Cuti rehat dan cuti kahwin..

 

c0193.jpg

 

Bermula 26 hb April 2007 hingga 2 Mei 2007 saya akan bercuti.

Cuti rehat selepas kursus baru-baru ini dan sebelum kursus yang akan saya hadiri. Bulan hadapan jadual saya penuh dengan kursus, mesyuarat dan program bermula 7 Mei sehingga 2 Jun 2007.

Dalam tempoh cuti itu nanti, saya akan mencari peluang mengahwinkan pokok-pokok salak di belakang rumah saya. Sudah beberapa kali tidak sempat mengahwinkan pokok-pokok tersebut ketika pulang ke kampung. Hanya sempat mengutip hasilnya sahaja.

Advertisements

Sudah lama rupanya…

c0191.jpg

 

Kata orang, kalau kita sedang memasak kari, kita tidak berapa sedar akan harumannya. Orang luar pula yang menikmati aromanya. Umpama seorang isteri yang sedang memasak, tiba-tiba suami yang di ruang tamu datang ke dapur lalu menegur akan keenakan aromanya yang sampai ke ruang tamu. Maknanya, kita selalunya sedar bila ada yang mengkhabarkan kepada kita atau kita sendiri perasan melalui suasana.

Continue reading

Ada peraturannya

c0043.jpg

“Elok-elok bawa basikal tu masa nak pergi sekolah”, pesan ibu sebelum pergi bekerja ketika saya di sekolah rendah.

“Jangan laju-laju bawa motor tu’, pesan ibu ketika saya meningkat remaja.

“Bawa kereta tu baik-baik. Ikut peraturan yang ada” pesan ibu kepada saya setelah saya berkerjaya dan memiliki kereta.

Itu pesan ibu saya yang acapkali diberikan. Pesan yang ada banyak maksud. Selain untuk tujuan keselamatan, juga untuk mengelakkan kerugian. Continue reading

Kata bersulam dusta

b00731.jpg

“Minta maaf ya sebab terpaksa susahkan awak berdua”, kata Aishah.

“Eh, tak susah pun. Betul tak Anis?” jawab Shila pantas.

“Betul. Kami tak terasa apa-apa pun” ujar Anis pula.

Sedikit perbualan ringkas yang dapat saya paparkan untuk menggambarkan hubungan antara sahabat. Hukum bersahabat; susah dan senang dilalui bersama. Walaupun mungkin sukar untuk bertemu sahabat sejati yang mampu berkongsi setiap saat suka dan duka. Continue reading

Zon Sibuk

busy.jpg

Salah satu perkara yang perlu kita ingat ialah, masa lapang sebelum masa sibuk. Saya kini berada dalam zon SIBUK yang memaksa saya melupakan seketika untuk menulis.

Semoga diberikan kesempatan dalam ruang masa ini untuk saya berusaha untuk menulis.

Amin Ya Allah.