Posted on January 7, 2008 by hisham
“Mak, hari ni dah habis belajar kat UIA, tinggal nak periksa je lagi”, saya memaklumkan kepada ibu saya ketika membuat penggilan telefon ke rumah dua hari lepas.
“ Lepas ni dah tak ada kelas kat sana dah la ye?” Tanya mak.
“ Ha ah”.
“Boleh la balik selalu nanti”, nada suara ibu begitu gembira. Saya turut [...]
Filed under: Jurnal | 6 Comments »
Posted on December 28, 2007 by hisham
Wartawan lokasi
Banjir di Pahang.
Ramai yang bertanya kepada saya. Malah di awal bermulanya banjir ini, saya telah menerima SMS ucapan takziah dari sahabat saya yang jauh di utara semenanjung. Oleh itu, di sini saya ingin melaporkan sedikit berita berkaitan banjir yang kiranya ada kena mengena dengan saya.
Lain-lain berita telah sedia ada di kaca televisyen dan media [...]
Filed under: Jurnal | 8 Comments »
Posted on December 26, 2007 by hisham
Mungkin kerana lama tidak menulis, seakan telah terputus hubungan antara saya dan dunia blog. Itu tidaklah terlalu menyiat-nyiat hati dan jiwa raga. Apatah lagi sebab dan alasan saya tidak menulis adalah kerana ada urusan lain yang lebih utama perlu didahulukan.
Tapi terputus hubungan yang ini, lain benar rasanya. Pada awalnya terasa pedih, perit, sakit. Namun, semakin [...]
Filed under: Jurnal, Umum | 3 Comments »
Posted on October 9, 2007 by hisham
“Raya nanti balik tau,” pesan ibu ketika sedang menyapu sampah di halaman rumah. Saya setia berdiri bersama dengan kereta sorong. Mengutip daun-daun kering dan ranting-ranting pokok yang baru dipotong. Ketika itu tahun 1996.
“Jangan jadi macam tahun lepas pula. Semua beraya di sini. Isam sorang je takde”, sambung ibu lagi.
Filed under: Jurnal, Kenangan | 8 Comments »
Posted on September 20, 2007 by hisham
Tiada tulisan terbaru. Kali ini mari kita berkenalan sedikit dengan keadaan tempat kerja saya.
Saya tidak mahu bercerita pasal sejarah jabatan saya. Dan apa-apa sahaja tentang jabatan, kakitangan, tugasan dan yang terlalu berkaitan dengan kerja saya.
Jadi, saya hendak cerita apa?
Filed under: Jurnal, Umum | 5 Comments »
Posted on September 17, 2007 by hisham
“Bang, tiket bang”, sapa seorang penjual tiket pada saya setibanya di pintu puduraya.
“Tak apa, saya dah beli”, balas saya. Cuba melemparkan senyuman.
“Nak balik mana bang?!” Dia cuba berkeras.
“Kuantan”, sepatah saya jawab. Masih tersenyum.
Filed under: Jurnal, Ramadhan, Umum | 7 Comments »
Posted on July 17, 2007 by hisham
“Ustaz pun macam tu juga, bila ada masa terluang Ustaz akan hubungi kawan-kawan lama untuk jumpa dan makan. Masa tu banyak cerita-cerita lama akan keluar”, kata Ustaz Zamri pada saya lewat pertemuan 3 bulan lalu di Bandar Baru Bangi.
Filed under: Jurnal, Kenangan | 4 Comments »
Posted on July 13, 2007 by hisham
9 Julai 2007
“Nurul, mana Kak Ju?” tanya saya kepada Nurul, kerani di pejabat saya apabila melihat tempat duduk Kak Ju kosong.
“Kak Ju dah pindah la Tuan”, jawab Nurul
“Hah! Betul ke? Tanya saya kembali. Terasa musykil pula.
Filed under: Jurnal, Umum | 8 Comments »
Posted on June 27, 2007 by hisham
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itu memang diakui. Lontaran kata-kata boleh jadi memusnahkan diri. Antara kata-kata yang bersuara dengan kata-kata bisu tanpa alunan suara,yang manakah lebih berbahaya?
Filed under: Jurnal, Pedoman | 8 Comments »
Posted on June 12, 2007 by hisham
9 Jun 2007 ( Sabtu)
Malam
Di dalam bas Transnasional, perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuantan
…………………
Kerusi 6C, saya bersandar keletihan. Kelas DAIJ yang selesai saya hadiri pada hari itu begitu memenatkan. Apatah lagi disertakan dengan kejutan demi kejutan tentang ujian dan peperiksaan yang akan saya hadapi. 3 minggu saya tidak menghadiri kelas kerana berkursus dan [...]
Filed under: Jurnal | 8 Comments »