Sambungkan kembali tali itu..

Layang-layang bertali benang,
Putus benang berganti tali;
Saya seorang duduk mengenang,
Orang dikenang tak ambil peduli.

Kadang kala, saya sering terfikir. Bagaimana sahabat-sahabat saya yang lain ketika ini? Ingatkah lagi mereka pada saya? Bilakah kita dapat berkumpul, berhimpun, membicarakan kisah-kisah silam? Semalam yang berlalu, biarkan ia terus berlalu. Sudah hukum alam, kita perlu ke hadapan. Namun sesekali perlu juga menoleh ke belakang. Melihat sisa-sia tinggalan kita. Mengait kembali impian dan cita-cita yang pernah kita ukirkan. Agar menjadi penyangga buat kita untuk terus memahat sebagai sumber kekuatan.

Berulang kali juga saya berbicara sendiri. Masihkah teguh prinsip perjuangan kita? Atau telah kita tinggalkan nilai kebaikan yang kita bina. Lantas kita berubah laku. Dan berulang kali juga saya katakan pada diri saya. Sebarkan kebaikan walau di bidang mana sekalipun. Sebarkan kebaikan dalam apa jua situasi sekalipun.

Entah kenapa saya jadi rindu pada sahabat-sahabat.

Mungkin kerana ketika menjengah ke YahooGroups JSUAPIUMKL sebentar tadi dan seusai membaca ucapan daripada Heirin membuatkan ingatan terimbas ke belakang.

Saya sertakan di sini ucapan daripada salah seorang sahabat sepengajian di APIUM yang saya ambil daripada komuniti sahabat2 JSUAPIUMKL.

assalamualaikum wrt..

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian..

Apa khabar semua? harapan & doa semoga kita sentiasa diberi kekuatan dan ilham yang benar dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Sama ada kita sedar atau pun tidak, dah lebih setahun kita meninggalkan alam kampus yg penuh dengan pelbagai kenangan berharga yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah atas kesempatan dan peluang yang Allah telah berikan kepada kita untuk mengutip mutiara2 ilmu di bumi Nilam Puri dan seterusnya di Varsiti Perdana yang cukup gemilang.

Dalam tempoh setahun lebih ini juga kita telah bertebaran di muka bumi Allah yang maha luas ini untuk merealisasikan harapan dan impian ibu & ayah, juga harapan guru2, pensyarah2 yang telah banyak menabur budi sebagai bekalan hidup kita dalam menelusuri denai2 yang kita sendiri cipta dalam usaha menjadikan denai itu akan terus melebar dan akhirnya menjadi lebuh raya yang cukup canggih utk dijadikan modal dalam menuju keredhaan Allah yang lebih bernilai daripada segala yang ada dimuka bumi ini..

Mungkin kita boleh jadikan yahoogroups ni utk medan kita bertukar2 pandangan, bertukar pengalaman dan terus mengukuhkan ukhuwwah antara kita.. maklumlah..masing2 dan bekerja. Ada yg masuk dalam industri takaful, pengurusan harta, ada yg dah jadi pegawai JAKIM, ade jugak yang jadi pegawai syariah, ade jugak yg terus komited berjubah hitam setia membantu pelanggan menghadapi pelbagai masalah. Ada juga yg bukan setakat berjubah hitam duduk sebaris bersama client, tapi berjubah hitam dan duduk di kerusi hakim. Kalau dulu itu semua sekadar angan2 di moot court APIUM, tapi skrg semua itu telah menjadi realiti sebahagian daripada kehidupan kita. Dan ada juga antara kita bergelar pensyarah dan juga yg masih setia dengan buku berusaha keras memegang title student master..dan ada juga yg semakin kaya mengumpul harta dengan title businessman..hmm..macam2 pengalaman yang kita boleh kongsi bersama2.

oklah.. rasanya cukuplah setakat ini coretan saya kali ini. dah lama berhajat nak menulis di sini, tp tak de kesempatan. semoga ada respon daripada sahabat2 yg masih setia dengan yahoogroups JSUAPIUMKL yang diasaskan oleh che da qelate kite tu.. 🙂

oh ye..dikesempatan ini juga saya dengan rendah hati ingin menjemput semua sahabat2 yang mengenali diri ini utk hadir ke majlis walimah saya yg akan diadakan pada 23 Disember 2006 (sabtu) di saujana Impian, kajang. bersama ini saya sertakan softcopy kad jemputan saya utk rujukan sahabat2 semua. ade peta pada kad tu. senang skit nak datang. Doakan majlis berjalan lancar & diberkati dan doakan juga kami diberi kekuatan dan inayah dalam membina mahligai bahagia impian kami dengan matlamat yg satu, utk mencapai keredhaan ALLAH.

Salam persahabatan ikhlas dari saya..
Hairin Herlina Abdul Halim
Amanah Raya Berhad
Kuala Lumpur.

RABBI…redhaMu Impianku…

Sebaik habis peperiksaan di UIAM, saya dan rakan-rakan yang lain telah berkesempatan ke majlis walimah ini walaupun agak terlewat. Didoakan kebahagiaan kepada Hairin dan Nizam.

Bagaimana dengan majlis walimah saya nanti?? Adakah dapat saya kumpulkan sahabat-sahabat saya di hari tersebut??

Leave a comment