Sudah lama rupanya…

c0191.jpg

 

Kata orang, kalau kita sedang memasak kari, kita tidak berapa sedar akan harumannya. Orang luar pula yang menikmati aromanya. Umpama seorang isteri yang sedang memasak, tiba-tiba suami yang di ruang tamu datang ke dapur lalu menegur akan keenakan aromanya yang sampai ke ruang tamu. Maknanya, kita selalunya sedar bila ada yang mengkhabarkan kepada kita atau kita sendiri perasan melalui suasana.


Saya sebenarnya baru tamat kursus di ILKAP dan baru juga bertugas kembali di Kuantan. Mengambil kesempatan ketika berada di ILKAP, saya merangka jadual lawatan ke rumah Ustaz Zamri bin Abdul Rahim dan juga menziarahi sekolah lama saya iaitu Sekolah Kiblah, sebelum saya berpindah ke SMKA TAHAP.

ustaz-zamri.jpg

Ustaz Zamri Bin Abdul Rahim

Jika tidak kerana persekitaran dan perubahan, mungkin saya masih lagi bena tak bena akan perjalanan masa yang telah saya lalui. Saya mengenali Ustaz Zamri ketika Tingkatan 4 dan 5 di SMKA TAHAP. Tahun 1998 dan 1999. Tahun terakhir saya di TAHAP juga merupakan tahun terakhir Ustaz Zamri di situ. Beliau kemudiannya bertugas di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam ziarah saya ke rumah Ustaz Zamri baru-bari ini saya amat-amat terkejut. Saya mengimbau kembali ketika saya di TAHAP. Anak-anak ustaz yang ketika itu saya cubit-cubit pipinya dan berumur dalam lingkungan 6 tahun ke bawah rupa-rupanya sudah besar. Sudah bersekolah menengah! Bilangan zuriat ustaz dan ustazah juga sudah bertambah. Kini Ustaz Zamri dan Ustazah Raihan mempunyai 7 orang anak dan kesemuanya adalah hero.

Saya sudah tua rupanya!!

Di sekolah Kiblah, suasana juga berubah. Dalam tak sedar, sudah 10 tahun telah saya tinggalkan.

Lagi sekali, saya sudah tua rupanya!!

Susun atur kelas, asrama, banyak yang sudah berubah. Quarters yang saya dan rakan-rakan diami dulu telah bertukar menjadi kelas. Dewan di belakang tidak sempat saya ziarahi dan tidaklah saya pasti samada masih berfungsi ataupun tidak.

Menurut Cikgu Rosli, usaha-usaha untuk mengumpulkan bekas pelajar kiblah sedang dijalankan. Saya menantikan saat itu. Kerana baru saya sedar, 10 tahun masa telah berlalu. 10 tahun juga pastinya banyak perubahan yang berlaku.

Saya tertanya-tanya bagaimana perubahan sahabat-sahabat saya….

Saya ternanti-nanti detik pertemuan yang bermakna…..

13 Responses

  1. Syam, Kabare demo? Sudah lama tak berbual2 ye.
    Bila sentiasa sibuk ni, baru la teringat tentang Masa Lapang Sebelum Masa Sibuk. Tapi, dulu2, masa ngaji, bila free je, takde plak terfikir nak wat yang tu, nak wat yang nie. Study jer. Sekarang time kerja, sibuk memanjang. Tapi, ni lah kehidupan, takkan dok saja duit datang bergolek, kan. Eh..yang bergolek duit syiling ja. So, yang sebetulnya, kalau dok saja, duit syiling ja yang boleh dapat, sikit benor. So, kalau nak duit kertas masuk poket, kena la kerja, kan.. Asalkan HALAL.

    OK. Jumpa lagi.

  2. Razlan : Waras!!

    Yang bergolek tu kalau duit syiling memang sikit… tapi kalau Dinar Emas Kelantan, Pakcik Kayo!!! boleh buat simpanan, pelaburan dan jadi mahar untuk kawin…🙂

    Bila dah keje susah betul nak jumpa… ish ish ish….

    Hm… kitorang punya gathering untuk ex-jab syariah dan undang2 masih tak terlaksana..

    ada tak perancangan nak buat alumni untuk batch kita ex-apium pulak?

    dalam masa yang sama tengah merancang nak buat alumni sekolah kiblah… sekolah tahap biar juragan lain yang buat….

    Seronoknya zaman belajar…….

  3. salam.. tlg tgk2 kn laman nih..
    mcm myimpanhg jauh mklmtnye..
    maklumat ttg sirah Islam
    cth..
    umo khadijah berkahwin dgn rasul bkn 40 thn..

    tlg
    sblm ia trsbr dan mmutarbelitkn.

  4. Waalaykumussalam..

    Puteri : boleh bagi link untuk laman tu tak?

  5. ….ye memang kita dah tue, tak sangka umur dah 25, tak percaya rasanya lagi 5 tahun dah 30… sume dah jadi kakitangn di organisasi masing2… sume dah ada tanggungjawab yang akan dipersoalkan… sume dah ada gaji…. (jangan lupa bayar zakat pendapatan, dalam harta kita terselit harta orang lain!)

  6. tua weh. sejak zaman uni. masa rasa mcm super laju sangat. tup2 dah habis belajar. tup2 dah kerja 3 tahun. eisk.

  7. luzarih aka heri : Dah 25 tahun tapi masih rasa macam 20 tahun.. walaupun dah jadi kakitangan organisasi tapi masih lagi berhasrat nak kerja sendiri… Gelaran Petani Futuristik selalu menjadi impian…. nak join?

    ya betul… jangan lupa zakat pendapatan… bila dah kawin dan isteri ada emas dan melebihi ‘keperluan’ urf, jangan lupa zakat emas lak…

    caha aka syahar: memang tak terduga bila dingat-ingatkan….

    Tak sedar 3 tahun yang berlalu di kiblah, 2 tahun di tahap, 2 tahun di um nilam puri, 3 tahun di umkl…..

  8. maaf tidak mnyertakan url itu sblm ni..

  9. http://www.darulkautsar.com
    ‘pemurniah sejarah Islam’

  10. syariah undang2 dr UM?
    thun brp?
    kakak ana juga dr sn.. 2002 graduate
    xsilap

  11. rasanya tak kenal pun kakak enti..
    pasal artikel tu ana akan minta bantuan ustaz2 ana untuk maklumat lanjut… insyaAllah kalau dapat jawapannya ana akan nyatakan..

  12. Baca jurnal enta ni mengingatkan ana pada zaman dulu2…Masa yang ditinggalkan dengan 1001 kenangan. kadang2 tak tersedar, sudah dewasa kita rupanya. kenangan di zaman form five masa pulun nak exam spm masih segar dlm ingatan, rasa macam baru je terlompat2 kegembiraan dalam bilik guru masa dapat result SPM…rupanya, sudah 8 tahun semua tu berlalu…dah melalui zaman nilam puri yg syadid…zaman KL yg mencabar, dan zaman kerja yg memaksa diri utk lebih matang..semua ini pengalaman..mengajar kita utk memaknakan diri sebagai khalifah di bumi Tuhan.. kita insan dalam perubahan..terlalu jauh dari kesempurnaan…

    ilmuone, teruskan berkarya, dlm usaha utk ‘memberi’…..

  13. klau ble scpt mgkin..
    nnt post kt ana pny blog k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: