Bukan warkah biasa

write1.jpg

Saya baru menerima emel dari kawan saya. Katanya dia ingin memberikan buah tangan kepada saya dan pembaca-pembaca ilmuOne. Sebelum itu dia meminta maaf sekiranya bahasa dan lenggok gaya penulisannya tidak menarik. Saya menerimanya sepenuh hati kerana saya memang mengenalinya. Saya sendiri terkejut apabila dia menghantar ‘karyanya’ yang ulung-ulung kalinya dihasilkan. Tidak pernah saya ketahui yang dia minat ‘menulis’. Tapi saya kagum dengan usahanya yang cuba untuk memberikan sesuatu melalui karyanya. Ini apa yang dihantar kepada saya.

…..

SUARA DARI EMEL

Banyak yang aku fikirkan dan menungkan sejak dari tadi. Antara rasa syukur dengan nikmat yang aku perolehi dan juga rasa simpati buat mereka yang berdepan dengan cabaran mengatur kehidupan.

Semuanya bermula daripada emel yang dihantar oleh Abang Nazri. Aku percaya emel itu juga Abang Nazri perolehi daripada orang lain. Ini berdasarkan kepada singkatan Forward (FW) yang ada pada tajuk emel tersebut. Ah, bukan itu yang menjadi persoalannya. Yang lebih utama ialah isinya. Biarpun bahasanya agak sambil lewa serta bercampur aduk tapi mudah difahami. Tidak ada makna yang tersirat di sebalik yang tersurat. Aku baru selesai membacanya untuk kali kedua sebentar tadi dan ini adalah untuk kali ketiga.

SUBJECT: CAN A FAMILY MAN WITH SALARY RM3,000 SURVIVE IN MALAYSIA?????

Something to share with…

Let’s do some simple calculations here.

In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn’t). I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple, let’s take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let’s start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son Ngam-ngam …

Calculation starts:

Electricity and water bill: RM100

(No air-con, No home theatre, No water heater … ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775

(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons…?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155

(RM5/day, RM5 … can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM65

(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80 (got that cheap meh? i don’t think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so… No Astro, no movie @ cinema, no DVD,no CD, no online, cannot KFC, cannot McDonald, cannot go Park walk weekend (petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc…

Let’s use a calculator to total up… WALAO EH! Shit! RM3,610 already…

EPF belum potong, income tax lagi……..oledi RM3,610 …

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don’t eat? Don’t work? Don’t send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don’t earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh… Sorry… it should be Malaysians Boleh , because we’re still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!(hehehe)

Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonder so many Ah Loong around… 😛

Kiranya aku beruntung dengan gaji sebanyak RM6500 sebulan , aku sudah melepasi tahap yang dilalui oleh mereka yang jumlah pendapatannya amat kurang. Aku bersyukur dengan status kewanganku kini.

Teringat aku pada kawanku di Pahang. Pendapatannya hanya menjangkau RM1500 dan setelah ditolak perbelanjaannya, hanya berbaki RM250. Itupun dia dalam keadaan yang masih bujang. Dia masih terkial-kial mengumpulkan wang untuk belanja perkahwinan. Aku sendiri terkejut dengan jumlah hantaran yang perlu dia sediakan. RM8000!!. Dengan simpanannya yang tidak seberapa dan kadangkala bocor juga untuk hal-hal yang tidak terduga, sampai bila agaknya baru dapat dikumpul wang sebanyak itu. Katanya dia tiada pilihan lain selain daripada berhutang untuk berkahwin.

Bagi aku, keputusannya itu bukannya suatu keanehan. Berhutang untuk berkahwin sudah menjadi perkara biasa. Jika dulu untuk melanjutkan pelajaran terpaksa berhutang. Kini untuk berkahwin juga begitu. Aku sendiri bingung dengan masyarakat yang sedar dan tahu situasi ini tetapi seolah-olah tiada kesedaran. Bukannya mereka tidak tahu pendapatan ataupun kerjaya bakal menantu mereka. Untuk menguruskan kehidupan sendiri pun kadang kala termengah-mengah apatah lagi untuk mengumpul sejumlah wang yang besar untuk HANTARAN.

 

 

nomoney.png

Menurut cerita sepupuku, jangan terkejut kalau sesama jiran atau saudara mara, boleh pula mereka berlumba-lumba meletakkan harga yang tinggi untuk anak perempuan mereka. Aneh sungguh pemikiran. Di satu pihak, gembira dengan jumlah yang membanggakan. Satu pihak lagi terduduk, terlentang bahkan terguling dengan jumlah yang membebankan.

Menurut kawanku yang bekerja sebagai peguam sya’rie pula, ramai juga kelayannya yang membuat permohonan untuk bercerai dan bila diselidiki, hutang belanja untuk perkahwinan pun belum terlunas!! Kasihan sungguh! STOP.

Berbalik kepada isi kandungan emel tadi, aku dapat rumuskan bahawa saranan TPM supaya mengubah cara hidup bukanlah saranan yang bijak. Apa tidaknya? Jika dilihat pada ‘kira-kira’ di dalam emel tersebut, rasanya itu pun sekadar ‘ngam-ngam’ untuk perbelanjaan wajib. Dengan kiraan seperti itu pun dapat dilihat perbelanjaannya melebihi pendapatan. Bagaimana pula sekiranya adanya keprluan-keperluan lain yang mendesak dalam satu-satu ketika? Perubatan, penyelenggaraan kenderaan dan sebagainya.

Bagi mereka yang berpendapatan besar mungkin kurang terasa, tetapi tidak bagi mereka yang sebaliknya. Berjuang untuk hidup dengan asakan-asakan bebanan yang semakin meningkat bukannya suatu perkara yang mudah. Mereka terhimpit dan terdera. Merintih dan merayu agar difahami jerit perih apa yang dilalui.

Jeritan bernada kesengsaraan. Rintihan di setiap helaan nafas yang berat. Bersenandung dalam setiap keluhan yang lahir dari jiwa yang tertekan. Semuanya mengharapkan agar didengari dan difahami. Agar dikurangkan bebanan yang tidak sepatutnya. Agar selepas ini jangan lagi ditambah bebanan yang telah tersedia.

Aku faham kehendak mereka. Aku memahami masalah mereka, juga suara hati mereka yang berbicara. Penderitaan mereka juga dapat aku rasai.

Tetapi mengapa masih ada yang tidak mengerti dan memahami????

………………………….

Itulah karya yang dihantar kawan saya. Saya juga sepertinya, berharap agar mesej ini dapat difahami oleh para pembaca.

6 Responses

  1. Bila saya baca, terasa di hati ini. Average pendapatan isi rumah kami RMXX,XXX.00, Tapi faham sangat erti kesempitan. Berapa banyak yang kita terima di tangan, bukanlah ukuran kemewahan atau kesempitan, tetapi ia perlu diukur dengan keperluan. Memang kita tak nafikan apalah erti RM3000 sebulan bila diukur dengan keperluan tersebut, sedangkan ia sangat asas bagi sebuah keluarga. Yang nak ada anakpun takut terkujat. bimbang tak dapat beri yang berkualiti kepada anak.

    Elok juga kalau kita melakukan pembaharuan bagi sesetengah kelaziman. Dalam keadaan termengah-mengah kita berjuang untuk hidup, menuruti arus budaya masyarakat, “nanti orang kata apa”, kita letakkan satu titik kerehatan.

    Saya baru sahaja menasihati anak saudara saya yang sulung, yang akan bernikah tidak lama lagi. berhutang untuk membetulkan siling rumah, bilik air. Mencecah lebih RM20,000 untuk pembayaran selama 7-9 tahun. Terkilan yang amat saya mendengarnya. Kalaulah saya sempat menasihatinya sebelum itu. Lebih baik kalau dia hendak buat personal loan, biarlah itu keperluan yang hakiki seperti deposit pembelian rumah, kereta yang selesa, sambung belajar etc.

    Hmmm …. Saya teringat semasa majlis perkahwinan saya, diingat-ingat memang perkahwinan yang sempoi. Saya melangsungkannya selepas beberapa hari peperiksaan tahun akhir. Duit di tangan? RM0,000.00! Emak bagi RM50, ayah tak bagi. (Hu hu hu, sedihnya! Orang susah). Persalinan pengantin? Baju nikah dan bertandang saje, yang lain member kasi pinjam dengan baju raya. Pinjam kat jiran RM200.00, kalau sekarang ni mungkin nilainya dalam RM700je kot. Mekap? Tak de la mekap-mekap, kakak sulung saya kahwin lebih bermekap. Sape nak sponsor? Kalau sekarang, yang agak ok pun dekat RM3000 2 pasang baju pengantin, siap dengan layah-layah dialah. Awak tahu layah? Cari le sendiri! Tak mekap tak cunlah kan? Tu le antara elemen-elemen sempoi!

    Tapi tak dengarlah orang mengata majlis saya. Cuma sedara-mara mengusik sebab ia dibuat sejurus selepas peksa. Faham-faham jelah kan? Ha ha ha. Dan sampai sekarang kalau kami bercerita pada anak2, itu bahan kenangan kami. Jauh di sudut hati kami, siapa yang tak nak rasa grand, tapi kami cepat-cepat ingat, kami tak menanggung hutang kerana berkahwin, RM200 tupun, sehari selepas itu saya terus memulangkannya semula, dengan “duit kondangan” kawan-kawan.

    Memang saya terkilan saya tak sempat menasihatinya bab loan personal tu. Saya bagi nasihat, biarlah kita melaksanakannya ikut kemampuan kita, “orang nak mengata? peduli apa? tak delah orang nak kata, ramai yang ada masalah yang sama”. Majlis tu ibu bapa kita punya tanggungjawab, mereka perlu buat ikut kemampuan mereka. Standard majlis, kita nak ikut siapa? Very relative! buat majlis yang boleh menambah seri pengantin, happy! Kalau fikir kena tanggung hutang, forsure tak berseri, sedih dan kusam.

    Baru-baru ni saya khatankan anak sulung saya, bapa saya nak buat grand sebab cucu kesayangan, ye la, cucu paling sporting n kamcing. Saya kata kalau nak buat di kampung belanjanya lagi besar, tau je le kan, bapa kroninya ramai. Belah saudara emak, belah sedara mertua minta dijemput. Mana nak korek duit? Memang bapa saya naaaaakk sangat. Saya bagitahu kalau dia nak buat, kena modal dia, modal saya dengan suami cuma setakat orang surau. Dia keluarkan modal, nanti kalau ada orang sumbang, ambiklah ke dia. Anak saya pulak, dah melalak bila nak sunatkan dia? Dia dah mimpi dah! Suami saya kata, waktu dah kritikal, kalau kami tak diberi rezeki pada waktu tu, dia hantar aje anak ke klinik kasi sunat. Ada majlis atau tidak, itu no. 2. Mak angkat saya kata, buat pulut kuning hantar je ke rumah jiran. Dah memadai.

    At last, buat di rumah sendiri. Alhamdulillah, rezeki anak-anak saya sekali partikan hari jadi anak yang kedua, adik-beradik saya sponsorlah serba-sedikit dengan pemberian daripada jiran. Klimaksnya bapa saya tak datang. Suami saya kata, saya kena mengadap dan jemput ayahanda. Tak perlulah saya respon pada kata-kata suami saya tu, kalau ada kaki spare-part, dah lama tanggal dah. Tu pun Dr bagi MC 3 hari tengok saya exhausted! Rajuk dia sekejap aje. Saya ambillah hati dia dengan carikan barang yang dia perlu. Anak saya cuma ada seminggu untuk sembuh, setelah mencari masa yang sesuai sejak setahun lebih. Saya minta sungguh2 pada dia supaya jaga makan dan ambil ubat. Alhamdulillah, dia faham dan dia buat walaupun tak sempat saya nak jaga macam kawan-kawan saya yang Allah beri rezeki masa lebih kepada mereka. Majlis pun selesai dengan baik mengikut kemampuan kami.

    Moral of the story, duit tu duit kita. Banyak ke, ciput ke, kita yang nikmati. Hutang tu hutang kita, tak de sapalah nak tolong bayar. Ukur baju tu di badan sendiri. Petua saya, kalau tengok orang, cuba agak-agak berapa agaknya hutang dia? Berapa tahun dia kena tanggung hutang tu? Satu lagi mana bagus, cari duit lebih atau cari kos melepas? Dua-dua lagi bagus kan? Dan saya sangat respek kat sorang kawan ni, dia masih bujang, orangnya cukup lawa, pakai lawa sikit bertambah-tambah segak, tapi, dia tak ada hutang! Saya percaya, kalau dia kahwin nanti, hutangnya minimum sahaja. Tak delah macam sesetengah daripada kita. Rahsianya? Dia tak teruja dengan jenama. Tak ada kredit kad, walaupun mengikut ceritanya, bank dok mengecek. Dia pakai baju kerja, untuk kerja, bukan bergaya. Dia makan di tempat yang biasa je, kalah orang-orang bawahan dia. Saya tanya dia, kalau jumpa jodoh, majlis kahwin macammana? Dia jawab, Yang ringkas! Yang lain tu nak kena tanya lagi lah kat dia.

    Hmmm…. banyaknya saya cerita kan?

    Salam.

  2. sape kawan ko yang tulis nih?

  3. huh! masalah duit kalau difikir memang takde kesudahannya… mungkin lebih baik jangan difikirkan…. hidup memang perit, setiap apapun ada ujian dan dugaan.
    dengan rm3000/month sudah cukup bermasalah apalagi yang berpendapatan lebih rendah dari itu.
    dgn gaji 1500 di pahang pun bermasalah, apalagi di kota besar kuala lumpur. sy juga org pahang, sy selalu berkira2 bila dapat bekerja dan tinggal disana dgn pendapatan seadanya mungkin sy boleh lebih lega… sglnya blm pasti-blm merasai dan melalui…

    mungkin benarlah kata seorang kawan; realiti hidup hari ini ~duit memang bukan segalanya, sebaliknya segalanya perlu duit~

    apapun yang diharapkan hanya baraqoh Allah sentiasa bersama dengan pendapatan yang kita perolehi tiap2 bulan hasil dari dr kerja yang ikhlas dan amanah… insyaAllah sikit manapun gaji yang diterima kalau ianya baraqoh, ia akan tetap mencukupi hingga ke akhir bulan… insyaAllah

  4. saya rasa, saya pernah datang ke weblog ini…

    Syukran atas input yang diberikan. Syukran juga kerana sudi membaca bebelan saya di dalam blog…

  5. Assalamualaikum.saya tertarik dengan topik yang diutarakan,yang utama dalam hidup kita tentunya iaitu wang.Memang tidak dinafikan bila wang yang kita terima kurang daripada atau cukup-cukup daripada yang sepatutnya dibelanjakan ,ia akan menjadikan satu isu yang memeningkan kepala.

    Bagi saya ,apabila seseorang itu menerima gaji yang sedikit dari sepatutnya ,kebaikkannya ialah dia dapat membuat budget daripada gaji itu dan andainya masa hadapan dia dapat gaji lebih banyak maka soal merancang kewangan sudah tidak menjadi masalah.Dari segi keburukkan memanglah kedudukan kewangan akan sedikit ketat,tapi apa yang penting permulaan kita menerima gaji dan cara mengawal yang perlu dititik beratkan..

    Perjalanan rezeki setiap orang berbeza-beza,bila dapat rezeki lebih tapi tanggung jawab besar dan sebaliknya,apa pun rezeki itu mestilah barkah..sama macam yang yamina kata.. dan kita bahagia bekerja disana..

  6. izzahtulwidad: Waalaykumussalam. Terima kasih atas perkongsian pendapat…

    diya: memang pernah lawat pun.. dulu guna blogspot…

    yamina : syukran atas pandangan yang dikongsi bersama

    rahmat: hehehe… kenapa ko nak tau?🙂

    kak intan shamsiah : waaa… panjangnya komen.. bagus2… banyak pengajaran yang boleh diambil… jumpa lagi di kelas daij

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: