Bila terkenang…

Jam 10.32 mlm.
23 November 2006.
……………..

Terima panggilan daripada Ustaz Rosdi ( ustaz dan juga mentor saya di Sekolah Kiblah). Ust Rosdi meminta saya menjelaskan serba sedikit tentang undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Katanya ada orang yang meminta bantuan dari dia.

Teringat kenangan di zaman persekolahan. Benarlah apa yang dikata. Kenangan persekolahan adalah kenangan yang manis. Dan saya lebih suka mengimbau kenangan di Sekolah Kiblah (1995-97) berbanding di SMKA TAHAP (1998-99).

Logo Sekolah KiblahSekolah Kiblah pada tahun 1995 beroperasi di Pedas, Negeri Sembilan. Dan bermula 1996 berpindah lokasi di Sungai Merab Jaya, Bandar Baru Bangi.

Kembali ke tahun 1995, tingkatan satu. Kisah yang membuatkan saya senyum sendiri.
………………..
Dorm A. Selepas PREP malam.
Atas katil Nazim
Komplot dirancang dan saya mengetuainya.

Setelah ‘menjemput’ kawan-kawan yang menghadiri ‘jamuan’ menikmati juadah di atas katil Nazim, saya memulakan bicara.

Makanan yang disediakan ialah Biskut Chipsmore pemberian Ust Jaafar kepada saya. Nasib biskut itu telah tercatat menjadi santapan ‘para hadirin’. Majlis dihadiri oleh saya, Zainul (Jenol), Shukri, Anip, Khairi dan bebapa orang lagi. Kepada yang tidak dapat hadir saya minta disampaikan sekali lagi resolusi perbincangan pada waktu petang yang telah dibuat. Malam ini hanya untuk pengisytiharan sahaja. Salah seorang yang tidak hadir ialah Syahar dan saya pasti dia sedang mencari makanan untuk mengisi perutnya yang sentiasa lapar. Faridzman juga tidak hadir. Tidak tahu ke mana merayau. Yang lain biar disampaikan dari mulut ke mulut.

“Nazim, kitorang dah berbincang petang tadi dan keputusannya, mulai esok kitorang akan pulaukan engko selama 2 hari. Sebabnya engko report pada Ust Jaafar yang kitorang buli engko”. Saya pandang ke wajah Nazim. Dia hanya diam.

“Ini sebagai pengajaran supaya lain kali jangan report yang bukan-bukan. Sebab ini dah kira fitnah”, sambung saya. Kawan-kawan yang lain hanya tersenyum-senyum. Terkulat-kulat.

Saya buli orang? Tidak, jangan percaya cerita itu. Sebenarnya ia hanya gurauan sesama tingkatan. Entah macam mana itu boleh dikatakan BULI.

Esoknya.
Selepas Subuh. Di dalam kelas tahfiz.

Saya dan konco-konco menjarakkan diri dari duduk berhampiran dengan Nazim. Saya memilih di penjuru kelas. Senang untuk bersandar dan tersorok dari pandangan Musyrif saya, Ust Masrohan Kiyai Choteb. Syahar tersandar di dinding sebelah kiri saya. Tersengguk-sengguk.

Syahar, ko memang suka tidur! Malam tadi dah la tak datang jamuan biskut chipsmore!!

Jenol dan Shukri duduk sekali dengan saya. Sesekali bersembang. Dan setiap kali juga renungan mata Ust Masrohan ke arah kami. Nazim duduk bersendirian. Tersengguk-sengguk seperti Syahar.

7.15 pagi.
Selesai kelas tahfiz. Bersama rakan-rakan seangkatan menuju ke dewan makan. Syahar awal-awal sudah hilang. Merebut untuk mendapat tempat pertama tiba di dewan makan. Nazim keseorangan.

Sebelum ke sekolah, saya menunggu Jenol bersiap di pintu dorm. Kelihatan Nazim sudah bertolak ke sekolah dengan Ust Amin.

Asrama Sekolah Kiblah berada di atas bukit. Sekolah pula di bawah bukit. Paling seksa ketika waktu balik dari sekolah. Melalui ladang kelapa sawit dan ladang getah. Melintasi pokok besar berhantu dan pokok seorang India menggantung diri, seterusnya mendaki bukit untuk sampai ke asrama. Perjalanan hampir 1 km kalau tidak silap.

Di sekolah saya sesekali menyibuk ke kelas Nazim untuk melihat perkembangan pakatan. Nazim hanya berbual-bual dengan mereka yang tidak menyertai kami dalam komplot ini.

Kelas petang, saya ditempatkan satu kumpulan dengan Nazim untuk subjek bahasa inggeris. Perbincangan acuh tak acuh kerana Nazim menyedari dia masih dalam proses pemulauan.

..
Sebelum tiba waktu maghrib, saya menuju ke surau. Selepas meletakkan selipar ke dalam pasu di tepi rumah warden, sebagai langkah keselamatan daripada ‘disarung’ oleh bukan tuannya, dengan langkah bergaya saya masuk ke surau. Kelihatan rakan-rakan berkumpul di tepi surau bersebelahan dengan hutan belukar. Lantas terus ke sana.

“Hisham, Ust Jaafar dah tau kita pulaukan Nazim” lapor Anip.

“Hah! Mana Ust Jaafar tau?” tanya saya. Terkejut.

“Nazim bagitau. Petang tadi aku nampak dia bercakap dengan Ust Jaafar. Dia kata kat aku Ust Jaafar nak panggil kita malam ni”, Shukri menjelaskan.

“Malam ni kita semua kena panggil kat bilik warden” tambah Shukri.

WHAT!!! Ingatkan satu je berita buruk. Rupanya berkembar. Tak kisah la seiras ataupun tak. Yang penting ini memang berita buruk!!

“Hisham, aku tak pulaukan Nazim pun. Aku tak nak terlibat”, kata Khairi tiba-tiba dengan wajah yang pucat.

“Anip, kat sekolah tadi kita berkawan dengan Nazim kan?” Khairi meminta sokongan padu dari Anip.

“Ok. Korang boleh kata macam tu malam ni! Biar saya sorang je tanggung!!” Balas saya. Berang. Tanpa perlu menunggu lebih lama saya masuk ke dalam surau. Di luar rakan-rakan masih berbincang.
………

Selesai PREP malam.
Masa untuk berkeliaran.

“Hisham, Ust Jaafar panggil ko and the gang yang pulaukan Nazim”. Tiba tiba muncul seorang pelajar setingkatan membawa berita yang memang tidak seronok. Tapi itu juga berita yang saya tunggu sejak PREP bermula.

‘Masanya sudah tiba! Biarkan budak-budak lain. Diorang kata diorang tak nak terlibat. Aku sorang je pergi pun cukup.’ Kata saya sendirian.

Sesampai di bilik warden, rupa-rupanya rakan-rakan ‘sekomplot’ sudah ada di dalam. Saya tidak pasti samada mereka sudah menjelaskan pendirian mereka ataupun tidak.

Di luar, ‘masyarakat’ Sekolah Kiblah terjengok-jengok mengintai di pintu dan tingkap bilik warden. Ghairah untuk melihat upacara yang pastinya menarik. Malah kedengaran suara-suara yang berkata ‘Bakal Ahli Majlis Pelajar akan kena denda malam ni’. Memang saya disebut-sebut sebagai calon paling berkelayakan untuk dipilih sebagai Ahli Majlis Pelajar (AMP).

Sebelum Ust Jaafar memulakan ceramahnya, saya dengan keberanian yang tidak pasti berapa darjah, cuba menjelaskan kedudukan sebenar. Cuba mempertahan rakan-rakan saya yang ‘tidak bersalah’. Dan saya sedia menanggung berseorangan.

Permintaan saya tidak dipedulikan. Rakan-rakan saya tetap dirotan dan saya lihat tanda tidak puas hati pada wajah Khairi. Saya selaku perancang utama diberikan hadiah yang lebih berbanding yang lain.

Turut berada di dalam bilik warden adalah ustaz-ustaz lain dan ust Rosdi turut berada di situ.

Selepas ‘majlis’ hukuman, kami keluar dari bilik. Syahar sempat berkata, “hilang selera aku nak makan 2 biji burger yang baru aku beli tadi”. Walaupun terasa lawak, tapi saya tidak mampu tersenyum.

Insan-insan yang terdiri dari timgkatan 1, 2 dan 3 yang dahagakan maklumat tentang apa yang berlaku mula mengerumuni. Malas melayan kehendak mereka, saya terus menuju ke bilik, Dorm A.

Untuk makluman, generasi saya adalah generasi ke-3 di Sekolah Kiblah
………

Sedang saya berehat di atas katil, muncul seorang ‘wartawan’ tingkatan 2. ( Lupa saya namanya kerana peristiwa ini berlaku 11 tahun yang lepas)

“Hisham, Ust Rosdi panggil”, ujarnya dan terus berlalu.

Hah! Apa lagi ni! Nak kena rotan lagi ke?

Suasana sudah mula menyepi ketika itu. Pelajar-pelajar sudah mula berada di dorm masing -masing. Dorm A, B, C dan D. Dorm C masih lagi kedengaran suara-suara. Mungkin Herman belum habis bercerita tentang cerita hantu lagi.

Sampai di bilik warden, terus mengadap Ust Rosdi. Duduk di hadapannya. Rotan sudah tersedia di tangannya.

Hah! Tu rotan yang Ust Jaafar guna tadi!! Rotan tu rindu kat aku lagi ke?!

Sambil duduk jari saya bermain-main dengan ibu jari kaki. Tunduk. Tidak berani memandang Ust Rosdi.

“Sham, mana tangan yang kena rotan tadi?” tanya Ust Rosdi.

Saya hulurkan tangan saya. Tapak tangan menghala ke atas. Merah.

“Sakit?”
Senyap. Cuma menganggukkan kepala.

“Lain kali nak buat lagi?”
Masih lagi senyap. Angguk tidak. Geleng pun tidak.

“Syam, ambil ni”, kata ust Rosdi sambil menghulurkan semangkuk rojak mee.

“Makanlah”.

Perlahan-lahan saya menyuapkan rojak mee ke dalam mulut. Teringat pada 2 biji burger milik Syahar. Tidak tahu apa nasib burger-burger tersebut. Selamat ke dalam perut Syahar ataupun ke perut orang lain. Mungkin juga ke dalam perut tong sampah.

Sambil saya menikmati santapan sebelum tidur, Ust Rosdi memberikan nasihat dan teguran. Saya hanya diam.

Selepas selesai makan, saya minta izin untuk kembali ke dorm. Sebelum keluar, Ust Rosdi menghulurkan dua bungkus biskut.

“Terima kasih ustaz”, kata saya dan terus menuju ke dorm dalam kepekatan malam.

……………………

3 tahun di Sekolah Kiblah. Pelbagai cerita suka dan duka. Tragedi bukit belakang sekolah, ‘Cameron konon’, dan banyak lagi. Zaman keindahan bersama rakan-rakan.

Dan sepanjang di Kiblah juga saya begitu rapat dengan ustaz-ustaz. Malah pernah diberikan kepercayaan oleh Ust Amin ketika tingkatan 3 untuk membantu membuat penilaian akhlak para pelajar bagi dimasukkan dalam rekod penilaian KKSK (Kurikulum Khas Sekolah Kiblah). Saya kembalikan amanah tersebut kerana bimbang akan timbul lagi suara-suara tidak puas hati di belakang. Malah telah ada tindakan berani seorang pelajar tingkatan 5, sewaktu saya di tingkatan 3 tentang ketidakpuasan hatinya ketika satu program motivasi dijalankan. Setiap mata merenung saya. Kawan-kawan rapat cuba menenangkan saya.

Mungkin ini juga punca mengapa selepas saya berpindah sekolah saya mengambil sikap menjauhkan diri dari tenaga pengajar. Tidak ada perbualan santai. Berubah tingkah laku. Tidak suka menonjolkan diri.
…………………

Setelah meninggalkan zaman persekolahan di Kiblah, saya sekali-kali tidak melupakan ustaz-ustaz dan rakan-rakan.
Terima kasih semua. Walau di posisi mana saya berada, saya akan cuba tidak menyombong diri. Menghayati segala tunjuk ajar dan kenangan yang dilalui bersama.

I don’t want this relationship over. When we’re not together, the memories begin…….

35 Responses

  1. hahahaha ade eh form 1 kita kena sebat? koh koh
    sian nazim yg tak bersalah tuu.

    gile kalau nak ingat kes aku je mmg melambak

    form 2 :
    – buli SAO kat kelas
    – perang badar form 3 n 4 demi SAO
    – yg kita gi kuantan tu pun form 2 gak kan?
    – pastu aku bertumbuk dgn anak philipine tu lagi. ape ke nama. ingat nama ayah dia je (benito-go)

    form 3 :
    – memperjuangkan team nasib bola skolah yang asik kene denki dgn pengurusan skola (ko tak main, ko kan skema, belajar je ;)))
    – hubungan2 gay rakan2 semakin meluas :p
    – aku kena lempang dgn ustaz sbb buat ceramah kutuk pengetua. hahah. haidi dgn khairul kadir tu lagi 2 org. x bleh blahh :p
    – cameron konon mmg ngeri. kesian fadhlullah kena belasah dgn penyapu dawai tu. aku amik gamba, tapi lupa mana pegi filem n gamba tu. kalau la zaman tu dah ade digicam. mmg masak la rakam video terus! kekejaman!
    – asrama kita form 3 bes kan? :p takyah berebut2 nak mandi pagi. hehehehe. nak fly tido dlm asrama pun senang.

    anyway. aku tak ingat apa jadi pada 2 ketul burger. cuma kalau ada. aku rasa selamat masuk ke perut kut. jarang aku ni membuang makanan. hahah!

  2. Ko pun nak mengingat kisah silam ye? hahaha..Dalam novel ko tu cerita pasal kat sekolah batu tiga je… watak dari kiblah helmi dengan lagi sorang tu je(lupa lak nama…)

    Buli SAO tu masa dia mula2 masuk kiblah ke?
    Perang Badar tu tragedi yang dekat bukit belakang kiblah ye?
    Tak ingat lak kisah ke kuantan… yang ingat pergi ke kelantan masa form 1 semata-mata nak gi SRI Kiblah. Ko tak pergi kan? Kitorang eksiden kat tanah putih… ahli2 rombongan, termasuk helmi, jebat, haizal, faizal, fadli sahibul… ramai yang tak puas hati pasal pemilihan tu… huhuhu…

    Budak Filipina tu namanya Hashim Jerry Romnick… nama adik dia tak ingat la pulak..

    Ko ingat kisah Mat Nor yang ‘gila’ sampai nak eksiden kononnya?… hahahaha… Ditambah dengan penipuan Asyraf tentang adik sepupu dia konon… dan lagi satu situasi bilik kita (quarters..) dengan jemputan2 syaraf kepada tetamu2 dia…

    Main tepung dalam quarters anjuran khairul kadir… yamseng!! yamseng!!

    yang kita ramai-ramai buat kuih dengan cikgu saleh…

    Adus!!! Skema ke? mana ada!!!! Selalu main pingpong apa! tapi selalu kena dengki dengan budak2 atas… ko takde kan masa mengamuk dengan meor and the gang sebab tak pasal2 merampas meja pingpong yang kitorang main! Kurang ajar betul.

    Yang paling tak boleh nak lupa TRAGEDI CAMERON KONON!! Memang ngeri tahap raksasa!!

    Selain Fadhlullah, lagi sorang yang jadi TEBUSAN ialah SAO. kalau ingat cerita ni mesti teringat jeritan SAO..

    WOI!!!! KELUAR LAAAAA!!!!!

    Akhirnya kita semua mengalah… antara yang berjaya untuk tidak pergi ke Sg Congkak lepas tu termasuk Azmi, Kamal, Adam… malam tu terus balik jengka!! dan berakhirlah episod sebagai pelajar kiblah untuk sesi tu… dan disambung dengan seminggu untuk form 4 dan terus berhenti sekolah….

    jangan lupa masa aktiviti BURUNG HANTU masa Form 1 !! Hahahaha… menciput ko lari meninggalkan selipar yang tertinggal… pastu ada ke patut ada yang gi kejar ‘hantu-hantu’ tu…

    Bukit kiblah di pedas juga lokasi yang banyak kenangan kita semua… apa kata ko buat novel cerita kat kiblah pulak? Genre biasa2 je… hahahaha

  3. salam alaykum…
    ana ex student kiblah tahun 2001-2002..kiblah dah ada kat bangi dah time tuh…boleh tak abang email ana kat atin1985@yahoo.com.emailkan maklumat peribadi and contact number. kitorang tgh cuba nak gerakkan alumni sekolah.baru ni 12-13 mei ade wat camping tapi just 30 org je ade.sume batch batch yang baru abes belaja.kalo ada cntct kawan-kawan lain tolong inform kan jugak ye…time kaseh..
    salamzz

  4. Waalaykumussalam…

    2001-2002 maknanya generasi ke 6 kiblah kan? Tapi untuk kiblah perempuan ana tak pasti…

    Minta maaf lambat respon. Tentang camping tu (dah terlepas) baru tau.

    Insya Allah ana akan contact bila habis kursus.

    Ma’an najah…

    Wassalam

  5. salam… apa kahabar.. lamanya tak dengar berita… baru nih aku tau ko hebat dengan block ko… ko rasa2 ingat ke lg kat member lama nih… kakakakkakakak….

    hisyam.. ko masih ingat lagi trajedi amok kat padang belakang kiblah tu.. adus… itu mengaok,… itu rusuhan kekekekekekekekek

  6. Salam alayk….
    widin? alamak, tak ingat la… kalau bagi nama sebenar confirm ingat…. tak teringat plak nama widin tu…😦

  7. oo tak ingat yea… kutuk aku dalam blog ko ok jerr… terpapar nama aku yg indah tu berebut table pingpong dengan ko.. kakakaka…… kekekkekeke.

    ehh koranng terluba cerita menarik kat kiblah pedas… kekek.. taktahan aku nak gelak bila teringat kena g sembahyang jumaat naik LORI TANAH di bawa oleh si janggut durjana tu…. ko ingat tak.. habis baju melayu aku yg cantik tu kena tanah.. si jangut tu bawak bukan jer sopan santun.. ikukt suka dia je.. mcm kita nih tanah kat dalam lori tu.. akkakakakakakkaka

    shahm ko sambung cita aku nih,…. nak pecah perut aku bila mengenangkan nasib kawan2 yg tergolek dalam lori bila si janggut dengan sengaja membreak EMEGENCY ……

  8. Assalamualaikum,

    jap.. aku nak gelak (rindu) sat. ahahahah..

    hisham, yang masa eksiden dalam van tu memang takleh lupa. van kita langgar pokok. hehe, nasib baik takde ape-ape.

    bro widin a.k.a mior (pioneer kiblah ni), LORI TANAH tu diimport khas, tu masa tengah sengkek, pastu kita dah ada BAS. Abang berjambang yang slalu bawak kita tu ape nama dah lupa. Dia ni jugak la coach kita lawan bola dengan sekolah kat pedas dulu, kena belasah 10-1 tuuu..

    Korang tak ingat ke dengan cikgu salleh?πŸ˜€

  9. ko tau tak.. kiai tu marah sgt masa korang exsiden tu…. kakakkaa… kiai tu bawak van naik gila keja si rosdi.. kekekkekeke…. naik pecah perut aku bila ingat balik.. ada ke dia bwak tengah2 jalan… keta lain semua ketepi…… adusss…

    fadli.. bukan sekolah pedas ler.. sekolah rembau 10 – 1 ler

  10. hm… masa bila la pulak bertukar nama jadi widin, tu yang tak kenal…

    rasanya tragedi LORI TANAH tu, batch kitorang takde lagi kot. Kitorang masuk Pedas waktu tu bas dah ada…

    time bas meragam, kena gi sembahyang jumaat berjalan kaki kat kampung (dah tak ingat…)
    Trademark masjid tu ialah :
    “cape cape yang kehilangan lembu….bla bla bla…”

    Rasanya nak dapat pengalaman ‘kelas’ dalam kabin, kat kiblah je kot ada….πŸ™‚ πŸ™‚

    Bukit kiblah pedas memang lokasi menarik untuk ‘kanak-kanak dan budak-budak’ batch kitorang… main baling bole (buat daripada kertas).

    Dorm A & B, ada aktiviti bunuh lalat. Dorm C dan D, aktivit berperang sesama diorang…

    Aktor paling dikenali ramai ialah FARID OTHMAN atau dikenali dengan FARID O.

    Antara ‘kes’ yang dia buat :

    Waktu Shukri Salleh tidur kat Dorm A, farid O telah menuang air lemonade kat tilam dan menuduh shukri kencing atas tilam!

    Farid O telah mengajak Anwar Khazizi ke belakang Dorm A untuk menunjukkan goreng pisang. rupa-rupanya adalah ‘BAHAN KUMUHAN yang bergelar NAJIS’ !

    Selalu menjadi mangsa Firdaus Ghani supaya menyanyi dan macam2 lagi persembahan.

    Tragedi malam yang tidak boleh dilupakan apabila Farid O membuat ‘huru hara’. Akhirnya dia diikat. kesian….😦

    dan banyak lagi…

    Fadli : Confirm tak boleh lupa kemalangan tu! rasanya Jebat bawak komik Doraemon Syafiq, dan masa singgah kat rumah abg amir, telah disarankan bagi komik tu kat adik abg amir… tapi tak ingat apa yang terjadi… yang ingat ialah KITA MANDI SUNGAI kat situ….

  11. ooo farid o… kekekek nak pecah perut aku bila teringat kat dia.. sungguh melucukan hati..

    haa.. teringat aku kat firdaus ghani si kaki buli.. kekkekekeke
    badan besar.. pernah jer bertumbuk ngan aku kat kiblah, melaka.. kakakka…

    tapi suara dia sedap , sedap mengaji & azan… maklum lah perut besar boleh simpan angin banyak.. tu sedap suara dia…

    sapa ek kena pancing dengan garam waktu tidur… tak ingat aku..

  12. assalamualaikum kpd sahabat yg lame tiada kabar berita…

    da lame ana x jumpe dgn ente….ana harap ente sihat slalu…ewahhhhh

    sham…..rindu la dgn ko n all ex-kiblah, nazim, shukri, jenol, SAO, najmudin, sape lg ekkk….byk da lupe la…

    nnt aku reply lg….bz la skg keje…..

    ni no pon aku 016-2341965…

    wassalam

  13. salam, omai, ko nih sapa haaa… bro kasi tulis nama skit…hehhehe

  14. ko mn kenal aku…..aku dl member rapat sham…
    brp thn x jumpe die pas abis PMR…..penah gak nmpk die kat TV time tu tilawah al-quran….

    ntah la….aku rindu sume ex-kiblah batch2 aku dl…

    rinduuuuuuu….rindu serindu2nyaaaaaa
    ahahahhaha

  15. aku rindu gak kat ustat n cikgu2….

    ustat jaapar, ustat amin, ustat nasron, ustat masrohan, ustat zaharuddin, ustat rosdi (abg angkat hisham tu tp xnk nk ngaku….ahahaha) cikgu saleh, cikgu rosli, cikgu zul….

    skg aku dgr ustat rosdi da jd pengetua…..

  16. owh…mior sarip rupenye,…..sy adik jauhar
    ape kabar otai lame….hehehe
    otai ape bikin skg…
    tu la org tua mmg susah nk bg org mude main ping pong…

  17. Soya :

    Terkejut betul bila buka ilmuone hari ni, tengok2 muncul pula ko.. (dah hampir seminggu tak buka ilmuOne ni sebab outstation… kejap lagi nak keluar lagi… seminggu untuk kerja luar…)

    Tak sangka dah 10 tahun kita tak jumpa… bila boleh lawan main ping pong lagi? Skill ko makin mantap ke?

    Kalau lawan dengan ko mesti ko menang… lepas pindah dari kiblah 10 tahun dulu, dah tak berapa main.. Sekarang ni pun dah dekat 3 tahun tak main.

    Banyak benda nak cerita dengan ko… nak buat gathering PERTEMUAN SETELAH SATU DEKAD tak menjadi-jadi lagi….

  18. Kalau nak diikutkan korang punya anggapan masa kat kiblah..

    Kesimpulan yang boleh dibuat ialah SEMUA USTAZ DAN CIKGU DI SEKOLAH KIBLAH ADALAH ABANG ANGKAT HISHAM…

    ikut suka hati korang la….

  19. tp ustat rosdi plg special buat ko…..kn kn kn knπŸ˜‰

  20. oo adik jauhar… ko apa khabr.. abg ko apa khabar… hehhehe ping pong aku dah tak boleh main dah .. ko rang main ler.. aku cari pemainan lain laks,. hahahhaa…

    nih ada sikit info… ada 2 3 org budak junior (junior x5) nak buat persatuan alumnai semula..

    sekarang dalam proses untuk mengumpul & membuat database bagi semua x-kiblah, tak kiralah berapa lama kat kiblah tu,.. asalkan pernah register kat kiblah.

    mintak kerja sama semua x-kiblah & super xx-kiblah yang dapat info ini dapat emailkan informasi diri:-

    1) nama
    2) email
    3) no tipun
    4) alamat tempat kerja

    ke :
    widin98@gmail.com

  21. berita terkini ustat masruhan kiyai choteb….

    http://www.aleemsiddique.org.sg/israk_mikraj.htm

  22. aku tak tahu pun koranh buli nazim……shahar meh number phone ko

  23. huhuh idup gak si faridzman nie….
    ni bulat cam dl lg ke x….hehe

  24. tak main la bulat….badan mcm sazali samad je ler….hehehhehehe……..ape cerita ko oiii….aduiiiii bile le boleh jumpa semua org erkkkkk

  25. Soya :
    Faridzman dah tak bulat!!!!! Percaya la…. try cari kat fotopages dia…… koi pulok yg bulat dari dia…… segan nak jumpa korang la…

    Sori la tak dapat datang reunion baru ni…. waktu tak kena.

    Faridzman :
    Betul ke ust zahar nak buat reunion lagi hujung bulan? Kalau boleh memang nak paksa korang semua datang… bila lagi nak jumpa ramai-ramai…. tapi kan…. hujung bulan ni macam sempit sangat waktu yang ada…. 😦 😦 😦

  26. Assalamualaikum

    tak silap aku la ust zahar ade cakap hujung bulan ni atau awal bulan 2 tahun nih ade reunion…..weekend kut insa allah…..sama sama la kita pakat pakat datang.
    dah lama tak jumpa semua org….

    lawatilah fotopages aku
    http://farinzkuzer.fotopages.com

  27. salam.walaupun aku tak femes, korang tak kawan ngan aku, tapi aku kenal korang ni!(huhu).nak bagitau,kalau bleh korang serius dapat join kiblah nak buat alumni.mybe dalam bln feb akan ade gathering (rujuk kpd farizman).yg penting memenuhi syarat minimum:
    1) ex kiblah
    2) tak kisah berenti cara apa, berenti sukarela,or berenti kerana diberhenti.
    3) ada SPM

  28. oh ye, ade pembetulan fakta sikit, mangsa tawanan cameron konon tu bukan SAO, tapi sabri budak pahang tu…aku pun tengok gak peristiwa tu,menggigil lutut ni!! lagipun sao bukan block pembangkang time tu!

  29. ha lam mim ya @ helmi :

    ok, harap-harap takde halangan untuk ke gathering tu….

    Engko bukan tak femes la…. cuma kitorang segan nak kawan… hahahaha… Sama kelas, sama kelas tahfiz, sama duduk quarters, tapi tak de keserasian. Syahar tetap kawan baik ko…..

    Sabri ke yang kena jadi mangsa tawanan? Mungkin kot… masa tu duduk menyorok dekat dengan quarters menyaksikan tragedi tersebut…. macam tak percaya!!!

  30. huhu maintain gak ko farizdman…
    tp ade bulat skit la huahaha…

    tu arr best kalo dpt jmpe korg lg…
    tringat ms kat kiblah….
    kalo rmi yg dtg mesti best…..
    da lbh 10 tahun x jmpe korang….

  31. weiii….kiblah buat reunion hari raya cina nihh……sapa nak turun kiblah dialu alukan

  32. would like to remind that all the kiblah alumni are cordially invited to the kiblah grand gathering (kalau ramai datang grand la…). it will be held in:
    venue: tanah suci Kiblah
    time : 7th Feb 2008, 1st day of chinese new year (bukan raya ke2 atau ke3 maupun raya yg berikutnya)

    p/s: please tell the rest!

  33. ust jaafar??? bior betul?! tapi yg pasti program tu memang konfem akan ade!

  34. sapa lagi erk yg pergi…hisyam ko pergi tak?

  35. citer yg interesting gak..hu3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: