Bicara tanpa suara

 

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itu memang diakui. Lontaran kata-kata boleh jadi memusnahkan diri. Antara kata-kata yang bersuara dengan kata-kata bisu tanpa alunan suara,yang manakah lebih berbahaya?

Salam ilmuOne

Assalamualaykum wrh. wbt
Bermula esok, saya akan ‘dihadapkan’ dengan kertas ujian dan seterusnya saya sendiri perlu mengadap bahan-bahan untuk disiapkan tugasan pengajian. Selepas itu, sekali lagi saya akan ‘dihadapkan’ dengan ujian dan peperiksaan.

Dalam tempoh tersebut, tangan saya akan digari daripada memasukkan entri baru di sini. Tapi mungkin juga seandainya saya dapat mencari kunci gari tersebut, [...]

KehendakNya dia pergi

9 Jun 2007 ( Sabtu)
Malam
Di dalam bas Transnasional, perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuantan
…………………
Kerusi 6C, saya bersandar keletihan. Kelas DAIJ yang selesai saya hadiri pada hari itu begitu memenatkan. Apatah lagi disertakan dengan kejutan demi kejutan tentang ujian dan peperiksaan yang akan saya hadapi. 3 minggu saya tidak menghadiri kelas kerana berkursus dan [...]

Jadual baru..

Senarai beberapa jadual terbaru untuk saya hadapi..

16 Jun 2007 ( Sabtu) – Ujian Pengurusan Harta Pusaka

- Ujian Qawa’id Fiqhiyyah

18 Jun 2007 (Isnin) – Mesyuarat Kewangan

23 Jun 2007 ( Sabtu ) – Ujian Undang-undang Keterangan

- Submit 2 assignment yang tak dimulakan lagi…

30 Jun 2007 ( Sabtu ) – Exam Pengurusan Harta Pusaka

1 [...]

Selingkar kisah; Induksi dan Kenegaraan

Atas permintaan beberapa orang sahabat, saya akan kisahkan ceritera tentang semusim perjalanan ketika menjalani Kursus Induksi dan Kursus Kenegaraan. Ribuan kemaafan sekiranya latar penceritaannya tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya. Cerita ini cerita dari satu pihak. Saya olahkan berdasarkan sudut pandangan saya sendiri kerana saya hanya memahami apa yang saya lalui.Sekiranya ada tambahan-tambahan ataupun pembetulan [...]