Menjadi atau mencari yang terbaik?

img_1432.jpg

Pernah saya terfikir, inikah apa yang saya cari? Posisi inikah yang terbaik buat saya? Tapak inikah tempatnya untuk saya menabur bakti? Di sinikah ruangnya untuk saya mengembangkan bakat dan potensi diri? Persoalan-persoalan ini berkisar tentang kerjaya saya ketika ini.

Soalan yang lebih ketara; kerusi inikah yang terbaik untuk saya? Haruskah perjalanan yang telah saya mulakan diteruskan kembaranya dalam mencari arah tuju yang dikira terbaik buat saya? Sedangkan saya tidak tahu segala perancangan Allah. Cuma di dalam lafaz doa dipohonkan dikurnia yang terbaik. Mungkin Allah letakkan saya di kerusi ini untuk sementara. Mungkin juga hingga ke akhir perkhidmatan saya. Kita semua tidak tahu. Ia di luar kemampuan kita. Continue reading

Formula baru!

long-ago_0026.jpg

Bukan formula persahabatan yang hendak saya dedahkan -sekadar gambar hiasan-

Apa yang ingin saya bawakan di sini tidaklah isu kritikal. Namun ia agak penting kerana penemuan formula ini datang tanpa diduga. Mungkin ada yang akan mengatakan saya ’syok sendiri’ dengan mencipta formula ini. Biarkan.

Elemen yang wujud dalam penghasilan formula ini berkisar tentang dunia hiburan. Itu bahasa umumnya. Untuk skop khusus, cukup dinyatakan ia berkaitan dengan NASYID. Continue reading