Kisah kawan


Kata kawan saya:

Dia yang saya kenali dulu. Lembut pada pandangannya. Ayu pada akhlaknya. Indah pada pakaiannya. Alangkah bahagianya andai dia menjadi suri hidupku kelak.

Kami sama-sama dari sekolah yang berlainan. Mendaftar ke sekolah yang baru lantas dimasukkan ke kelas yang sama. Kelas aliran agama & akaun. Sekolah kami sekolah agama yang ternama. Kami dididik dengan akhlak Islam.

Pernah Ustaz Zamri memberi amanah di dalam kelas. Kata Ustaz Zamri:


“Ustaz harap sangat lepas kamu semua tamat dari sekolah, pakaian sebegini yang akan terus kamu pakai. Sebenarnya kami guru-guru kadang-kadang kecil hati dengan pelajar kami. Bila sudah tamat belajar, baju sudah singkat. Aurat pun sudah tidak terjaga. Ada yang tanpa segan silu berjalan berdua-duaan dengan kekasih sambil erat berpegangan tangan.”

Saya tekun mendengar. Saya perhati rakan-rakan lain. Semua khusyuk. Dia juga begitu. Kawan-kawan kaum sejenisnya juga turut begitu.

Saya berdoa di dalam hati ,’Mudah-mudahan nasihat ustaz ini meresap ke dalam hati-hati kami’.

“Kami sedih bila merasakan apa yang kami ajar di sekolah langsung tidak dihayati. kami bukan sekadar mahu pelajar-pelajar kami cemerlang di dalam peperiksaan. Tetapi kami lebih berbangga andai apa yang kami ajar diamalkan. Itu yang lebih utama bagi kami. Kami kecewa kalau anak-anak murid kami seperti daun keladi’, sambung Ustaz Zamri lagi.

Saya seorang yang pemalu, maka sampai ke hari terakhir persekolahan tidak pernah saya nyatakan hasrat saya pada dia. Kami terpisah. Saya tidak pernah menyesal kerana tidak meluahkan hasrat saya. Saya lebih utamakan cita-cita. Apa yang saya rasa mungkin sekadar minat kerana kesantunan dan kesopanannya.

5 tahun telah berlalu sejak saya menyambung pengajian di IPT. Kami tidak pernah bersua sejak tamat SPM. Kami belajar di IPT yang berlainan. Saya juga jarang menghubungi sahabat-sahabat yang lain. Cuma sekadar mendengar khabaran-khabaran sahaja.

Baru-baru ini ketika saya tiba di Puduraya, dalam keadaan tergesa-gesa saya terserempak dengan dia. Bukan. Dia yang terserempak dengan saya kerana dia yang menegur saya. Saya sendiri tidak perasan. Lain benar dia.

Saya terdiam buat seketika ketika disapa. Diakah itu? Tudung labuhnya berganti tudung jarang diikat ke belakang. Bajunya… aduh, mengapa dia tergamak memakai baju adiknya? Baju apa lagi yang akan dipakai adiknya kalau dia merampas hak adiknya untuk memakainya?

Seluar jeansnya menakutkan saya! Sangat ketat. Dia bersama 2 lagi sahabatnya. Gaya yang hampir serupa. Oh, baru saya perasan, ada 3 orang lelaki lagi bersama mereka. Ada yang memakai gelang. Ada juga memakai rantai.

Saya tidak boleh lama di situ. Bas saya akan bergerak beberapa minit lagi. Saya minta izin untuk beredar. Sempat saya sampaikan salam Ustaz Zamri kepada dia. Baru 2 hari saya menghubungi Ustaz Zamri meminta bantuan tentang persoalan agama. ustaz zamri memberi pesan agar disampaikan salamnya kepada sahabat-sahabat sekolah jika bertemu.

Di dalam bas, saya termenung sendiri. Dia yang saya kenali bukan seperti apa yang saya temui tadi. Saya teringat setiap patah perkataan yang pernah Ustaz Zamri bicarakan dulu. Saya terbayang apakah perasaan Ustaz Zamri kelak bila mengetahi apa yang dicurahkan dulu sebenarnya di atas daun keladi. Saya terbayang raut wajahnya yang ayu ketika mendengar amanat dari Ustaz Zamri dulu. Dalam tak sedar, air mata saya mengalir perlahan di tubir mata.

‘Akukah yang bersalah kerana tidak dari dulu menzahirkan rasa hatiku? Supaya dia yang kukenali dulu akan tetap ayu seperti dulu.’ Kata hati saya.

Dia yang dahulu, cuma tinggal di dalam kenangan. Saya tetap berdoa agar dia kembali segar umpama mawar yang mekar di taman. Cantik pada pandangan. Harum semerbak menjadi idaman. Durinya menjadi benteng kesucian.

Dia tidak akan saya cuba miliki kelak. Saya kini menunggu detik diijabkabulkan pada 2 bulan yang akan mendatang. Saya akan berikan kasih, cinta dan sayang buat tunangan juga bakal isteri yang telah Allah takdirkan dipertemukan dalam satu perjuangan.

Itu bicara kawan saya. Mungkin juga dari saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: