Sekaki Payung…


Alkisah sekaki payung. Memang saya berhajat untuk membeli sekaki payung. Sejak memiliki kereta, tidak ada apa-apa aksesori yang saya letakkan di dalam kereta. Melainkan sekotak tisu, sebuah buku kosong dan dua batang pen. Belum tiba masanya saya ‘berkampung’ setiap hari di dalam kereta. Motor masih menjadi teman akrab untuk bergerak. Memikirkan ‘kekosongan’ kereta saya, maka satu-satunya barang tambahan yang perlu dibekalkan ialah sekaki payung.


Kelas saya dua hari lepas ( 3 Mac 2007) lewat dimulakan. Kebetulan dalam waktu yang sama satu seminar diadakan di AIKOL bertajuk “Seminar Keganasan Rumahtangga”. Mengambil kesempatan yang ada dan dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja, dapat saya menyertai seminar tersebut berserta cenderahati sumbangan Takaful Ikhlas iaitu SEKAKI PAYUNG.

Sepanjang hari dalam perjalanan pulang, saya kini ditemani sekaki payung. Singgah di KINOKUNIYA KLCC, berpatah balik ke stesen Jelatek untuk berurusan dengan ahli KTI, transit di Masjid Jamek dan meninjau urusniaga-urusniaga yang rancak berjalan; tetap setia dengan SEKAKI PAYUNG.

Dalam keadaan biasa, mungkin ini tidak akan saya lakukan. Tapi, sepanjang hari bersama payung, terasa semakin akrab. Payung saya ini boleh dijadikan sebagai senjata andai ada watak-watak tambahan yang ingin melakukan onar. Lagipun saya tidak pasti ilmu persilatan yang saya miliki sudah cukup ampuh untuk itu.

Berbicara tentang payung, teringat saya pada zaman kanak-kanak. Dengan payung besar berwarna hitam yang dikembangkan, saya akan melompat dari beranda rumah ke tanah. Seolah-olah sedang melakukan aksi terjunan menggunakan payung terjun.

Teringat juga pada teka teki bertemakan payung.

Dalam perjalanan ke sekolah, Salmah, Aminah dan Fatimah telah berkongsi payung. Ajaibnya, sesampai di sekolah yang jaraknya 500 m, mereka langsung tidak dibasahi hujan! Mengapa?

Jawapannya: Kerana mereka menggunakan payung untuk melindungi dari terik matahari.

Entah kenapa, bila teka-teki ini saya berikan, bermacam-macam jawapan yang diberikan. Mungkin payung terlalu sinonim dengan hujan. Walhal kita mengetahui fungsi payung juga untuk melindungi dari terik panas matahari. (Ketepikan fungsinya sebagai payung terjun sebagaimana yang saya lakukan di zaman kanak-kanak hingusan!!)

Apabila payung berfungsi untuk melindungi dari panas mentari, satu situasi yang menggetarkan muncul di fikiran saya.

Di padang mahsyar kelak, ketika matahari berada sejengkal di atas kepala; tergolongkah saya di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah?

2 Responses

  1. ade member pompuan ckp kat aku, org laki kalau pakai payung tak cool beb. Tatau apesal. ;))
    Renung2kan dan selamat beramal.

  2. kalau setakat nak jalan2 pakai payung, apatah lagi waktu panas, rasanya antara perkara terakhir yang akan dibuat…

    tapi kepentingan payung jangan diabaikan… bayangkan sampai je tempat keje, nak keluar dari kereta pergi ofis tapi hujan lebat mencurah-curah… waktu tu la mengharapkan payung…

    Ish, biar la tak nampak cool pun, tak sampai ke mana pun ‘cool’ tu. Itu persepsi je… yang penting kita guna ‘alat2’ ni pada tempat dan keadaan yang sepatutnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: