Lagi kisah Ramadhan

ISI SATU
Sepanjang bulan Ramadhan, tazkirah dan ceramah yang saya dengar ternyata banyak berkisar mengenai perkara yang berkaitan Ramadhan. Bahkan kadang kala saya seperti boleh menghafaz skrip dan dapat mengagak isi kandungan yang akan disampaikan.
Tentang hikmah berbuka dan bersahur. Kisah Ramadhan sebagai Universiti, Madrasah, Sekolah dan seumpamanya yang dianalogikan sebagai sebuah entiti pendidikan. [...]

Mari berkenalan….

Tiada tulisan terbaru. Kali ini mari kita berkenalan sedikit dengan keadaan tempat kerja saya.
Saya tidak mahu bercerita pasal sejarah jabatan saya. Dan apa-apa sahaja tentang jabatan, kakitangan, tugasan dan yang terlalu berkaitan dengan kerja saya.
Jadi, saya hendak cerita apa?

Puduraya (pudu’puasa’…)

“Bang, tiket bang”, sapa seorang penjual tiket pada saya setibanya di pintu puduraya.
“Tak apa, saya dah beli”, balas saya. Cuba melemparkan senyuman.
“Nak balik mana bang?!” Dia cuba berkeras.
“Kuantan”, sepatah saya jawab. Masih tersenyum.

Ingatan di pagi 1 Ramadhan..

 

Setiap kali tibanya perayaan, peristiwa, dengan kemudahan teknologi kini, amat mudah ucapan -ucapan hendak disampaikan.
Saya tidak boleh menafikan bahawa saya sendiri menjadi penunggu setia kepada ucapan-ucapan ini.

Menanti tibanya….

Petang 2 September, 20 Syaaban
Bersama titisan-titisan hujan, perjalanan ke Kuantan saya rasakan tenang. Setenang air di kali.
Saluran radio IKIM.FM yang saya pasang memperdengarkan nasyid-nasyid yang baru dan lama. Yang saya ketahui dan tidak. Yang layak saya gelarkan nasyid dan juga yang tidak dapat saya pastikan adakah ianya berjiwa nasyid atau sebagai kosmetik sahaja.
Alunan irama indah [...]