Kes Wali Mujbir..

Syed Abdullah Al-Shatiri lwn Shariffa Salmah
M.L.J 139

[Lembaga Rayuan (Ahmad Ibrahim, yang DiPertua, M.J Namazie dan Mohamed Sidek bin Hj. Abdul Hamid, ahli) 16hb Mei 1959]

[Singapura – rayuan mahkamah Syariah No. 1, 1959]

Fakta Kes:

Syed Abdullah (Perayu) merupakan seorang guru di Sekolah Ugama Al-Junied dan tinggal bersama dengan isteri dan keluarga di rumah yang bersambung dengan sekolah.

Responden, Shariffa Salmah merupakan anak kepada perayu. Responden sejak tahun 1956 telah berkawan dengan Abdul Razak dan pernah keluar bersama tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Pada 1957, Ibu Responden telah ternampak Responden bercakap dengan Abdul Razak. Kemudiannya telah bertindak dengan memberitahu kepada Perayu berkaitan hal tersebut. Perayu kemudiannya telah memarahi Responden dan melarangnya untuk keluar berseorangan yang mana akibatnya Responden tidak dapat berjumpa dengan Abdul Razak.

Pada awal tahun 1958 suatu rundingan telah dibuat di antara Perayu dan isterinya untuk mengahwinkan Responden dengan Syed Idros bin Saggaf Al-Jofri yang juga mempunyai hubungan persaudaraan. Rundingan ini tidak diputuskan secara muktamad.

Responden menyatakan bahawa rundingan yang dibuat adalah tanpa pengetahuannya. Namun, Responden juga mungkin mengetahui serba sedikit berkaitan hal tersebut.

Pada 30 Ogos 1958, Responden telah bertindak dengan meninggalkan rumah bapanya (Perayu) dan pergi ke rumah Abdul Razak, dan telah memujuk Abdul Razak untuk pergi ke balai polis. Abdul Razak telah menyetujuinya dan akibatnya Bapa Responden (Perayu) telah dipanggil.

Perayu cuba memujuk Responden supaya pulang ke rumah namun Responden enggan dan menyatakan bahawa dia hanya akan pulang sekiranyan dikahwinkan dengan Abdul Razak.

Disebabkan Perayu gagal memujuk Responden untuk pulang, pihak polis telah menawarkan pertolongan untuk mengahwinkan kedua-duanya. Perayu enggan memberikan kebenaran dan perkahwinan tidak dapat dilaksanakan. Kemudiannya Responden telah dibenarkan untuk tinggal bersama Abdul Razak dan keluarga.

Pada 2 September 1958 Perayu telah bertindak sebagai wali mujbir dengan melangsungkan perkahwinan antara Respondan dan Syed Idros bin Saggaf Al-Jofri. Dalam hal perkahwinan ini Perayu langsung tidak mencuba untuk mendapatkan persetujuan daripada Respondan yang ketika itu berusia 19 tahun dan masih anak dara.

Selepas perkahwinan dilangsungkan, Perayu telah berjumpa dengan kadi besar untuk bertanyakan samada kadi tersebut akan mendaftarkan perkahwinan tersebut ataupun tidak.

Kadi besar telah memanggil Respondan dan memberitahu tentang perkahwinan tersebut. Respondan enggan memberikan kerelaannya terhadap perkahwinan tersebut dan hakikatnya menentang perkahwinan itu.

Disebabkan keengganan tersebut Kadi Besar telah mengatakan bahawa dia tidak boleh mendaftarkan perkahwinan tersebut. Bahkan suami Respondan sendiri iaitu Syed Idros bin Saggaf Al-Joffri selaku orang yang berkepentingan juga tidak membuat apa-apa percubaan supaya didaftarkan perkahwinan tersebut walaupun tugas berkanun tentang pendaftaran perkahwinan itu adalah menjadi tugasnya.

Selepas itu Abdul razak dan keluarganya cuba meminta Kadi Besar supaya mengahwinkan dia dengan Respondan ( Shariffa Salmah) tetapi usaha ini tidak berjaya. Respondan terus tinggal bersama Abdul Razak dan keluarganya dan mengakui bahawa mereka telah melakukan persetubuhan sebulan selepas Respondan tinggal bersama-sama.

Mahkamah setelah mendengar permohonan bapanya telah membuat perintah bahawa perkahwinan itu tidak sah dan berikutan keputusan ini perayu telah memohon rayuan ke atas kes ini.

Fakta Isu:

Samada perkahwinan yang diadakan oleh Perayu sebagai wali mujbir terhadap Respondan sah ataupun tidak.

Tindakan Perayu yang tidak meminta keizinan daripada Responden untuk mengahwinkannya, samada menjadikan pernikahan itu sah ataupun tidak.

Hujahan:

Hujah undang-undang:

Ordinan Islam 1957, seksyen 12.
Seksyen ini mengkehendaki suami dan isteri dalam tempoh 7 hari hadir ke Pejabat Kadhi untuk mendaftarkan perkahwinan. Daftar perkahwinan hendaklah ditandatangani oleh suami, isteri, wali dan saksi.

Secara teknikalnya, perkahwinan ini tidak dapat didaftarkan kerana wujud keengganan di pihak isteri / anak perempuan

Tetapi, seksyen 19 menyatakan bahawa tidak ada peruntukan dalam Ordinan yang boleh diertikan sebagai suatu tindakan yang jadi tidak sah dengan sebab tidak didaftarkan.

Hujah Syarak:

Berdasarkan kepada pendapat keempat-empat Mazhab Sunni serta Mazhab Jaafari (shiah) bahawa seorang anak dara yang belum akil baligh boleh dikahwinkan oleh penjaganya (wali mujbir) tanpa diminta keizinannya. Namun sekiranya gadis tersebut telah akil baligh, tidak terdapat kesepakatan sekiranya anak dara tersebut telah akil baligh dan sampai kepada umur yang membolehkannya membuat tindakan sendiri.

Bagi Mazhab Syafie, telah bersepakat bahawa hukum seorang penjaga ( wali mujbir) meminta kebenaran untuk mengahwinkan anak perempuan/ anak dara yang telah akil baligh adalah sunat. Sekiranya tidak diminta izin tersebut, ia tidaklah menjadikan perkahwinan yang dibuat tidak sah.

Al-Qastalani telah mengulas mengenai Sahih Al-Bukhari iaitu merujuk tentang hadith yang mengatakan “meminta izin anak dara”. Imam Hanafi telah menggunakan lafaz ini dengan maksud seseorang bapa tidak mempunyai hak ‘ijbar’ terhadap anak dara perempuannya. Di sisi mazhab lain, pendapat diambil berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Daruqutni iaitu “seorang perempuan yang telahpun berkahwin dahulu mempunyai hak yang lebih mengnai dirinya daripada penjaganya dan seorang anak dara adalah dikahwinkan oleh bapanya”.

Di dalam kitab Minhaj al-Talibin telah diringkaskan pandangan Imam Syafie berhubung perkara ini yang mana rumusannya mengatakan bahawa bapa adalah berhak ke atas anak daranya.

Walaupun secara teorinya hak seorang bapa untuk mengahwinkan anak perempuannya tanpa diminta keizinannya adalah mutlak, namun terdapat syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menjalankan kuasa tersebut.

Di dalam Mazhab Syafie, seorang penjaga disyaratkan seorang lelaki Islam, dewasa dan tidak gila serta hendaklah berlaku adil. Seorang penjaga juga tidak boleh mengahwinkan seseorang perempuan dengan lelaki yang lebih rendah kedudukan dari perempuan itu sendiri, melainkan mendapat persetujuan penuh darinya.

Imam Nawawi di dalam Minhaj al- Talibin menerangkan bahawa menurut kebanyakan ulama di mana seorang bapa mengahwinkan anak perempuan daranya, samada masih di bawah umur atau sudah dewasa dengan seorang lelaki yang berkedudukan lebih rendah tanpa persetujuan daripadanya maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah.

Di dalam kitab Al-Um, Imam Shafie merujuk kepada hujah bahawa doktrin kafaah adalah bertujuan untuk melindungi perempuan daripada berkontrak dalam suatu perkahwinan yang tidak sah tetapi tidak menyukainya. Pendapat ini menyatakan bahawa ketiadaan persamaan tidak mengesahkan sesuatu perkahwinan melainkan perkahwinan itu diakadkan dengan persetujuan perempuan itu dan juga kesemua penjaganya.

Keputusan Mahkamah

Mahkamah telah memutuskan berdasarkan Mazhab Syafie bahawa perkahwinan yang dijalankan ini adalah sah.

KESIMPULAN

…baru nak buat….

Advertisements

sekali lagi :(

assalamualaykum…

sekali lagi perlu dinyatakan…
minggu hadapan saya akan berkursus di Kenyir Lake View Resort Terengganu selama seminggu..
harap kepada sahabat2 dapat menjaga blog ini sepanjang ketiadaan saya…

dan saya sebenarnya dalam proses mencari idea bagi menghasilkan BLOG UMUM untuk kita kongsi sebagai KOLUMNIS…

sekian dimaklumkan…

..setitis dari selaut pendapat…

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, saya ingin memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan isu murtad dan ancaman syariah yang berlegar di sekitaran kita. Faham yang menjurus ke arah KEBIADABAN dan KURANG AJAR tanpa memikirkan sentimen orang Islam. Sebenarnya banyak pandangan dan ulasan yang boleh diperoleh jika kita rajin untuk menyelongkar dan berusaha mendapatkan maklumat berkaitan. Oleh itu, saya tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih mendalam.

Isu Islam dan Syariah nampaknya begitu menarik minat untuk dibincangkan oleh merka yang bukan ‘ahliyyah’ untuk membicarakannya. Tafsiran dan ulasan mereka dibuat hanya berpaksikan logik dan akal semata. Bukan sekadar itu, non Muslim juga semakin berani untuk campurtangan dalam hal ehwal Islam. Ini menunjukkan kebiadaban mereka yang boleh dilihat secara terang-terangan.

Kita berasa marah apabila orang bukan islam bertindak sebegini. Urusan agama islam mula hendak dicampuri, sedangkan kita tidak pernah untuk mencampuri urusan agama mereka. Kita banyak bertolak ansur dan kita membenarkan mereka untuk hadir di serambi rumah kita. Namun nampaknya keinginan mereka lebih tinggi. Mereka ingin bermaharajalela di tengah rumah. Dan mungkin ingin menguasai rumah kita!!

Dan kepada mereka yang menjaja agar murtad dibenarkan atas dasar hak asasi, sebenarnya di sisi islam ternyata mereka ini telah mempromosi SATU JENAYAH kerana di dalam ISLAM, MURTAD merupakan JENAYAH dan nampaknya negara kita semakin terbuka untuk membenarkan JENAYAH diperjuangkan!!!