Bukan warkah biasa

write1.jpg

Saya baru menerima emel dari kawan saya. Katanya dia ingin memberikan buah tangan kepada saya dan pembaca-pembaca ilmuOne. Sebelum itu dia meminta maaf sekiranya bahasa dan lenggok gaya penulisannya tidak menarik. Saya menerimanya sepenuh hati kerana saya memang mengenalinya. Saya sendiri terkejut apabila dia menghantar ‘karyanya’ yang ulung-ulung kalinya dihasilkan. Tidak pernah saya ketahui yang dia minat ‘menulis’. Tapi saya kagum dengan usahanya yang cuba untuk memberikan sesuatu melalui karyanya. Ini apa yang dihantar kepada saya.

…..

SUARA DARI EMEL

Banyak yang aku fikirkan dan menungkan sejak dari tadi. Antara rasa syukur dengan nikmat yang aku perolehi dan juga rasa simpati buat mereka yang berdepan dengan cabaran mengatur kehidupan. Continue reading

Advertisements

Belajar daripada semut

semut.jpg

“Ish, mana datangnya semut-semut ni? Tiba-tiba muncul hari ni”, gumam saya sendirian.

Saya ketika itu baru bermula untuk kerja-kerja memasak. Duduk bersila di dapur dengan bahan-bahan yang bakal ‘dikerjakan’.

Ekor mata saya tidak lepas dari melihat semut-semut yang begitu teratur perjalanannya dalam satu barisan. Bingkas saya bangun. Ingin melihat ke mana arah tuju semut-semut tersebut.

Tiba-tiba terfikir untuk menghalang perjalanan mereka untuk melihat apa yang akan berlaku. Saya ambil penutup botol air dan saya letakkan di tengah-tengah ‘barisan’. Continue reading

A Cool Conversation on Hijab

 

 

“I’m so tired”

“Tired of what?”

“Of all these people judging me.”

“Who judged you?”

“Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab.”

“Oh, hijab and music! The mother of all topics!”

“Yeah! I listen to music without hijab. Haha!”

“Maybe she was just giving you advice.”

“I don’t need her advice. I know my religion. Can’t she mind her own business?”

Continue reading

Hadiah perkahwinan..

Cuti sekolah dan majlis perkahwinan. Kalau di kampung saya, Jengka Sebelas, cuti sekolah inilah menjadi ‘gelanggang’ majlis perkahwinan. Jika cuti sekolah selama seminggu, maka bukan perkara yang pelik kalau majlis perkahwinan juga berlangsung pada setiap hari. Rentak perjalanan di Felda tidak sama dengan kehidupan berorientasikan ‘office hour”. Jadi tidak menjadi kesulitan untuk dilangsungkan majlis pada hari ‘bekerja’. Cumanya mungkin mendatangkan sedikit kesusahan kepada tetamu-tetamu yang terikat dengan rutin ‘bekerja’.

Bukan niat saya menceritakan perihal majlis perkahwinan tetapi tentang hadiah perkahwinan. Hadiah buat pasangan yang baru diijabkabulkan.

Ketika sesi membuka hadiah mungkin ini akan berlaku.

Continue reading

Aktiviti lepas..


Ke mana saya menghilang dalam seminggu yang lepas, 8 Mac hingga 13 Mac 2007?

  • 7 Mac – Jam 7.30 malam bertolak pulang ke Jengka dari Kuantan. Tiba jam 9.30 malam.
  • 8 Mac – Selepas solat Subuh bertolak ke Rumah Rehat Tanjung Lipis untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan dan Pembangunan
  • 9 Mac – Masih di Rumah Rehat Tanjung Lipis. Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Akaun.
    • Tengahari – Bertolak pulang ke Jengka
    • Selepas Solat Jumaat bertolak ke Kuala Lumpur
  • 10 Mac – Pagi-Menghadiri kelas di UIAM. Bertolak pulang ke Jengka semula selepas kelas tamat pada jam 3.30 petang.
  • 11 Mac – Pagi – Bertolak ke Kuantan untuk sesi Percutian Bersama Keluarga. Sebuah kereta Wira SE, sebuah kereta Kancil dan sebuah ‘lori perniagaan’. Petang berkunjung ke Teluk Cempedak. Rancangan untuk ke Pantai Batu Hitam dibatalkan berikutan tragedi lemas yang baru berlaku di situ pada hari sebelumnya.
  • 12 Mac – Pulang semula ke Jengka bersama keluarga.
  • 13 Mac – Tengahari, bertolak pulang ke Kuantan

14 Mac- hari ini. Keletihan masih terasa. Saya hampir-hampir tidak dapat bangun pagi tadi untuk ke pejabat. Saya inginkan rehat yang berkualiti…

Sekaki Payung…


Alkisah sekaki payung. Memang saya berhajat untuk membeli sekaki payung. Sejak memiliki kereta, tidak ada apa-apa aksesori yang saya letakkan di dalam kereta. Melainkan sekotak tisu, sebuah buku kosong dan dua batang pen. Belum tiba masanya saya ‘berkampung’ setiap hari di dalam kereta. Motor masih menjadi teman akrab untuk bergerak. Memikirkan ‘kekosongan’ kereta saya, maka satu-satunya barang tambahan yang perlu dibekalkan ialah sekaki payung.


Kelas saya dua hari lepas ( 3 Mac 2007) lewat dimulakan. Kebetulan dalam waktu yang sama satu seminar diadakan di AIKOL bertajuk “Seminar Keganasan Rumahtangga”. Mengambil kesempatan yang ada dan dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja, dapat saya menyertai seminar tersebut berserta cenderahati sumbangan Takaful Ikhlas iaitu SEKAKI PAYUNG.

Sepanjang hari dalam perjalanan pulang, saya kini ditemani sekaki payung. Singgah di KINOKUNIYA KLCC, berpatah balik ke stesen Jelatek untuk berurusan dengan ahli KTI, transit di Masjid Jamek dan meninjau urusniaga-urusniaga yang rancak berjalan; tetap setia dengan SEKAKI PAYUNG.

Dalam keadaan biasa, mungkin ini tidak akan saya lakukan. Tapi, sepanjang hari bersama payung, terasa semakin akrab. Payung saya ini boleh dijadikan sebagai senjata andai ada watak-watak tambahan yang ingin melakukan onar. Lagipun saya tidak pasti ilmu persilatan yang saya miliki sudah cukup ampuh untuk itu.

Berbicara tentang payung, teringat saya pada zaman kanak-kanak. Dengan payung besar berwarna hitam yang dikembangkan, saya akan melompat dari beranda rumah ke tanah. Seolah-olah sedang melakukan aksi terjunan menggunakan payung terjun.

Teringat juga pada teka teki bertemakan payung.

Dalam perjalanan ke sekolah, Salmah, Aminah dan Fatimah telah berkongsi payung. Ajaibnya, sesampai di sekolah yang jaraknya 500 m, mereka langsung tidak dibasahi hujan! Mengapa?

Jawapannya: Kerana mereka menggunakan payung untuk melindungi dari terik matahari.

Entah kenapa, bila teka-teki ini saya berikan, bermacam-macam jawapan yang diberikan. Mungkin payung terlalu sinonim dengan hujan. Walhal kita mengetahui fungsi payung juga untuk melindungi dari terik panas matahari. (Ketepikan fungsinya sebagai payung terjun sebagaimana yang saya lakukan di zaman kanak-kanak hingusan!!)

Apabila payung berfungsi untuk melindungi dari panas mentari, satu situasi yang menggetarkan muncul di fikiran saya.

Di padang mahsyar kelak, ketika matahari berada sejengkal di atas kepala; tergolongkah saya di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah?