Lagi kisah Ramadhan

ISI SATU

Sepanjang bulan Ramadhan, tazkirah dan ceramah yang saya dengar ternyata banyak berkisar mengenai perkara yang berkaitan Ramadhan. Bahkan kadang kala saya seperti boleh menghafaz skrip dan dapat mengagak isi kandungan yang akan disampaikan.

Tentang hikmah berbuka dan bersahur. Kisah Ramadhan sebagai Universiti, Madrasah, Sekolah dan seumpamanya yang dianalogikan sebagai sebuah entiti pendidikan. Huraiannya lebih kurang sama.

Sesekali saya terfikir. Alhamdulillah kedatangan Ramadhan mampu menjemput lebih ramai yang berjemaah di masjid. Ruang masa yang sering digunakan untuk makan tengahari diisi dengan menghadirkan diri ke masjid. Cuma, mengapa peluang bertazkirah yang diberikan dalam ruang masa itu lebih tertumpu tentang persoalan ‘Hikmah Bersahur, Berbuka, dan seumpamanya? Saya berpandangan, mengapa tidak diselitkan dengan peringatan-peringatan lain? Bukan mudah mengumpulkan begitu ramai jemaah ke masjid. Peluang yang ada sebaiknya digunakan semaksima mungkin.

ISI DUA

Berkait rapat dengan berbuka puasa, terdapat satu hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah iaitu :

“Barang siapa yang memberi makan ( saat berpuasa ) kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberinya makan, tanpa dikurangi sedikit pun pahalanya itu”

Usahkan memberi makan yang lazat-lazat, cukup sekadar pemberian sebiji kurma pun sudah memadai. Sepengetahuan saya, di Mekah mereka berlumba-lumba memberikan makanan untuk berbuka puasa.

Pengalaman di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan, kami mendapat sumbangan untuk berbuka puasa selama sebulan.

ISI TIGA

Pada 22 September 2007 ( 2 hari lepas ) , seorang rakyat Johor telah mengambil inisiatif menawarkan pakej berbuka puasa di Kuala Lumpur kepada seorang wargakota (WP KL), seorang penduduk Nilai yang berasal dari Perak dan juga seorang wakil TM NET yang bermastautin di Pahang.

Majlis berbuka puasa telah diadakan di sebuah restoran terkemuka berhampiran dengan Stesen Minyak BHP.

Antara hidangan yang disediakan ialah nasi putih, ikan siakap masam manis, tomyam campur, telur bungkus, sayur kailan ikan masin, ayam masak halia, udang goreng bersalut tepung, rojak buah, serta air minuman berlainan rasa iaitu air epal, tembikai, belimbing dan bandung.

Warga Nilai dan WP KL

Rakyat Johor yang sudi menaja majlis berbuka berbuka puasa.
Duduk di sebelahnya ialah seorang wakil TM NET yang dijemput khas dari Pahang

 

Juadah untuk berbuka puasa

 

 

Alhamdulillah, semuanya berjaya dihabiskan berkat kerjasama semua.
Terima kasih kepada Hanif yang bermurah hati menawarkan pakej ini

About these ads

19 Responses

  1. Yang tak tahannyer sume org pandang meja kiter..hahaha…penuh satu meja dgn makanan…tak cukup tempat nak letak….dengan muke selamba jer, buat do no jer org pandang2……anyway tq anip “open table”..merasa jugak ktaorg gaji ko keje gomen….next turn “open table”- MR. ZAIDI ILP…just call, spantas kilat ktaorg datang…hehehe..

    Tp yg sodihnya…my myvi kene kiss kat bumper dgn Perdana V6, kureng asam tuan nyer perdana…buat dek jer….sib baik bulan pose….sabar2…

  2. dedication to anip :

    Riang bersilih kicauan kedidi,
    Hinggap di dahan terbangnya tinggi,
    Terima kasih si daun keladi,
    Tahun depan belanjalah lagi……

    ngeh..ngeh…

  3. Salam…….

    Tu semuanya rezeki Allah…..

    Lagi pun……. bayar kongsi-kongsi gak!!!!!
    Cuma…..Izin Allah….kawan bayar terlebih sikit………..

    Anyway, it’s good to having a breaking fast together…….Thanks a lot guys!!!!!

    And……whos gonna be the lucky next person for the threat?……..

    ps: shopping kat nilai!!!!!!

  4. Dahsyat juga menu berbuka puasa antum ni..:P

    Hmm…tiba-tiba terfikir, dulu pernah rancang nak buat gathering ex-JSU batch kita, tapi tak jadi.

    Masing-masing dah berkerjaya ni, dah jadi orang hebat, dapat gaji besar, tentu seronok kalau jumpa balik. jemput lecturer2 sekali…

    Tapi macam susah je nak cari PIC kan?

    Kalo rahmat ngan che’ da yang arrange pun ok gak, dua-dua mantap pengurusan..:)

  5. hahahah….kalo gathering arrange2 nih susah nak jadi….kalo ad-hoc mmg boommm hasilnye…hehehehe…bagi ramai ckit dah kawin n beranak pinak baru best buat gathering…ehem2..

  6. Salam……

    Lain macam jer bunyinya mat…..

    “There r a lot of prawn in the noodles………”

    Ko biaq betul……….mat.

    Klu dah sampai seru pun……….coverlah sikit.

    eh….salah plak………….takpe2 boleh war-warkan…….

    Ke nak ana war-war kan around?

  7. Rahmat dah nak kawin???
    hmm..betullah khabar2 angin yang bertiup yang ana dengar sebelum ni? so, kena bagitau awal-awal, senang nak arrange rombongan ex-PMA gi perak..:P

    hanif, enta tak keje kat ARB dah kan? dengar2 jadi PTD?..tahniah2…

  8. sape plak yg kate saya nak kawin nih…sape plak yg bawak rumours nih?????…tak baik bolan2 pose buat rumours tau…….

  9. Tuan hisyam, tolong jernihkan keadaan di blog ko yg suci nih…heheheeh

  10. Sebelum bulan puasa lagi dah dengar rumours ni…tak ingat dah sape cakap, che’ da kot..

    Takpe la, ape-ape pun didoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat..

  11. hm… saya tak nak masuk campur dalam hal khabar2 angin yang antara betul dan tak betul…

    Disebabkan rahmat dah letak pisau kat leher saya, jadi saya tak nak cakap apa-apa…

    anip bukan PTD tapi PTN ( nasib baik bukan PTPTN )

    Tak dapat nak komen yang lain-lain sebab saya masih bersedih atas kematian KINCAN… Kesian Hazriq.. :-( :-( :-( :-(

  12. Syam :
    Pisau yang aku letak kat leher ko tuh tajam lagik tak? ke dah tumpul? kalo tumpul meh aku asah balik..heheheh

    sedih kematian kinchan…sabarlah kincan kan kucing yang baik sebab mati dalam bulan remdan (gune pronounciation saloma, duk dengo lagu raye)….

  13. Rahmat:

    Sorry la ye pasal rumours tu, saje je usik-usik. Kalau dah confirm nanti jangan lupa jemput sahabat-sahabat seperjuangan ni..opss! usik lagi..:)

    Hisham:
    Ana tak tau KINCAN tu sape, rupanya kucing. HAZRIQ? apapun, takziah

    ilmuone:
    Sorry juga sebab tak guna ruang ni utk post comment yang membina, sembang-sembang kosong je. Next time insyaallah

    Hanif:

    ooo..PTN, bukan PTD..apapun, tahniah!!keep up your good performance

    - Tengah pening siapkan paper shariah utk submit ke bank negara – :(

  14. Kincan tu kucing kesayangan Hazriq. Siapa Hazriq? Hazriq ialah watak dalam drama DIARI RAMADHAN RAFIQUE di TV3.

  15. “oooooooooooo……….ic”

    - jawapan orang yang dah lama tak tengok tv -

  16. Wow banyaknya makan..makan ker mentakedarah ni?Heheh gurua jer..As long as tak membazir, takpe..Makan, makan..Harus hukumnya makan ni..

  17. ye betul disertasi tu blog ana. syukran atas ziarah. Bagus usaha enta – teruskan

  18. iskandar a.k.a ustaz izwan:
    Segan ana bila baca blog ustaz, memang mantap… Nak dibandingkan dengan ilmuOne ni, banyak sangat yang ana merapu…
    (rasa nak menyorok bawah meja je…) :-) :-) :-) :-)

  19. masih bercouple lagi dia orang rupanya… susahla nak kawin kalau camni… =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: