
Wartawan lokasi
Banjir di Pahang.
Ramai yang bertanya kepada saya. Malah di awal bermulanya banjir ini, saya telah menerima SMS ucapan takziah dari sahabat saya yang jauh di utara semenanjung. Oleh itu, di sini saya ingin melaporkan sedikit berita berkaitan banjir yang kiranya ada kena mengena dengan saya.
Lain-lain berita telah sedia ada di kaca televisyen dan media cetak mahupun saluran internet serta pengguanaan teknologi yang lain. Tidak lupa juga, kaedah penyampaian maklumat melalui komunikasi lisan.
Laporan yang hendak saya berikan adalah berbentuk laporan bergambar. Gambar mampu menterjemahkan kepada berbagai-bagai makna.

Bandar Jengka. Kawasan Matau.


Padang bola FELDA Melati Jengka Sebelas.

Padang yang sama. Program Korban Perdana Peringkat Kebangsaan 1427 H anjuran UMNO. Setahun sebelum peristiwa banjir.

Simpang masuk menuju ke arah rumah saya. Kebun kecil milik Pak Awang.

Blok D, Jengka Sebelas. Mengalami banjir yang paling teruk kerana letaknya di kawasan tanah rendah. Sejajar dengan Sekolah PASTI. Rumah yang berwarna kuning adalah rumah kawan saya, Shamsul Ridzuan.
Sekian laporan.
Filed under: Jurnal


“bencana seperti banjir, kemarau, kejatuhan ekonomi dan lain-lain adalah penalti dari ALLAH kerana mengenepikan hukum ALLAH” ( Us Fadzil Noor)
hmmm. rumah kau naik banjir tak sham? semoga tabah melalui musim banjir tahun ni. dah jadi rutin tahunan lak kan.
takde datang KL ke sham. khairi omar selalu nak ajak aku gi visit kiblah. tapi aku super bizi dgn kerja. wuu wuu. dia buat master kat UM.
Syahar :
Rumah tak terkena banjir sebab kat kawasan tinggi.
Tiap-tiap minggu datang KL sebab hujung minggu ada kelas kat UIA Gombak. Hujung bulan ni final exam.
Soya kata hari ni ( 31 Disember 2007) ada reunion kat Kiblah. Tak dapat datang sebab masa tak sesuai.
Sebelum handphone rosak, rajin jugak contact syukri, nazim, jebat, soya, kamal, azmi. Sekarang nombor nombor tu dah hilang!!!
Ko tau tak yang shahizan jadi pelakon? Tak pernah pulak nampak… Khairi Omar buat master apa kat UM?
assalamualaikum
salam buat teman teman lama
mcm ne nak contact anda semua?
salam tuan!
lawa baju tu… mmm…Y.A. A. Dato’ Hj. Abdul Hamid bin Hj. Abdul tak kata apa ka? haha!
‘ala kulli hal, kullu ‘am wa anta (xlama lagi boleh pakai ‘antuma’ kot, hehe! )…
meletakkan yang hak pada yang berhak!
wa anta bikhair !!!
Bos takde…. lagipun takkan tak pasal2 pakai baju tu gi ofis….
Dah masuk tahun baru kerja bertambah-tambah pulak!!!!!