Pulanglah anak rantau…

“Raya nanti balik tau,” pesan ibu ketika sedang menyapu sampah di halaman rumah. Saya setia berdiri bersama dengan kereta sorong. Mengutip daun-daun kering dan ranting-ranting pokok yang baru dipotong. Ketika itu tahun 1996. “Jangan jadi macam tahun lepas pula. Semua beraya di sini. Isam sorang je takde”, sambung ibu lagi.

Gembirakan mereka

“Raya tahun ni ayah aku belikan baju warna hijau”, cerita Sulaiman. Terpancar kegembiraan di wajahnya. “Eh, sama la dengan aku”, balas Mustadza, anak pengurus Felda. “Baru beli semalam dekat Temerloh”, sambungnya lagi. Sudah masuk hari ke 18 Ramadhan. Masing-masing bercerita tentang persiapan menyambut Aidilfitri. Kelas agama waktu petang memang tidak berjalan seperti biasa di bulan [...]

Salam Pertemuan, Doa Perpisahan

“Ustaz pun macam tu juga, bila ada masa terluang Ustaz akan hubungi kawan-kawan lama untuk jumpa dan makan. Masa tu banyak cerita-cerita lama akan keluar”, kata Ustaz Zamri pada saya lewat pertemuan 3 bulan lalu di Bandar Baru Bangi.

Sudah lama rupanya…

  Kata orang, kalau kita sedang memasak kari, kita tidak berapa sedar akan harumannya. Orang luar pula yang menikmati aromanya. Umpama seorang isteri yang sedang memasak, tiba-tiba suami yang di ruang tamu datang ke dapur lalu menegur akan keenakan aromanya yang sampai ke ruang tamu. Maknanya, kita selalunya sedar bila ada yang mengkhabarkan kepada kita [...]

Usrah terakhir

Selesai solat Jumaat, solat jenazah didirikan. Isteri Pakcik Nanyan Arshad telah kembali ke Rahmatullah pada hari sebelumnya. Dalam kesesakan orang ramai, saya sempat mengerling pandangan pada Pakcik Nanyan. Berbaju melayu berwarna putih juga kopiah yang sama warna. Ternampak redup dipandangan. Selesai jenazah diiringi saya pulang ke rumah. Di rumah ketika berbual bual dengan ibu, kisah [...]

Segala yang telah kita tinggalkan

Dalam redup mendung petang saya termenung. Mengenangkan perjalananan kehidupan yang telah dilalui. Merancang kehidupan yang bakal dilalui. Mengimbas suatu tinggalan yang tetap bersemadi. ……………………………………………. Sahabat-sahabat sezaman kelahiran.. Kita dibesarkan tidak dalam era teknologi kini. Kita tidak mengenali apa itu chatting. Apa itu internet. Kita hampir-hampir melalui perkara yang sama. Walau kita tidak pernah bersua namun [...]

Benarkah itu berlaku?

Telah berlalu exam semester 1. 27 Januari ini semester kedua akan bermula. Mengenangkan peperiksaan yang telah berlalu, juga kepada saat dan tika menimba ilmu, saya teringat kepada kisah yang pernah berlaku dan menjadikan saya bertanya sendiri. Betulkah ini perkara yang terjadi kepada saya? …. Dewan SMKA TAHAP. Peperiksaan SPM 1999 Subjek Prinsip Akaun. Entah macam [...]

Sambungkan kembali tali itu..

Layang-layang bertali benang, Putus benang berganti tali; Saya seorang duduk mengenang, Orang dikenang tak ambil peduli. Kadang kala, saya sering terfikir. Bagaimana sahabat-sahabat saya yang lain ketika ini? Ingatkah lagi mereka pada saya? Bilakah kita dapat berkumpul, berhimpun, membicarakan kisah-kisah silam? Semalam yang berlalu, biarkan ia terus berlalu. Sudah hukum alam, kita perlu ke hadapan. [...]

Bila terkenang…

Jam 10.32 mlm. 23 November 2006. …………….. Terima panggilan daripada Ustaz Rosdi ( ustaz dan juga mentor saya di Sekolah Kiblah). Ust Rosdi meminta saya menjelaskan serba sedikit tentang undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Katanya ada orang yang meminta bantuan dari dia. Teringat kenangan di zaman persekolahan. Benarlah apa yang dikata. Kenangan persekolahan adalah kenangan [...]

Dalam gembira, mendung pula memayungi..

Sungguh saya terkejut. Terkejut dengan apa yang terjadi. Baru semalam saya mengimbau kenangan Persilatan di Akademi Pengajiam Islam UM Nilam Puri. Kenangan yang membangkitkan semangat pendekar. Menjadikan saya rindu pada setiap gerak langkah mengatur buah silat. Rindu pada setiap tumbukan, tepisan dan kilasan dalam setiap gerak tindak. Juga rindu pada sahabat-sahabat seperguruan sepersilatan. Tidak lupa [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.