula mengidamkan hadiah yang melampaui kemampuan si pemberi.

Mungkin bagi peminat/ pencinta buku, ada buku @ novel yang ingin dimiliki. Mungkin juga kita boleh ‘tolong melanggani’ majalah kegemarannya. Untuk menghadiahkan sesuatu yang agak mahal mungkin kita tidak mampu. Jadi, berpakatlah dengan sahabat-sahabat yang lain berkongsi membeli hadiah. Sebuah akuarium mungkin boleh menggembirakan bagi pencinta ikan-ikan hiasan yang masih belum berjaya memiliknya. Sebuah terrarium mungkin amat bermakna bagi pencinta ’suasana kehijauan’. Sebuah alat senaman mungkin menjadi alat kesayangan kepada penerimanya.

Terrarium yang menjadi idaman saya… hehehe

P/s: Dwan, entri ni wujud sempena perkahwinan ko :-)
Ko dah terkeluar dari senarai Pegawai Syariah yang bujang…hehehe

Selamat Pengantin Baru.
“Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kamu, semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kamu dan semoga Allah menghimpunkan kamu berdua di dalam kebaikan”

9 Responses

  1. Assalamualaikum..saya berminat dengan artikel nie.Ada ketikanya ,kita seolah-olah kehilangan idea untuk memberi hadiah buat kenalan dan sahabat.Apa yang penting keikhlasan daripada pemberi kepada penerima.

  2. Waalaykumussalam.. memang macam tu yang selalu terjadi.. tak tau nak bagi hadiah apa.. walaupun memang kita benar2 ikhlas, tapi kita juga kalau boleh mengharapkan biarlah hadiah yang kita bagi tu ada manfaatnya pada penerima. Sebab tu kalau boleh kita tanya apa yang dia nak… ataupun kita sendiri yang ’siasat’. Masalah kalau kita tanya, bakal penerima ni segan-segan nak bagitau…. :-(

  3. Assalamualaikum,
    Terrarium??? ok gak tu untuk hadiah perkahwinan.

  4. Waalaykumussalam khairnaj..
    Minat dengan terrarium jugak ke? :-)

  5. lecturer sy pernah cerita, masa dia di uk, stail memberi hadiah perkahwinan disana, pengantin akan buat satu katalog barang2 yang diidamkan untuk mendapat hadiah, kawan2 harus menanda barang mana yang akan diberi, siapa cepat dia dapat utk elakkan hadiah yang sama antara pemberi2 hadiah. tapi dr sudut lain cara ini mungkin akan menjejaskan keikhlasan dan fungsi kenapa hadiah diberi.

  6. hm.. ada juga style macam tu rupanya… dilihat dari segi positif, takde la berlakunya ‘pertindihan’ hadiah-hadiah. Senang cakap, penerima tu dapat memanfaatkan kesemua hadiah yang diberikan. Mungkin negatifnya dari segi keikhlasan sebab mungkin wujud unsur keterpaksaan untuk pilih yg dalam senarai je…
    Yg bakal menerima tu faham2 la apa yang diidamkan tu biar berpatutan.. kalau yg mahal2 tu beli sendiri la… hehehe

  7. terrarium tu apa?
    tmn mini dlm akuarium atau stadium (tak mungkin)…
    tp mcm cutela pokok2 tu…subhanallah….
    guaner dia nak membesar nanti?sedikit kemusykilan di situ….

  8. Terrarium tu lebih kurang ‘taman mini’ dalam bekas yang pelbagai. Macam2 bentuk bekas yang ada. Petak, sfera, bersegi-segi.

    Proses membesarnya, di dalam bekas tersebut dan ia seorlah-olah bonsai. Pelbagai tema’hutan’ boleh dibina di dalamnya. Setakat ini yang saya tahu, sayrikat Urban Nature yang ada jual terrarium2 ni. Lokasinya di Bangsar. tapi, saya pun tak pernah lagi pergi…. Cuma tengok kat tv 2 tahun lepas…

  9. Saya setuju ngan pendapat enta.hmm..saya pon sedang mencari hadiah yg sesuai untuk teman baik yg akan mendirikan rumahtangga.Hadiah perkahwinan ni bukan selalu nak bg, once in a lifetime..kalau boleh nak yg memorable sket..tapi xtau nak bagi apa. Terrarium tu nampak menarik..

Leave a Reply