Jalan di hadapan..

membesarlah dalam dakapan kasih sayang AllahSetiap hari akan lahir generasi baru. Mereka bakal meneruskan perjuangan di muka bumi. Mewarisi apa yang ditinggalkan. Mendepani apa yang tersedia untuk mereka. Tinggalan generasi terdahulu. Hasil usaha kita jua.

Bayi yang baru berkenalan dengan dunia ini terlalu bersih. Bersih dari dosa. Bersih dari hasad dengki; cantas mencantas; fitnah memfitnah. Biarpun ada dilahirkan tanpa ikatan sah ‘ibu’ dan ‘bapanya’. Walaupun dicampak di dalam longkang. Terbiar di tepi masjid. Walau luka digigit anjing. Bayi ini tetap bersih.

Apa yang kita sediakan untuk bayi-bayi ini? Anak-anak kita. Penyambung zuriat keturunan kita. Ternyata, hamparan yang kita sediakan tidak sehijau mana. Tidak menenangkan. Bahkan menyesakkan. Kusam warnanya. Kita sediakan mereka dengan duri yang menyakitkan.

Budaya beracun kita semai. Rasuah, gila pangkat dan harta, skinhead, gothik, puja artis, love world, agama sekadar adat, seks bebas, cemerlang pendidikan tapi sumbang amalan.
…………..

Sesekali pulang ke desa. Ingin lari dari asakan kota. Aduh, desa juga berubah rupa. Hilang nilai akhlak. Hilang sudah budaya desa. Desa yang permai. Damai. Walau rupa kekal menghijau, angin lembut sesekali mengelus setiap wajah, masih kedengaran suara-suara alam, hakikatnya nilai dalaman sudah hampir hilang.

Kembali ke hutan batu. Fikiran bertambah sesak. Nilai-nilai murni telah lama dikorbankan. Menjadi mangsa korban untuk meraih impian bernama KEMAJUAN. Maju menurut lensa mereka yang tidak bertuhankan Allah S.W.T. yang akan menghisab setiap amalan.
………………..

Kasihan. Kasihan pada bayi-bayi kecil ini. Lihatlah ‘orang-orang tua’ mereka. Bergelumang dengan maksiat. Runtuh rumahtangga. Lupa pada tanggungjawab. Lupa pada halal dan haram. Kemudi agama sudah patah. Layar sudah carik. Hilang arah perjalanan. Perjalanan yang dinamakan kehidupan.

Lihatlah ‘abang dan kakak’ mereka. Berpeleseran entah ke mana. Berpakaian sudah tidak sempurna. Berlumba-lumba memenuhi setiap konsert hiburan. Bergotong-royong membingitkan kompleks jualan. Lupa pada batas pergaulan. Lupa pada nilai agama. Malah ada yang sanggup menukar iktikad Islam sebagai agama.
……………….

Bayi-bayi ini merintih. Didiklah kami dengan kesempurnaan agama. Kenalkan kami musuh kami sebenarnya. Jangan jadikan kami umpama Yahudi dan Nasrani. Bentuklah kami menjadi Mukmin sejati. Persiapkan kami untuk dihantar ke masa depan yang mencabar. Ketika ini suasana amat tercabar. Apatah lagi masa depan yang lebih teramat mencabar.
……………………

Hati ini berbicara:
Semoga akan terus wujud anak-anak kecil yang sedia menggalas Al-Quran yang suci. Membaca Kalam Allah malam, siang, petang, pagi, juga dinihari. Lantas mengalir siramannya ke dalam hati. Membenihkan rasa cinta kepada Ilahi. Mendukung seruan suci. Setia pada ajaran agama yang murni. Itulah anak-anak kita. Anak-anak kesayangan kita.

12 Responses

  1. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  2. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  3. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  4. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  5. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  6. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  7. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  8. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  9. Insyaallah..at least pastikan anak-anak kita didalam suasana islam.

    p/s:bila dh ada anak la..hehe

  10. Bayi mungil manis dan mengemaskan..merupakan anugrah yang tak terkira rasaya…..

    tapi apakah 5 tahun, 10 tahun, 20, tahun yang akan datang dia kan tetap menjadi bayi mungil yang manis????
    ataukah dia menjadi sosok yang menyeramkan kelak????

    Maka dengan itu tangan lembut seorang ibulah yang kan mengajarkannya…dan membentuknya…….

    jadikan Bayi mungil manis itu kan tetap manis kapanpun dan berapapun usianya……..

  11. An answer from an expert! Thanks for cotintburing.

  12. It’s like you’re on a mission to save me time and money!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: