Bicara tanpa suara

 

2.jpg

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itu memang diakui. Lontaran kata-kata boleh jadi memusnahkan diri. Antara kata-kata yang bersuara dengan kata-kata bisu tanpa alunan suara,yang manakah lebih berbahaya? Continue reading

Salam ilmuOne

c0194.jpg

Assalamualaykum wrh. wbt

Bermula esok, saya akan ‘dihadapkan’ dengan kertas ujian dan seterusnya saya sendiri perlu mengadap bahan-bahan untuk disiapkan tugasan pengajian. Selepas itu, sekali lagi saya akan ‘dihadapkan’ dengan ujian dan peperiksaan.

gari.jpg

Dalam tempoh tersebut, tangan saya akan digari daripada memasukkan entri baru di sini. Tapi mungkin juga seandainya saya dapat mencari kunci gari tersebut, maka tidak mustahil akan ada lagi entri dalam tempoh tahanan itu nanti! Siapa tahu?

Jika dalam masa seminggu selepas tamat tempoh penahanan saya masih juga belum muncul, mungkin ada sesuatu yang tidak terduga berlaku disekeliling saya. Segeralah hubungi saya.

Sekiranya terlalu lama juga saya tidak muncul, tanpa khabar berita, tanpa sebarang pesan, mungkin itu tandanya salam saya di sini adalah salam yang terakhir.

Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat.

Wassalam.

Hisham Ahmad

Kuantan, Pahang.

logo-io.jpg
::ilmuOne::
I want my existence to be necessary to others…

KehendakNya dia pergi

9 Jun 2007 ( Sabtu)

Malam

Di dalam bas Transnasional, perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuantan
…………………

Kerusi 6C, saya bersandar keletihan. Kelas DAIJ yang selesai saya hadiri pada hari itu begitu memenatkan. Apatah lagi disertakan dengan kejutan demi kejutan tentang ujian dan peperiksaan yang akan saya hadapi. 3 minggu saya tidak menghadiri kelas kerana berkursus dan sekembalinya pula ke kelas, perubahan jadual pula menanti. Rata-rata sahabat saya terkejut dengan tarikh peperiksaan yang diawalkan serta beberapa ujian yang diadakan pada saat-saat terakhir.

Sambil mengelamun dan cuba membebaskan rasa keletihan, akal saya pantas merancang langkah-langkah yang perlu saya ambil dalam menghadapi situasi ini. Saya perlu mengambil cuti untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba handphone saya berbunyi menandakan ada mesej yang baru tiba. Continue reading

Jadual baru..

Senarai beberapa jadual terbaru untuk saya hadapi..

  • 16 Jun 2007 ( Sabtu) – Ujian Pengurusan Harta Pusaka

– Ujian Qawa’id Fiqhiyyah

  • 18 Jun 2007 (Isnin) – Mesyuarat Kewangan
  • 23 Jun 2007 ( Sabtu ) – Ujian Undang-undang Keterangan

– Submit 2 assignment yang tak dimulakan lagi… 😦

  • 30 Jun 2007 ( Sabtu ) – Exam Pengurusan Harta Pusaka
  • 1 Julai 2007 (Ahad ) – Exam Teks Undang-undang 11 ( Mughni Muhtaj)
  • 2 Julai – 4 Julai 2007 (Isnin – Rabu ) – Kursus Penggunaan Sistem E-Syariah
  • 7 Julai 2007 ( Sabtu ) – Exam Qawa’id Fiqhiyyah
  • 8 Julai 2007 ( Ahad ) – Exam Undang-undang Keterangan

Seluruh ceruk rumah telah saya geledah, tapi masih tidak berjumpa dengan nota Qawa’id Fiqhiyyah saya.. Rasa-rasanya ada kawan sekelas yang pinjam. Tapi saya sendiri lupa siapa gerangannya. Seram sejuk memikirkan yang saya akan menduduki ujian subjek tersebut pada hari sabtu ini sedangkan sumber rujukan tiada pada tangan… 😦 😦

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Selingkar kisah; Induksi dan Kenegaraan

c0019.jpg

Atas permintaan beberapa orang sahabat, saya akan kisahkan ceritera tentang semusim perjalanan ketika menjalani Kursus Induksi dan Kursus Kenegaraan. Ribuan kemaafan sekiranya latar penceritaannya tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya. Cerita ini cerita dari satu pihak. Saya olahkan berdasarkan sudut pandangan saya sendiri kerana saya hanya memahami apa yang saya lalui.Sekiranya ada tambahan-tambahan ataupun pembetulan yang ingin dikongsi, ruangan ‘komen’ sentiasa bersedia untuk diisi.

———————–

Induksi di Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia , Kampus Wilayah Timur, Kemaman.

13 Mei 2007 (Ahad)
5.10 petang.

Mendaftar untuk penginapan. Saya diletakkan di bilik 110. Sebilik dengan Ustaz Abdul Karim.
Jam 8.30 malam, taklimat warden. Saya dan beberapa orang peserta lain (antaranya Ustaz Abd Karim, Ramzul, Faiz dan Shaharon), lewat masuk ke dewan untuk mendengar taklimat. Kami telah menunggu di luar Bilik Permaisuri tanpa mendapat maklumat lokasi telah ditukar. Setelah lokasi dikenalpasti, akhirnya saya berjaya mendapat tempat duduk di belakang sekali. Sekadar kerusi. Tanpa meja. Hanya memandang dan mendengar butir bicara warden dari kejauhan. Kabur. Saya lupa memakai kaca mata.

Tamat sesi taklimat. Sesi pendaftaran online pula menyusul. Tidak ada yang menarik untuk diceritakan. Cuma terpaksa bergilir-gilir membuat pendaftaran. Continue reading