Subuh 2 Ramadhan 1427 H…

Selesai bersahur saya menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Seakan hampir menitis air mata setibanya di masjid. Benarkah apa yang dilihat? Alhamdulillah, jemaah kali ini ramai. Dan memang ramai jika dibandingkan sebelum ini.
10 saf bukanlah suatu angka yang biasa dilihat. Jika untuk solat maghrib dan isyak sebelum ini (bukan bulan Ramadhan dan ketika diadakan ceramah ust. Ismail kamus), jumlah saf hanya menjangkau 5 saf sahaja. Dan, di subuh 2 Ramadhan 1427, 10 saf jemaah hadir untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Andainya ini dapat dikekalkan alangkah tenangnya rasa hati.

Ayat-ayat Cinta

Sejenak saya termenung seketika. Novel AYAT-AYAT CINTA baru selesai saya baca untuk kali yang kedua lewat malam tadi. Sukar untuk digambarkan apakah yang akan saya lakukan jika Fahri itu adalah saya. Ternyata hati ini tidak begitu kuat…

Dan bagi saya, novel AYAT-AYAT CINTA ini amat berharga. Lantas saya cadangkan pada sahabat2 untuk memilikinya. Dan saya juga menjadikannya hadiah buat insan-insan yang dekat di hati. Agar sama-sama berkongsi rasa apa yang tersurat dan tersirat.

Ayat-ayat Cinta versi cetakan Indonesia.