Ada erti pada seni..

 Poster HAPPY FEET.. watch my pet in action!!Haiwan kesayangan saya sudah mula beraksi. Bukan lagi rahsia bahawa penguin adalah haiwan kesayangan saya, di samping ikan-ikan hiasan yang begitu menambat hati saya. Antara impian saya ialah memiliki akuarium ikan di rumah sendiri. Juga impian memiliki sepasang penguin untuk dipelihara. Dan untuk itu saya perlu menyediakan akuarium khas yang disesuaikan dengan ekologi penguin. Saya sedar, antara dua impian ini hanya satu sahaja yang mungkin dapat saya penuhi.

Pandai betul mengolah ayat..sejak bila perkara ni jadi rahsia? Sebenarnya bukan rahsia, cuma tak dihebahkan je. Takkan nak hebohkan satu dunia yang saya suka penguin dan secara tidak langsung amat gemar menonton cerita PINGU?..

Tanpa sengaja, saya menonton sedutan filem HAPPY FEET ini di TV. Saya tertarik dengan kata-kata yang diluahkan oleh Mumble.

“Dad.., please don’t ask me to change what I can’t”

Saya tidak pasti ayat sebenar, tapi beginilah maksudnya. Di dalam menjalani kehidupan kita, mungkin sesekali ada di antara kita terasa ingin meluahkannya. Saya tidak kata kita semua. Hanya beberapa. Saya tidak ada statistik berkaitan hal ini untuk saya jadikan indikator dalam membuat penilaian.

Adakah kata-kata ini menunjukkan rasa berputus asa? Atau sekadar luahan dari rintihan hati yang remuk redam?

Hati saya tersentuh dengan kata-kata Mumble ini. Terasa sayu. Tatkala dihalau pergi, saya juga sedih. Hanya kerana ketidakupayaan, hukumannya berat sekali. Meninggalkan semuanya untuk pergi membawa diri.

Andai ini takdirnya, biarlah aku pergi. Kerana hadirku tidak bermakna lagi. Jangan dikesali jika suatu hari nanti, bilamana daku dicari, maaf… jasad ini tidak dapat menghadirkan diri lagi… usah ditangisi kelewatan untuk menghargai kerana tatkala ada disisi, tidak pernah dipeduli..

Apa yang dikatakan oleh Mumble ingin saya kaitkan dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

“Allah tidak mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri”

Percaya atau tidak bahawa intipati daripada Firman Allah ini telah diambil oleh sebuah syarikat gergasi di Asia untuk memotivasikan pekerja-pekerjanya? Believe it!!

Adakah berlakunya pertentangan di antara apa yang diungkapkan oleh Mumble dan juga Kalam Allah ini? Dan adakah keluhan kita yang kadangkala singgah di hati juga menafikan firman Allah ini? Apakah jua ia tanda kita malas berusaha? Lantas menjadikan ia sebagai suatu alasan yang memihak pada kita?

Saya optimis dengan menyatakan bahawa ada di antara perkara yang dapat kita ubah. Dan dalam masa yang sama ada juga yang kita tidak dapat mengubahnya. Kita mampu mengubah hati dan akal kita dalam berfikir. Kita mampu mengubah bentuk badan kita dari kurus kepada gemuk dan dari gemuk kepada kurus. Tapi, dapatkah kita ubah tubuh kita dari rendah kepada tinggi? Dari tinggi kepada rendah? Ia hampir-hampir mustahil!! Jadi, terimalah hakikat bahawa ada sesetengah perkara kita tidak dapat mengubahnya.

Apabila kita menyedari hakikat ini, maka terimalah dengan hati terbuka setiap perbezaan kita. Sebagai makhluk yang mampu berfikir, sudah tentu kita dapat membezakan perkara yang dapat diubah dan tidak dapat diubah.

Friends…
Please don’t ask me to change what I can’t.
Terimalah saya seadanya…

One Response

  1. assalamulaikum saudara,

    jika benar anda amat menyukai penguin, mari datang melawat penguin penguin ini di Underwater World Langkawi(UWL). adakah anda tahu yang kita juga ada aquarium penguin utk dilawati? setakat sekarang kita telah berjaya menetaskan 18 ekor penguin sepanjang hampir 3 tahun pameran mereka. Jika berkesempatan bleh lah saudara berjumpa dengan pegawai yang berkenaan utk mendapkan maklumat lanjut mengenai penguin di UWL ..Selamat melawat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: