Menjadi atau mencari yang terbaik?

img_1432.jpg

Pernah saya terfikir, inikah apa yang saya cari? Posisi inikah yang terbaik buat saya? Tapak inikah tempatnya untuk saya menabur bakti? Di sinikah ruangnya untuk saya mengembangkan bakat dan potensi diri? Persoalan-persoalan ini berkisar tentang kerjaya saya ketika ini.

Soalan yang lebih ketara; kerusi inikah yang terbaik untuk saya? Haruskah perjalanan yang telah saya mulakan diteruskan kembaranya dalam mencari arah tuju yang dikira terbaik buat saya? Sedangkan saya tidak tahu segala perancangan Allah. Cuma di dalam lafaz doa dipohonkan dikurnia yang terbaik. Mungkin Allah letakkan saya di kerusi ini untuk sementara. Mungkin juga hingga ke akhir perkhidmatan saya. Kita semua tidak tahu. Ia di luar kemampuan kita.

Begitu juga dalam urusan yang lain. Ada rahsia yang tidak kita ketahui.

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu sedangkan ia adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia adalah buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sesuatu itu, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah ayat 216)

 

ilmuwanislam1.jpg

Buku nota ‘Ilmuwan Islam’ yang dihadiahkan oleh Ust Fasil kepada saya

 

Merenung pada ‘kata-kata’ yang dilakarkan oleh Ustaz Fasil (TV3) kepada saya, seringkali mengingatkan pada cita-cita dan impian saya lewat tika itu. Cita-cita dan impian yang saya paterikan pada wajah awan biru. Hingga kini adakalanya saya jadi khilaf. Haruskah dibiarkan impian itu berlalu pergi, lantas dibina impian baru sejajar dengan kedudukan kini?

Kerapkali saya suarakan kebimbangan dalam melaksanakan amanah. Acapkali juga saya ditenangkan. Saya disedarkan tentang fardu kifayah yang harus saya laksanakan. Diingatkan kembali bahawa, ada sebab dan tujuannya Allah takdirkan saya untuk menerima taklifan ini. Walau sesekali terasa berat, terbeban, takut dan bimbang.

Namun itu semua adalah hakikat dan kepastian. Senang, susah, mudah, payah itu ujian. Ujian tanda Allah sayang. Cuma kita sendiri terlupa tentang sayangnya Allah pada kita. Kerana kita hanya memandang pada yang zahir. Mentafsir hanya pada yang nampak manis pada nafsu naluri. Sedangkan seringkali yang tersembunyi dan terhijab itulah yang terbaik buat kita.

Ketika cita-cita, impian dan angan-angan mula bertandang, terkadang kita terlupa pada sesuatu yang perlu dikorbankan. Samada kita mampu berkorban ataupun kita yang bakal terkorban. Ketika kita rasa rebah tak bermaya mengejar cita-cita, mungkin dihadirkan pula persimpangan lain untuk kita susuri. Itu petunjuk untuk kita merenung kembali ‘impian’ yang telah dibuat. Adakah sememangnya ia selayaknya untuk kita atau ia menyedarkan tentang silapnya kita dalam membuat percaturan terdahulu. Imbangan akal dan fikiranlah penentu dalam menentukan langkah seterusnya.

mahkamah.jpg
Karnival Mahasiswa Undang-undang Syariah Peringkat Nasional 2003:: Bertempat di Mahkamah Moot APIUM, sekadar angan-angan untuk menjadi seorang Hakim Syarie

Hari ini mungkin kita di sini. Tapi tidak semestinya kita akan terus di sini. Kerana ruang untuk berlakunya perubahan sentiasa ada. Jika bukan kerana kehendak kita, mungkin juga kerana sebab lain. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Walau di mana pun kita, tetapkan pendirian, pasakkan keyakinan; yakinlah di situ ada PERANAN kita. Laksanakan AMANAH yang ditaklifkan sebaiknya.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. ( Surah An-Nisa’ ayat 58)

Benih yang baik dicampak ke darat menjadi bukit, dicampak ke laut menjadi pulau.

Ibarat ikan di laut, tidak terkesan kemasinan airnya.

Umpama lalang ditiup angin, ditiup ke kiri, ke kirilah ia. Ditiup ke kanan, ke kananlah ia. Ke belakang, juga ke depan. Namun akarnya tetap kukuh di bumi. Tidak rebah menyembah.

Ibarat air yang mampu menenangkan, juga mampu membinasakan. Nilaikan kembali diri kita.

Pejamkan mata. Bisikkan kata-kata dari tulus hati berniat suci.

“Ya Allah, walau di mana pun aku diletakkan, semoga dapat aku berikan kebaikan. Semoga amanah-Mu ini dapat aku laksanakan. Bukan ganjaran duniawi yang aku harapkan. Tapi keredhaan-Mu jua yang aku dambakan.”

6 Responses

  1. Salam…..

    Apa kabar Sham……

    Sudah agak lama kawan tidak mendengar ungkapan bicara daripada Ustaz……..

    So, how’s your life going on? Hopefully you wer doing the best.

    Ustaz……bila kita nak berjumpe? Boleh kita saling bertukar pendapat dan pandangan memandangkan ustaz pun sekarang ini semakin hebat berbicara tentunya penuh dengan ilmu dan pengalaman……..

    You will now be getting a lot of respects of other…….so stay in As- Sobr and Tawakkal to Allah SWT ………Always remember Allah in way to atttain Mardhatillah. Insya Allah.

    Looking forward your next religious handy writing.

    Ps: bila nak turun segamat? Heri was being here a few days ago. And Ustaz?

  2. anip tak abis2 ajak org turun segamat….ko turun kl lu….

  3. Assalamualaikum….

    apa khabar ustaz hisham? Wah pandai gak rupanya tok hakim kita berbicara.

    Komen dari saya menarik dan tahap penaakulan yang tinggi.

    Apa perkembangan terkini lepas balik dari kursus btn? Dengan citer sesat ek?

    Macam mana boleh sesat?

  4. Waalaykumussalam.

    Anip: Ko la datang kat kuantan. Hari tu nak jumpa kat kl pun tak sempat. Banyak je aktiviti yang ko nak buat yek!!

    Rahmat: Anip tak belanja kita makan lagi kan? Ko paksa la anip tu…

    Harni: lepas kursus btn pergi ke kota bharu pulak… Pasal sesat tu, boleh baca dalam entri Selingkar kisah; induksi dan kenegaraan.. Kumpulan kitorang jadi glamour pulak hari tu…🙂

  5. best…ye pandai…anak sapa ni?leh jd sasterawan negara..
    tapi…picing tu lari sikit,vokal tu kena mantap sikit
    kalo leh power
    sikit,gerak tari&kata perlu lenggok kn sikit hehe…lawak je..
    jgn mara…nnti kena jual…

  6. anip, rahmat, sham….. ana cdgkan antum semua kumpul setempat yangb fair untuk semua orang… pastu turun tioman….hebatkan cdgan ni.?…

    sham…. hajat di hati ni nak jugak terlibat dalam penulis dlm web nta ni… tp mcm tak sempat,,, cuti nnti insya Allah sempat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: