Ada peraturannya

c0043.jpg

“Elok-elok bawa basikal tu masa nak pergi sekolah”, pesan ibu sebelum pergi bekerja ketika saya di sekolah rendah.

“Jangan laju-laju bawa motor tu’, pesan ibu ketika saya meningkat remaja.

“Bawa kereta tu baik-baik. Ikut peraturan yang ada” pesan ibu kepada saya setelah saya berkerjaya dan memiliki kereta.

Itu pesan ibu saya yang acapkali diberikan. Pesan yang ada banyak maksud. Selain untuk tujuan keselamatan, juga untuk mengelakkan kerugian.

Keselamatan dari setiap perkara.

Kerugian dari sudut kewangan.

Kerana memandu mengikut perasaan dan tidak berhati-hati kemungkinan kemalangan boleh terjadi. Kerana memandu tidak mengikut peraturan, kemungkinan saman akan diberi. Mudahnya menyerahkan wang hanya kerana disaman. Sedangkan ia boleh dielakkan andai mengikut peraturan. Di sini lah yang dimaksudkan kerugian. Rugi kerana wang yang ada dibelanjakan untuk membayar saman. Berkurangan pula wang untuk kegunaan yang lebih utama. Untuk belanja harian, keperluan keluarga, anak-anak, membayar pinjaman, simpanan, bil-bil utiliti, petrol dan perbelanjaan lain.

Makanya, ikutlah peraturan dan berhati-hatilah.

Panduan ini bukan hanya digunapakai ketika di jalan raya, tetapi banyak sudut sisi kehidupan. Saya kaitkan ini dengan sikap kita dalam ‘beragama’.

Berkata Sayyidina Abu Bakar R.A : Bumi manakah yang akan menanggungku, langit manakah yang akan melindungiku, jika aku mengatakan sesuatu ayat daripada Kitab ALLAH dengan menggunakan pendapat tanpa ilmu

Kadang-kadang saya jadi bosan, marah, sakit jiwa dengan tindakan sesetengah pihak dalam hal ini. Bila dibuka forum-forum di laman web, macam-macam yang saya temui.

Teramat saya terkilan jika ada pihak yang cuba mencangkul tanah orang lain. Bukan hanya di sempadan garisan tetapi di tengah-tengah. Itulah masalahnya jika berbicara tanpa ilmu. Dalam hal-hal agama yang berat juga ingin dicampuri. Dengan sedikit ilmu, habis hendak dihukumkan semua perkara menurut pandangannya.

Kalau memandu di jalan raya, jangan makan jalan orang.

Kalau bercucuk tanam, jangan dicangkul tanah orang.

Enggan saya untuk berbicara lebih panjang.

5 Responses

  1. salam…
    menarik kata2 sayyidina abu bakar… dalam maksudnye tu..

  2. anak-anak. er kamu dah kawin ke sham? tak tau pungg!

  3. ust sham kete pe??

    mec ke??

  4. ehem, saya kurang pham la?

    leh tnjukkan x?

    leh la ye…………….?

    hah ape xnak lyan……..?

    xpe sape la saya nih !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. Waalaykumussalam….

    Minta maaf ye sebab lambat respon.. baru balik dari ilkap; berkursus.

    aDaM: Bila nak balik semenanjung?
    caha: Anak2 buah…

    aDam & caha : Masa kursus kat ilkap baru ni, singgap kat kiblah jap… menurut kata cikgu rosli, sekarang ni dalam proses mengumpulkan kembali bekas2 pelajar kiblah untuk buat alumni… nak dekat 10 tahun kita tak jumpa… betul tak?? Ada sape2 yang nak bagi bantuan untuk jayakan misi ni tak??

    azziany : Mec? TIDAK!!!!! memadai apa yang ada… wira SE je…

    jemin : ?????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: