Kata bersulam dusta

b00731.jpg

“Minta maaf ya sebab terpaksa susahkan awak berdua”, kata Aishah.

“Eh, tak susah pun. Betul tak Anis?” jawab Shila pantas.

“Betul. Kami tak terasa apa-apa pun” ujar Anis pula.

Sedikit perbualan ringkas yang dapat saya paparkan untuk menggambarkan hubungan antara sahabat. Hukum bersahabat; susah dan senang dilalui bersama. Walaupun mungkin sukar untuk bertemu sahabat sejati yang mampu berkongsi setiap saat suka dan duka.

“Anis, awak tak penat ke tiap-tiap hari macam ni? Kita terpaksa tolong Aishah bawa kerusi roda dia naik tangga, turun tangga. Bawa beg dan buku dia lagi” Keluh Shila kepada Anis.

“Saya pun penat juga. Banyak perkara saya tak dapat buat sejak dia jadi macam tu. Terpaksa ke hulu ke hilir dengan dia”, Anis memberikan respon kepada Shila.

“Sampai bila kita nak macam ni. Takkan nak jadi pengapit Aishah tu sampai habis belajar” Shila meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.

Aishah yang kebetulan lalu berhampiran tergamam mendengar perbualan sahabat baiknya. Terbongkarlah rahsia di antara mereka.

…………………….

Licik. Manusia memang licik. Menyembunyikan apa yang terbuku di dalam hati. Khilaf dari apa yang zahir. Kadang kala kita sendiri tidak dapat menilai maksud di sebalik kata-kata yang indah. Umpama janji seorang ketua kepada anak buahnya. Janji pihak yang berkempen ketika pilihanraya. Janji ibu bapa kepada anak-anaknya. Kata-kata sahabat kepada sahabatnya. Tidak mustahil jika kata-kata yang keluar dari dua ulas bibir itu disulami dengan pendustaan.

Kisah kawan makan kawan bukan kisah yang tidak biasa didengari. Kisah yang berlaku sebagaimana cerita Aishah, Shila dan Anis juga bukanlah khayalan semata. Ia wujud di tengah-tengah masyarakat kita. Berselindung di sebalik topeng kemanusiaan.

Ada yang beralasan kononnya untuk menjaga hati kawan. Kalau dilafazkan secara terang-terangan mungkin akan renggang ikatan yang telah sedia ada. Tapi, bukankah mengutuk dan mengata di belakang kawan itu bermakna telah mengkhianati kepercayaannya? Rasa percayanya dia pada apa yang zahir.

Mungkin Aishah boleh bertindak dengan tidak mengetahui tentang perbualan antara Shila dan Anis. Dia akan berusaha untuk lebih berdikari dengan keupayaannya yang terbatas. Untuk menjaga persahabatan juga dia tidak membangkitkan apa yang didengari. Malah cuba mengurangkan ‘pergantungan’ kepada sahabat-sahabatnya untuk mereka menikmati kehidupan yang pastinya mereka ingini. Supaya wujud situasi menang-menang. Aishah tidak rasa bersalah; Shila dan Anis tidak rasa terbeban. Cuma apa yang terbuku di hati, sukar untuk dijangka.

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Dalam menguruskan kehidupan, terlalu banyak situasi yang tidak dapat dijangka. Memahami sikap dan tabiat manusia juga satu keperluan supaya kita mampu bertindak sebagaimana yang sepatutnya dalam satu-satu keadaan.

Sebagaimana kita tidak ingin dikhianati, jangan pula kita cuba mengkhianati orang lain. Luhur dan tulus perlu ada dan disuburkan. Benar pada perkataan, juga benar pada perlakuan. Biarlah ucapan dan tindakan kita selari dengan apa yang diniatkan.

Elakkan kata-kata yang bersulam dengan pendustaan. Jangan jadi gunting dalam lipatan. Jangan hanya bertanam tebu di pinggir bibir, sedangkan ada rebung berduri di hati.

Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin

Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang

Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

5 Responses

  1. true that😐 aku pun salah seorang yg suka ckp belakang. bila diskas benda ni dgn kawan, buat alasan, niatnya sbb geram time tu je, asalnya stil sayang kwn2 ni. so jangan la pulak ingat kalau ckp2 tu maknanya dah benci terus.

    tapi yeah, walaupun diri sendiri rasa alasan tu betul. salah tetap salah. just nak sedapkan hati, lalu pujuk diri dgn alasan camtu. patutnye kena berubah .. tu yg sebetulnya.

  2. hahaha… syahar membongkar rahsia…
    lagi satu nak imbas memori.. masa kita kat kiblah dulu.. ko telah mengkhianati dengan membelot pada azmi fadilah!!!! Ingat tak? Masa tu kita main tangkap2 dan sepatutnya kita satu geng… entah macam mana tiba-tiba je ko belot. Pastu ko bagi alasan yang azmi ada offer cd game kalau tak silap…

  3. uhu… dats true…

    Selalu terjumpa dgn kisah begini. Tp.. itu fact… kenyataan yang harus kita terima. Kewujudan manusia dengan pelbagai variasi sikap…

  4. hahaha. kamon sham. kalau aku ada buat camtu, maknanya aku nak bergurau. saje nak kasi korang gelak. aku tak belot di saat2 genting sebenar :p

    (apsal la memori kau pada aku benda2 buruk je ni :)))

  5. fuh… seminggu tak mengadap pc / internet… baru balik dari kursus kat ilkap…

    ok, nak respon…

    syahar… mesti ko lupa pasal tragedi tu.. hahahaha… lagi satu nak minta maaf sebab baling selipar kat sweater ko masa awal2 jadi AMP…

    memori yang tak buruk… hm… apa lagi kalau bukan ROTI SWEETIE ko tu… sticker harga roti tu ko akan tampal kat loker.. yang bestnya kitorang dapat melantak sekali roti tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: