Benarkah itu berlaku?

Telah berlalu exam semester 1. 27 Januari ini semester kedua akan bermula. Mengenangkan peperiksaan yang telah berlalu, juga kepada saat dan tika menimba ilmu, saya teringat kepada kisah yang pernah berlaku dan menjadikan saya bertanya sendiri. Betulkah ini perkara yang terjadi kepada saya?

….
Dewan SMKA TAHAP.
Peperiksaan SPM 1999
Subjek Prinsip Akaun.

Entah macam mana tugas membaca doa setiap kali sebelum peperiksaan dimulakan di dalam dewan (untuk kelas 5 IR), saya yang ditentukan untuk mengetuainya. Slotnya ada dua. Pertama ketika di ASPURA iaitu sebelum bergerak beramai-ramai ke dewan peperiksaan. Dan slot kedua ketika di dalam dewan.

Ketika di dalam dewan, dengan bersemangat saya berdiri dan diikuti sahabat-sahabat yang lain. Sekali lagi saya akan mengetuai bacaan doa.

Seberdirinya saya, dengan arahan dari minda kepada peti suara untuk menghasilkan bacaan yang lantang, maka bergemalah suara saya di dalam dewan. Bermula dengan doa pembukaan, seterusnya doa permudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan hinggalah kepada satu doa yang begitu ‘sinonim’ ketika berkumpul di dewan makan bilamana menunggu azan maghrib berkumandang. Ya, peperiksaan kami dijalankan dalam bulan Ramadhan.

“Allahumma laka sumna, wa bika amanna wa ‘ala rizqika aftorna birahmatika Ya Arhamar Rahimin”

Selesai doa ini saya baca, tiba-tiba saya terdiam. Lantas saya pandang sekeliling. Sahabat-sahabat tersenyum -senyum melihat saya. Saya pandang ke pentas dewan.

“Rasanya belum sampai lagi waktu berbuka puasa” kata salah seorang penjaga peperiksaan di atas pentas.

Ya, memang belum sampai waktu berbuka…😦

P/s: Kenangan terindah. Membaca doa berbuka puasa di dalam dewan peperiksaan.

………….
2003
Bangunan Peperiksaan UM
Subjek Islam dan Politik Di Asia Barat ( Subjek Elektif Luar)

Terlalu khusyuk menjawab soalan peperiksaan. Cuba meluahkan segala ajaran yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Redzuan b. Othman. Cuba menganalisis isu-isu yang pernah diterangkan dan dibincankan di dalam kuliah dan tutorial.

Sayup-sayup kedengaran bunyi ringtone telefon bimbit.

“Siapa la yang tak tutup henset ni masuk dalam dewan exam?” Kata hati saya.

“Eh, bunyi ringtone sama dengan yang aku punya. Ada juga orang yang guna ringtone yang sama”.

Entah macam mana tergerak hati untuk memastikan henset sendiri.

“Alamak!! Henset aku yang berbunyi”.

Dalam keadaan cemas, terkejut, saya terpaksa berlakon seolah-olah mencari sesuatu di dalam poket. Dan terus saya off kan henset.

Kesannya, segala rangka-rangka jawapan melayang dari fikiran begitu sahaja. Dan sepanjang tempoh menjawab soalan peperiksaan, saya sentiasa memikirkan bagaimana henset saya boleh ON sedangkan saya yakin dan percaya saya telah OFF kan sebelum masuk ke dalam dewan.
………….

Malam.
Kelas Fiqh Ibadat (Kelas ganti)
Akademi Islam Uni Malaya Nilam Puri.

Duduk berdekatan dengan pintu kedua. Bersebelahan dengan Sidi. Perangai nakal sesekali muncul. Berbual-bual dengan Sidi. Berbincang perancangan-perancangan harian seterusnya untuk dilakukan.

Dek tersedar ketinggalan apa yang dipelajari malam ini, saya cuba tumpukan semula kepada kuliah. Mungkin terlalu seronok berbual, Sidi masih lagi berusaha mengajak proses bersembang diteruskan.

“Sidi, diamlah.. orang nak salin ust kata apa tu.. yang belajar tadi langsung tak faham” bisik saya.

Sidi masih berusaha mengajak bersembang. Respon yang saya berikan setiap kali diajak berbual hanyalah bercakap dengan kadar suara perlahan supaya dia senyap dan tengok di hadapan.

Setelah diasak untuk berbual beberapa kali, saya cuba menguatkan sedikit suara agar dia diam. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“DIAMLAHHH!!!” Bergema suara saya di setiap ruang kelas. Saya tergamam. Sidi terdiam. Suara-suara perbualan yang ada juga terus senyap. Ustaz di hadapan juga kaku tidak bersuara.

“Baiklah, kita tamatkan kelas kita…” kata ustaz.

Saya terkesima. Langsung panik. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Suara hingar bingar mula kedengaran. Nama saya menjadi sebutan.

………………..

One Response

  1. kelakarla cerita tuh..em..ni sama bacth ngan kakak saya la ni..akak saya amek syariah pengurusan kat umkl jugak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: