Belajar daripada semut

semut.jpg

“Ish, mana datangnya semut-semut ni? Tiba-tiba muncul hari ni”, gumam saya sendirian.

Saya ketika itu baru bermula untuk kerja-kerja memasak. Duduk bersila di dapur dengan bahan-bahan yang bakal ‘dikerjakan’.

Ekor mata saya tidak lepas dari melihat semut-semut yang begitu teratur perjalanannya dalam satu barisan. Bingkas saya bangun. Ingin melihat ke mana arah tuju semut-semut tersebut.

Tiba-tiba terfikir untuk menghalang perjalanan mereka untuk melihat apa yang akan berlaku. Saya ambil penutup botol air dan saya letakkan di tengah-tengah ‘barisan’. Terpisahlah satu barisan menjadi dua. Semut yang mengetuai barisan di belakang cuba untuk memanjat tudung botol tersebut. Tetapi hanya separuh jalan kemudiannya turun semula dan cuba bergerak ke tepi. Kali ini berjaya dan terus menuju ke depan untuk bersama dengan barisan yang telah terpisah. Diikuti semut-semut yang lain.

Di belakangnya saya lihat satu kelompok semut yang berjuang bersama-sama memikul cebisan biskut. Tidak ada yang mencuri tulang. Semuanya menyumbangkan tenaga untuk memastikan rezeki mereka itu dapat dibawa pulang.

Melihat kepada semut-semut ini saya kemudiannya berfikir.

Ketika perjalanan mereka dihalang tadi, mereka tetap mencari jalan untuk menuju ke arah matlamat mereka. Ya, matlamat mereka. Pastinya dari awal perjalanan mereka, telah ditetapkan ke mana arah seterusnya.

Semut-semut ini tidak sesekali berundur ke belakang. Tetapi terus ke hadapan. Jika diletakkan batu di tengah perjalanan mereka, seboleh mungkin celahan-celahan yang ada cuba untuk dilalui.

Melihat kepada kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka. Saya lebih memahami erti kerja berpasukan.

Sikap yang ditunjukkan oleh serangga kecil ini patut dan perlu diadaptasikan dalam kehidupan kita. Mara menuju ke hadapan. Jangan sesekali merasakan sudah cukup untuk berada di zon selesa. Bangkit demi kejayaan.

Setiap usaha yang dijalankan atas nama menuju kejayaan amat bernilai harganya jika dibandingkan dengan duduk berdiam diri dan hanya menunggu pipih datang melayang. Kita tuai apa yang kita semai.

Katakanlah kita diberi tugasan untuk membaling sebiji botol di atas meja sehingga jatuh. Balingan pertama kita tidak berjaya. Balingan kedua juga tidak berjaya. Mungkin tersalah fokus. Mungkin juga rintangan daripada angin. Kita terus mencuba. Pada satu peringkat mungkin kita akan bosan. Bosan kerana gagal. Setelah balingan kita yang ke-12, kita masih juga gagal. Adakah kita akan terus berhenti? Siapa tahu bahawa kemungkinan balingan yang akan berjaya ialah pada percubaan ke-13.

Jadi, di mana kedudukan kita? Terus berhenti atau akan terus mencuba untuk balingan ke-13.

Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan pengajaran kepadaku hanya dengan digambarkan melalui kehidupan semut-semut yang Kau ciptakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: