Formula baru!

long-ago_0026.jpg

Bukan formula persahabatan yang hendak saya dedahkan -sekadar gambar hiasan-

Apa yang ingin saya bawakan di sini tidaklah isu kritikal. Namun ia agak penting kerana penemuan formula ini datang tanpa diduga. Mungkin ada yang akan mengatakan saya ’syok sendiri’ dengan mencipta formula ini. Biarkan.

Elemen yang wujud dalam penghasilan formula ini berkisar tentang dunia hiburan. Itu bahasa umumnya. Untuk skop khusus, cukup dinyatakan ia berkaitan dengan NASYID.

Sila baca promo seterusnya yang mempunyai kaitan dengan formula yang akan didedahkan.

cd-nur-insani3.jpg

Sebuah album berkonsep dari inteam yang bertemakan kehidupan sejak lahir hingga ke saat-saat kematian kini telah berada di pasaran.Album yang memuatkan bacaan Al-Quran oleh Inteam, Zikir dan Doa secara acapella, bacaan madah dan sketsa ini turut memuatkan tujuh buah lagu baru dan lama yang dirakam semula.

Lagu-lagu tersebut adalah:

1. Cahaya Mata

2. Ayah dan Ibu (Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad)

3. Guruku

4. Putera-Puteri

5. Keluarga Penyayang

6. Renungkanlah (Lagu Ahmadi Hassan)

7. Detik Kematian

Album ini turut menampilkan saudara Hisyam Ahmad yang pernah menganggotai Inteam suatu masa dahulu dalam empat buah lagu.

Album Inteam kali ini lebih memfokuskan kepada konsep muzik tradisional, walaubagaimanapun turut memuatkan nasyid yang berkonsep pop dan ballad.

Dapatkan segera album yang unik ini dengan harga yang sangat berpatutan.

CD: RM 19.90

Kaset: RM 13.90

————————–

Berdasarkan kepada promo di atas ternyata INTEAM telah kembali dengan album baru dan dikejutkan dengan penampilan istimewa Hisyam Ahmad (suatu tika dulu pernah bersama dengan INTEAM, kemudiannya membentuk kumpulan nasyid yang lain iaitu DeHearty).

menampilkan-hisyam-1.jpg

Bagi yang mengenali kumpulan INTEAM, sudah pasti mengenali ahli-ahli kumpulan tersebut sejak ditubuhkan sehingga kini.

Pendek kata, jika dulu perkembangan INTEAM adalah seperti berikut;

Album pertama dan kedua (Kasih Kekasih dan Impian Kasih)

In-Team = Syah, Amin, Hisyam, Suhaimi

Album ketiga dan keempat (Damba Kasih dan In-Team 04)

In-Team = Syah, Amin, Suhaimi, Rahim

Album kelima (Tiada Lagi Kasih)

Inteam = Syah, Amin, Rahim

Album keenam (Nur Insani)

Inteam = Syah, Amin, Rahim, dan penampilan istimewa; Hisyam

inteam4.jpg

Dengan kemunculan album terbaru ini serta penampilan istimewa Hisyam mungkin boleh mencipta satu persepsi bahawa kumpulan INTEAM kini dianggotai Syah, Amin, Rahim dan Hisyam walaupun Hisyam hanya hadir sebagai penampilan istimewa.

Untuk album terbaru ini (NUR INSANI) pastinya apabila disebut INTEAM, maka terbayang ahli-ahli kumpulan inteam bersama dengan Hisyam.

Dan kebetulan nama saya sama dengan nama Hisyam. Saya Hisham Ahmad, dan dia Hisyam Ahmad.

Formula yang baru saya cipta ialah :

Ingat Inteam = Ingat Syah, Amin, Rahim, Hisyam

Ingat Hisyam = Ingat Hisham

Kesimpulannya:

Ingat Inteam = Ingat SAYA!!!

10 Responses

  1. la.. ingatkan apa la tadi…. eh, kata bercuti… pehal plak muncul balik..

  2. bercuti sampai semalam… start esok ‘cuti’ semula untuk kursus dan program2 lain sehingga awal jun…

  3. dah beli ke?
    bez x?

  4. Penakulan Mantiq ustaz nie berkesan……..macam tak strong jer jawapan.
    Should be like this:

    Premis 1: Ingat Damba Kasih dan Tiada Lagi Kasih = Ingat Inteam

    Premis 2: Ingat Hisyam = Ingat Hisham

    Kesimpulannya:

    Ingat Inteam = Ingat Kasih!!!

    ps: gurau jerk…..hihihi

  5. Anip: Waa.. ko pun nak tolong buat formula juga ke? tapi kesimpulan tu tak betul sebab inteam dah bagi hint diorang tak nak disinonimkan dengan kasih melalui album TIADA LAGI KASIH…

    Premis 1 : Kasih kekasih + Impian Kasih + Damba Kasih = ingat inteam ingat kasih

    Premis 2 : Tiada Lagi Kasih = Ingat inteam dah tak ingat kasih

    Kesimpulan:

    Inteam = rebranding tanpa kasih

    P/s : Dalam pradengar NUR INSANI, namaku diseru….

    Klik untuk dengar

    Anip, gambar ko takde kat atas…sori ek…🙂

  6. ha ha ha ha ha
    idea yg baik dalam mempromosikan jualan nur insani… ade syer ke?

  7. thanks owner!! i dah amek pic inteam tu…….bes!! thanks! lagu nye pon best sgttttt!!!!! sgt berkualiti album ni!!!!!

  8. salam..moge berjaye wat semua dan abg hisyam…

  9. salam….hisyam….harap2 anta kenal lagi ana masa kat sek men agama tok kenali dulu……masuk lah blog ana kalu dah terbaca ni…ana tgu anta..syukran ..http://telukvila.blogspot.com/

  10. salam semua. mana2 album inteam yg ade suara hisyam saya pasti akan beli. suara hisyam unik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: