Selingkar kisah; Induksi dan Kenegaraan

c0019.jpg

Atas permintaan beberapa orang sahabat, saya akan kisahkan ceritera tentang semusim perjalanan ketika menjalani Kursus Induksi dan Kursus Kenegaraan. Ribuan kemaafan sekiranya latar penceritaannya tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya. Cerita ini cerita dari satu pihak. Saya olahkan berdasarkan sudut pandangan saya sendiri kerana saya hanya memahami apa yang saya lalui.Sekiranya ada tambahan-tambahan ataupun pembetulan yang ingin dikongsi, ruangan ‘komen’ sentiasa bersedia untuk diisi.

———————–

Induksi di Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia , Kampus Wilayah Timur, Kemaman.

13 Mei 2007 (Ahad)
5.10 petang.

Mendaftar untuk penginapan. Saya diletakkan di bilik 110. Sebilik dengan Ustaz Abdul Karim.
Jam 8.30 malam, taklimat warden. Saya dan beberapa orang peserta lain (antaranya Ustaz Abd Karim, Ramzul, Faiz dan Shaharon), lewat masuk ke dewan untuk mendengar taklimat. Kami telah menunggu di luar Bilik Permaisuri tanpa mendapat maklumat lokasi telah ditukar. Setelah lokasi dikenalpasti, akhirnya saya berjaya mendapat tempat duduk di belakang sekali. Sekadar kerusi. Tanpa meja. Hanya memandang dan mendengar butir bicara warden dari kejauhan. Kabur. Saya lupa memakai kaca mata.

Tamat sesi taklimat. Sesi pendaftaran online pula menyusul. Tidak ada yang menarik untuk diceritakan. Cuma terpaksa bergilir-gilir membuat pendaftaran.

Hari-hari seterusnya. Tanpa kronologi.

induksi2.jpg
Peserta-peserta induksi bergambar kenangan selepas majlis jamuan

LDK 1, LDK 2, LDK 3, LDK 4.

Sesi perkenalan dibuat berdasarkan potret wajah lakaran sendiri. Lakaran potret diagih-agihkan antara satu sama lain. Bermulalah operasi mengenalpasti siapakah gerangannya pemilik hasil seni itu. Seorang demi seorang diperkenalkan.

Kemudiannya setiap peserta diarahkan menulis 4 perkara. Nama, hobi, makanan kegemaran dan perkara yang dibenci. Maklumat yang tercatat pada keratan-keratan kertas ditaburkan. Peserta diminta mencari kertas milik sendiri dan dalam masa yang sama membantu mendapatkan kertas milik peserta yang lain. Maka kedengaranlah laungan, jeritan, lelongan, pekikan, hilaian.

KATAK! KATAK!!
MOTOR PANCIT!!
MUNAFIK!! MUNAFIK!!
CAKAP BOHONG!!
TOMYAM!! TOMYAM!! TOMYAM!!
SIAPA PUNYA NASI AYAM NI!!!

Huh, ada yang suka makan katak ke?
Ish, ada yang hobinya cakap bohong pulak?

Sesi pengagihan kumpulan.

Diringkaskan cerita, terdapat 5 kumpulan. Star One, De Lima, Jitu, Gemilang dan Permata Biru.

Saya di kumpulan JITU. Ahli-ahlinya Ust Abd Karim, Saffian, Nik Jessim, Shaharon, Rijal, Dasilah, Tg Zarina, Aznawati, Harni, Wan Norasiah dan Halimah.

induksi4.jpg
Ahli kumpulan JITU. Tiada dalam gambar, Ust Abd Karim

Tambahan:
Dalam sesi komunikasi pihak ke pihak melahirkan pelbagai idea baru. Konfius betul. Watak Pak Kadok dan Pak Pandir yang diceritakan boleh bertukar menjadi Pak Kadir. Dalam cerita tersebut langsung tidak disebut tentang kenduri, alih-alih boleh muncul pula tentang kenduri. Sudah la begitu, kenduri pula dibuat kerana ada dua pihak bertelagah. Pening.

Aktiviti lain yang mendominasi ialah sesi ceramah. (Bukan tugas saya untuk menghuraikan dan menerangkan kembali isi kandungan ceramah tersebut.)

Dan buat akhirnya, rasanya ada 4 perkara lagi yang ingin saya ceritakan. Tentang pengucapan awam , sukaneka, jamuan dan peperiksaan.

Pengucapan Awam.
Macam-macam kisah dan maklumat yang disampaikan. Pelbagai gaya dan persembahan. Saya terpaksa akui bahawa inilah antara bab yang saya paling lemah. Hilang akal dibuatnya. Tak tau apa yang nak dibicarakan. Penat menunggu giliran yang tidak kunjung tiba. Akhirnya berjaya juga dilalui saat-saat getir tersebut. Itulah kali ketiga saya berbicara di hadapan khalayak (merujuk kepada situasi seperti itu). Masih banyak yang perlu saya belajar.

Sukaneka.
Saya tidak sempat menyelamatkan mata saya dari serangan tepung. Sebagai peserta terakhir untuk meniup tepung seharusnya jumlah tenaga yang diperlukan saya untuk berbuat demikian juga akan berkurangan. Tapi, setibanya muka saya betul-betul berhadapan dengan dulang, saya didatangi ‘pengisi tepung’ dan tanpa belas kasihan dulang tersebut dipenuhkan semula dengan ‘bedak tanpa bau menyegarkan’ tersebut. Berhempas pulas saya meniup untuk mendapatkan sekeping syiling bernilai RM0.10!!!!

Acara lain ialah mengisi air dalam botol, bawa bola dalam gelung, bawa bola ping pong dalam sudu dan susun gambar. JITU di tempat kedua bagi keseluruhan.

Jamuan.
Petang sehari sebelum tamat kursus. Aktiviti makan-makan. Masak-masak. Sembang-sembang. Bergambar. Ucapan. Penyampaian hadiah. Bergembira sebelum menghadapi peperiksaan pada keesokannya.

Saya terkejut. Dalam ucapan Penghulu ( En. Azmi b. Mat), nama saya disebut. Ianya tentang pengucapan awam yang telah saya lakukan. Bukan niat saya untuk ‘memaksa’ sahabat-sahabat mengalirkan air mata, menahan sebak ataupun mewujudkan suasana pilu. Sungguh bukan itu niat saya. Saya cuma nyatakan apa yang terbuku di dalam hati. Saya hanya memberikan peringatan buat saya yang kadang kala terlupa. Juga buat sahabat-sahabat semua.

Peperiksaan.
Entah apa yang mengganggu fikiran saya pagi itu. Sudahnya saya terlewat memasuki ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan Bahagian A. Meja yang masih kosong letaknya di belakang sekali. Maka di situlah saya berada. Ketika masa menjawab sudah tamat, saya masih terkial-kial mencari jawapan untuk 6 soalan. Pemungut kertas soalan dan jawapan begitu setia berdiri di sebelah saya untuk melaksanakan tugasnya. Tanpa banyak bicara, saya hitamkan jawapan bagi keenam-enam soalan tersebut tanpa membaca apa soalannya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Saya mula rasa bosan. Peperiksaan Bahagian B dimulakan selepas berehat 15 minit. Saya menjawab soalan esei dengan semangat yang semakin hilang. Kepala direbahkan di atas meja. Jari bergerak pantas menarikan pena menjawab soalan-soalan esei yang dikemukakan. Menjawab tanpa perancangan. Saya betul-betul bosan. Saya tertidur hampir setengah jam ketika menjawab soalan!! Kerja gila!! Saya segera sudahi apa yang saya tahu dan keluar dari dewan untuk mengakhiri peperiksaan saya.

Selepas tamat peperiksaan, kami berkumpul semula di dalam dewan untuk sesi perpisahan.

Jam 2.30 petang saya bertolak pulang ke Kuantan. Saya tumpangi Ust Abd Hai untuk meneruskan kursus seterusnya. Kursus kenegaraan.

Tamat kursus induksi. Kursus kenegaraan di Kem Bina Negara Bukit Sagu pula menyusul.
……..

Kursus Kenegaraan

24 Mei 2007
5.40 petang.
Kem Bina Negara Bukit Sagu.
Tiba untuk mendaftarakan diri.
……..

Ini hanya ringkasan sahaja. Saya sudah kekeringan idea untuk menulis.

Malam taklimat. Semua peserta berbaju putih dan berseluar hitam.

Ketika melangkahkan kaki ke dalam dewan, tiba-tiba saya ditegur salah seorang peserta yang dikenali ketika kursus induksi.

“Ha, pakai baju berkedut! Tak seterika ke? Pakai baju siapa tu?”

Ya, memang betul. Baju yang saya pakai berkedut seribu. Saya sudah cuba menggosoknya. Tapi gagal. Saya terpaksa akui baju putih berlengan pendek yang saya beli semata-mata untuk kursus tersebut dengan harga RM5.90 itu memang degil untuk digosok.

Sementara menunggu majlis bermula, bermacam-macam perbualan yang muncul. Perbualan yang membayangkan zaman persekolahan.

Ni rombongan sekolah mana?
Mana ketua kelas?
Takde pengawas ke?

Berbaju putih berseluar/berkain hitam seragam memang mengembalikan nostalgia lama. Cuma bagi saya, baju putih dan seluar hitam sudah tidak asing bagi saya. Kerana itu juga warna pakaian yang perlu saya pakai di tempat kerja. Bosan.

Ketika sesi pemilihan penghulu, penghuluwati, ajk dan pengacara majlis, nama saya pula disebut sebagai ajk dewan makan.😦

Sesi pembahagian kumpulan, saya ditempatkan di kumpulan 1. Senarai ahli adalah seperti berikut. Saya, Hasnan, Saffian, Ust Hai, Wan Hazura, Fatimah Zaharah, Tazimah, Renuga, Ummul Khairi Fatimah, Asliha, Azmin Azwina dan Ustazah Wan Faizah.

Sesi LDK kumpulan kami biasa-biasa sahaja. Ada kala bergelak ketawa, ada kala berkomunikasi tanpa lisan menyatakan ke’boring’an. Tanpa rasa tertekan. Pendek kata, kumpulan kami lebih banyak berhibur dengan cara tersendiri. Cuba tidak membicarakan isu-isu berat.

Sebenarnya saya dah tak larat nak bercerita..🙂

Sebelum saya berhenti, ada beberapa perkara yang ingin dikongsi. Tentang pengalaman sebelum peperiksaan dan aktiviti kembara.

Malam sebelum peperiksaan iaitu bagi LDK 8, ditakdirkan kami diselubungi kegelapan! Black out seluruh kawasan dalam jam 9 malam sehingga 1.00 pagi. Apa lagi yang boleh dibuat melainkan berkumpul beramai-ramai di dataran dan berbual-bual. Ditemani kepekatan malam, cahaya bulan yang samar-samar sinarannya, juga serta suara-suara kebimbangan tentang peperiksaan yang bakal dihadapi.

Mahu tidak mahu, LDK 8 diadakan juga seringkas mungkin. Hanya untuk membuat penilaian tentang LDK 1-7 yang telah dilalui. Tatkala kumpulan lain ada yang duduk di kerusi dan bersila di dataran, kamilah satu-satunya kumpulan yang hanya berdiri dalam bulatan. Mujur ia ditamatkan awal.

Selesai aktiviti sebelum peperiksaan.

Keesokannya, pada jam 8.45 pagi peperiksaan dijalankan. Semoga semua peserta berjaya di dalam peperiksaan ini.

Aktiviti kembara yang dinanti-nantikan akhirnya muncul. Satu lagi kisah menarik berlaku. Kumpulan saya dilepaskan terlebih dahulu.Keluar dari pintu pagar bergeraklah kami ke arah kiri untuk mendaki bukit. Lama sungguh perjalanan. Setiap kali tiba di persimpangan, kami mencari-cari tanda arah untuk dilalui. Langsung tidak ditemui.

Menggunakan bahasa ‘jika tiada tanda arah maknanya terus ke hadapan’, maka bergeraklah ke hadapan. Naik bukit. Turun bukit. Bukitnya gondol kerana ia adalah ladang kelapa sawit yang telah ditebang. Mengiringi kembara kami, diselang seli dengan soalan teka-teki untuk menghilangkan penat. Semakin jauh perjalanan. Masih tidak bertemu tanda. Masih tidak berjumpa hutan. Tiada anak sungai untuk direntasi. Tidak bertembung dengan kumpulan-kumpulan lain.

Melewati satu jam perjalanan pemandangannya tetap sama. Langkah tetap di atur. Akhirnya tiba pada jalan bertar. Kemusykilan pula muncul memikirkan arah mana yang patut dilalui. Kiri atau kanan. Andaian dibuat dengan berdasarkan buku nota BTN yang dijumpai di tepi jalan.

Kebetulan jalan itu dilalui penduduk di situ, lalu ditanya arah mana untuk ke kem. Langkah kami betul. Cuma tidak pasti berapa jauh lagi letaknya. kembara di atas jalan bertar. Tidak pernah dibuat orang!

Renuga mula bersungut. Katanya fasi menyatakan sekejap sahaja perjalanan dan kemudian akan masuk ke dalam hutan. Namun perjalanan kami sudah hendak memasuki jam kedua. Dan kini mengembara pula di jalan bertar. Tanpa arah untuk menuju ke hutan. Arah di hadapan masih tidak pasti jaraknya.

Hayunan kaki terus diatur. Tanpa disangka muncul jurulatih dan menyatakan bahawa kami telah sesat dari jalan yang sepatutnya. Jalan yang kami lalui bukan jalan yang sebenarnya. Hati tertanya-tanya di mana kesesatan kami bermula. Langsung tidak kami temui tanda arah sepanjang perjalanan.

c0184.jpg
Hah!!Kami sesat?!!

Akhirnya kami dijemput dengan menaiki kereta dan van untuk kembali ke kem.

Rupa-rupanya masih jauh perjalanan. Hampir separuh perjalanan lagi yang perlu dilalui.

Setibanya di dewan, kami disambut dengan tepukan. Kamilah kumpulan pertama dilepaskan dan kamilah kumpulan terakhir yang tiba. Sudah lama mereka menunggu kami. Bangga pula rasanya. Apa boleh buat. Kami langsung tidak sedar bahawa kami dalam kesesatan. Sesat kami bukan kerana jahil. Tapi kerana salah diberi arahan.

Seawal kembara lagi kami sudah salah arah. Salah siapa? Arahan yang tidak tepat ataupun kami yang salah memahami arahan?

Berakhirnya kembara. Majlis penutup juga tamat. Makan tengah hari juga selesai. bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Selesai kursus kenegaraan.
………………

Akhir kata, selamat mengenang kembali selingkar kisah yang kita lalui bersama.

35 Responses

  1. Bestla pandai betul awak susun rentetan cerita dan ayat. hehehe..menarik. Saya tolong bacakan untuk en azmi bin talib (ofismate saya) dia pun salah sorang peserta induksi umum kan INTAN.

    Dia tergelak sakan masa saya bacakan bab group awak sesat kat bukit sagu.

  2. Min pun dah baca rentetan kisah ustaz di induksi dan btn.. terimbas semula kenangan kumpulan kita sesat di kembara bukit sagu. Semasa kaki melangkah memulakan perjalanan, terbayang hutan redup, anak sungai, anak panah tp sebaliknya yang kita berjaya temui hanyalah gurun sahara dan jalan bertar disinari mentari yg panas terik. Namun niat utk sampai punya lah tinggi wpun suku perjalanan terpaksa diangkut dgn kereta/van.. tak pe lah janji kita berjaya sampai semula ke destinasi kan ustaz.. hehe

  3. iya la tu….hehehe..group kitorang pun nyaris sesat gak. tapi ada pendekar yang sempat menyelamatkan keadaan. Best sangat..

    sebenarnya, tu adalah pertama kali saya jungle tracking. sebelum ni setiap kali akvitivi jungle tracking masa masuk pengakap kelana siswa dulu saya ngelak coz takut pacat..

    masa kat btn tu.. suasana macam gurun. jadi spesis pacat mesti tak der. Apa pun enjoy sangat kan.

  4. ooo en azmi.. kenal lagi… dah terbayang macam mana dia gelak sakan…🙂

    sebenarnya pada hakikatnya kitorang tak sesat… kalau diteruskan perjalanan tu akan sampai juga… Cerita betulnya ialah kami nak tolong penganjur cari trek baru untuk kursus akan datang…

    rasanya, pokok-pokok dalam hutan, air sungai, lopak; kecewa sebab kami tidak melalui mereka. Apakan daya, kami lebih berminat untuk menjelajah bukit gondol yang tandus. Awal2 perjalanan dah mendaki bukit. Sampai ada yang buat cadangan dan diikuti semua ahli supaya berjalan dengan cara berundur…😕

  5. ha…masa kat btn ari tu terpikir jugak, camana boleh tersesat yek… tapi semuanya selamat,alhamdulillah…kump kak na pun hampir tersesat tapi nasib baik kejapje (jumpa jalan mati) then patah balik.seronok w/pun semput gak coz fakor usia kot,he3…tengok gambar masa kat intan tu sedih pulak, maklumlah seminggu lebih dpt kwn2 baru, then balik semua…ada reunion tak???apa2pun congrats coz hisham punya public speaking memang “da boom”!!!k lah…pokok salak sihat???

  6. hm… segala pujian dikembalikan semula kepada Allah..

    ooo.. ada juga yang nak melalui zaman kesesatan macam kitorang rupanya… kempunan nak masuk hutan sebenarnya..

    Pokok salak sihat macam biasa… hasil pun dah semakin banyak… :-O

  7. tq….anto email kat saya…teringat kembali zaman kursus ari tu bersama korang. bukan main gembira lagi saya maklumlah dapat kenalan baru dan bermacam-macam pengalaman yang ditimba…sorylah lambat sket reply maklumlah busy sentiasa saya ni ahli kumpulan De Lima nantilah kalo saya ada masa lagi saya reply balik email eh…semoga berjaya dalam hidup

  8. Assalamuaikum W.B.T,
    Tak sangka saya dapat email yang mengimbas kembali nostalgia semasa Induksi dan BTN. Rasanya baru semalam kita berpisah untuk kembali ke pangkuan keluarga masing2. Masih terdengar gelak ketawa, lawak jenaka semasa bersama di Intan dan Bukit Sagu.
    Ikutkan hati, rasanya tak nak berpisah dengan kalian semua, cuma takdir telah menetapkan setiap pertemuan ada perpisahan. Kepada semua, terutama ‘adik beradik’ saya di Intan, diharapkan hubungan ini tetap kekal selamanya. Biar jauh di mata, tapi di hati jangan lupa.
    Buat Ustad Hisham, terima kasih diatas usaha untuk menyatukan kita semua.
    “Miss you all very-very Much”
    Harap berjumpa lagi.

  9. Assalamualaikum….
    pe kabo?? wow…cun siot cerita2 masa kat INTAN…lebih2 lg mase korang sume kat bukit sagu…ruginye saya x dapat join…tapi tak pe lah…sekurang-kurangnya dengan cite awak tu…saya dah dapat bayangkan kecemasan dan kegembiraan sume masa kat sana…ok lah lah…
    nanti kite chating lagi…

  10. Salam…….

    Ustaz hisyam…teringin sangat nak dengar pegucapan awam ustaz…. mesti best

    Takde recorder ke?

  11. wow, fantastik!

    best jugak cerita yang enta karang ni syam, tapi saat ana baca komen2 kat sini, air mata ni bergenang sangat, tak tau kenapa, ana cuba bayangkan macammana BTN yang entum semua lalui, ana tak berkesempatan nak ikuti, sedihlah jugak…walauapapun, moga ikatan yang terjalin antara kita semua kekal sampai bila2, kita mintak abg azmi tok penghulu buat renion nak tak? satu lagi sya, enta buat kolum untuk chat kat blog enta ni, kita kumpul group induksi kat sini mcm ukhwah.com. oklah, jumpa lagi

  12. Bestnya..tak sangka kita semua boleh keep in touch lagi. Walaupun 2 minggu je tempoh perkenalan namun memberi kesan yang begitu bermakna.

    saya sokong agar reunion dibuat..100%

    miss u all

  13. Kesian kat ko exam induksi tak dapat spot question? slalu org intan bagi shari b4 exam…..

  14. Syam ko induksi ni puak2 P&P yang begelar ustaz n ustazah je ker???

  15. rahmat: dah nasib tak dapat spot question… induksi P&P dengan kumpulan sokongan 1. Macam2 ada… kerja majlis daerah, majlis perbandaran, pejabat tanah, kementerian perdagangan, lkpp, pertahanan… tak larat nak sebut semua….

    Wallahi, saya terharu dengan sambutan sahabat-sahabat semua…

    Cadangan Ramzul telah saya pertimbangkan dan cuba dilaksanakan. Saya sedar bahawa ruang komen di dalam blog ilmuOne ini bukanlah platform yang sesuai untuk menemukan kembali sahabat-sahabat semua.

    Untuk itu, saya telah membina satu portal untuk tujuan tersebut.

    Sila layari http://induksi.informe.com

    Saya hanya menyediakan tapak, dan terserah kepada sahabat-sahabat untuk menjayakannya dan memeriahkannya..🙂

  16. askm!
    alamak…sedih pulak rasanya bila ramai kat sini.ramzul, idea tu disokong 200%!!ahmad hisham, be cool…
    to ustaz hisham, tq coz bagi peluang untuk kita semua bersatu…JITU gitu…

  17. Sudah adat begitu, bila lama bersama, berpisahnya amat terasa…

    Tanjung Katong airnya biru,
    Tempat mandi si dara jelita;
    Sama sekampung lagikan rindu,
    Inikan lagi jauh di mata.

    Kalau kalian semua berduka, hamba turut sama merasa…

    Tudung periuk pandai menari,
    Menari lagu putera mahkota;
    Kain buruk berikan kami,
    Buat menyapu si air mata.

    Sama-samalah kita menjengah ke http://induksi.informe.com

  18. Assalamualaikum sumer2….

    Tq byk2 ostaz sbb menghidupkan kembali suasana induksi n btn…tringat smula kisah pahit manis masa sama2 kusus2 tu ekk…hehe….

    Ok gk ada yg suggest reunion…bleh kenal2 ahli klorge masing kan…kene la ostaz n kawan2 pk kt maner tpt n masa sesuai nk buat…

    k lah…smoga kita sumer akan kekal ukhwah…
    wassalam…

    amei kuantan

  19. Salam……

    Rahmat…..bila nak turun segamat?
    Dengan izin…..Sham

    Tak per ek sham……….guna portal nie…….aku ngan rahmat saje2 nak sumbang kata.

    Mat…….ko dtglah segamat naik kereta hitam ko tu…….
    Heri…dah sampai segamat dah….

    Lagi satu…..jom gi pulau tioman jom……
    tak yah rancang lama2…..nanti tak jadi….
    ko bila free……dalam bulan 7 nanti…

    Sham…..ko pun pergi sekali……nak tak?

  20. SALAM.. N, NIP…AKU KAT OFIS SAHM…SERATA MALAYSIA AKU JALAN CUTI NI…
    LEPAS NI NAK GI SARAPAN DGN SHAM…
    DTGLA TIOMAN.. KALAU KORANG DATANG
    AKU TAK KELUAR LA DARI PULAU TU

  21. Assalamualaikum….

    Best jugak lah ustaz hisham kau punya citer… Mula2 aku ucapkan ribuan terima kasih sebab kau sesat kembara rupanya cari buku nota BTN aku yang hilang tu… sian group kau sesat sbb cari buku aku…. hehehehe… terima kasih lah byk2…

    Ape citer…. byk kes mahkamah ke…. duk kuantan tak jumpa pun…. aku blk2 induksi ngan BTN ni cbuk ckitlah…. Br abis meeting MPFN ngan PM…. Ni ari sabtu ni pun kene keje… boringlah ckit tak leh nak rehat lg…. Ok lah ape2 hal boleh boleh lah join kau punya blog ni… Rindu gilor kat kau semua… Baca kau punya citer nak gelak jer… ok beres…Jumpa lagi…

  22. Assalamualaikum wr.wb. ustaz
    Tahniah & syabas! Imbauan kisah di INTAN dan BTN yang kini tinggal kenangan abadi… Meskipun kita dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, namun kita reunion menerusi blog ustaz ni!
    Buat rakan2 semua, salam hormat, salam ukhwah, salam ingatan selamanya dari ku yang jauh di negeri di bawah bayu…

  23. assalamualaikum…

    sory lambat reply coz baru masuk ofis, cuti panjang la katakan….kiriman emel ustaz membuat saya teringat kembali masa induksi dan btn, waktu tu terasa terlalu lama berkursus, tp terasa cepat pula masa berlalu……mesti kenangan sesat dalam hutan tu menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan kan?

  24. Assalamualaikum,

    Tahniah kepada rakan-rakan sekalian, khususnya kepada Ustaz Hisham yang bersusah sakan berusaha membina laman atau ruangan khas untuk rakan-rakan semua kembali ‘berinduksi’.

    Terima kasih dan tahniah juga kerana telah menceritakan kembali detik-detik sepanjang induksi lepas. Bukan mudah nak laksanakan, terpaksa berkorban – dari segi masa, yang menagih keupayaan, kesabaran dan ketekunan.

    Juga kepada semua rakan-rakan yang lain, yang turut menyumbang artikel atau komen, termasuk Ustaz Karim, Harni, Azmin, Kak Na, Whayati, Ahamd Hisham, Dasilah, Hanif, Ramzul, Rahmat, Amei, Heri, Rijal, Halimah dan Faizah serta lain-lain (yang tak tersebutkan…dan yang ‘sempat’ dibaca… Yang tak ‘tersebut’ tu, janganlah berasa ‘jauh hati’. Tak ade ape-ape, saje-saje je…)

    Di dalamnya ada ilmu, kesantunan, kesayuan, keceriaan, kebahagiaan, kerjasama, persahabatan, perkongsian dan keluhuran jiwa yang boleh diambil iktibar, panduan dan pengajaran untuk kita melangkah menghadapi hari muka.

    Selamat berjaya kepada rakan-rakan semua dalam semua bidang yang diceburi. Insya-Allah.

    Wassalam.

  25. Assalamualaikum W.B.T, kepada semua kawan2 Induksi dan BTN, terutama kepada adik saya (Pengantin Baru). Siapa lagi kalau bukan Faizah. Tahniah, semoga berbahagia hingga keakhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
    Saya insyallah, 13/6 hingga 17/6 akan berada di Kuala Terengganu (Sukan Makspen) dan kalau diizinkannya, akan mencari kawan-kawan yang ada di sana.
    Kepada semua yang telah memberikian respon kepada ruangan yang ditaja oleh Ustaz Hisham, syukur kepada hadrat ilahi. semoga perhubungan ini kekal sampai ke akhir hayat.
    harap berjumpa lagi

  26. assalamualaikum,,,,

    seronok baca kiriman sahabat semua, kepada faizah dan faizal ” selamat pengantin baru. Sorry pada faizal kerana x sempat gi hari kahwin coz working day. sempat ke rumah faizah saja, dekat sikit dengan Marang.

    Berbalik pada kursus induksi, syabas kepada kawan semua lulus public speaking, saya sebenarnya tak biasa duk depan.
    Kalau ingatkan balik macam-macam gaya dan cara sahabat semua , baru tahu macamana bila speach…

    Tapi seronoknya masa BTN duduk sebilik dengan Ustaz Khai, senang sikit nak pergi sembahyang subuh berjemaah.

    Saya suka aktiviti sukaneka dan lumba lari boleh keluarkan peluh dan relaxkan minda.

    Wassalam.

  27. terima kasih kepada semua yang memberikan respon… danke schoen.. bohot bohot syukriya…

    Oh ya… terima kasih pada khalid kerana tolong ambilkan borang penilaian kursus untuk saya dan saffian, dan juga setia menunggu kami yang sesat dalam kembara di pintu dewan.

    Kalau ikut hati memang tak nak hantar borang tu sebab rasa dah tak larat nak naik ke bilik…

  28. assalamualaikum…

    hi kawan2…mari kita baca doa…amin
    terima kasih hisham kerana bersusah payah mmbuat laman web ni…sy nk berkongsi cite ngan kwn2, sebenarye berkursus
    induksi di kemaman,Terengganu adlah pengalaman pertama sy menjejakkan kaki di negeri Terengganu. Dr kecil hingga besar sy x pernah lg pege t,rgganu…jgn gelakye.. tenang rasanya dpt tgk laut yang luas&cantik cuma tak berkesempatan nk berjln2 di laut…rsye kalo ada kesempatan nk pege lagi..waktu induksi sy rs seronak sekali kerana dpt berkenalan ramai kwn2 luar dr kl ni. Cuma waktu kt BTN je..sy tak waktu ptg riadah..tak adil lelaki dpt main bola sedangkan perempuan asyik menari je..kdg2 bosan gak..tapi tak per rs terhibur. anyway buat rakan2 semoga berjaya dlm karier&kerjaya masing-msing. bye..

  29. Assalamualaikum W.B.T,
    Harapan kepada semua sahabat Induksi dan BTN sihat sejahtera hendaknya. Penat berkampung di UDM kampus Kusza (sukan Makspen 2007) masih terasa. Alhamdullilah, dalam kesibukan menguruskan kontigen LKPP, saya sempat menjengok Faizah, Ain, Kak Ti (bendahari) dan harni di MPKT. walaupun hanya 15 minit, tapi amat bermakna. kepada kawan2 lain di Terengganu, spt Khalid, Saffian (Marang), dan lain-lain, mohon maaf tak dapat menziarahi kerana kesuntukan masa.
    Insyallah, saya akan kesana bersama keluarga dalam masa terdekat.
    Kepada Harni, saya doakan kesihatan ayahndanya agar bertambah baik.
    Salam sayang untuk semua.

  30. assalamualaikum,,,

    terus la tulis dalam web ni. sedap baca pengalaman boleh tambah maklumat selian bertukar idea. apepun teruskan usaha ni kerana dengan menulis kita boleh sebarkan ilmu. bukan senang nak cari orang yang boleh menulis. ramai. tapi yang konsisten menulis tu yang sukar nak cari.

  31. Untuk makluman abg hisham, ayah saya dah meninggal dunia 27/6/2007 yang lalu. Lebih kurang 2 minggu selepas abg hisham datang jupe kita kat MPKT.

    Nak buat camner Allah lebih menyayanginya.Al fatihah

  32. salam takziah harni, ana tak tau nak kata apa, lama gak ana tak bukak blog ust ni, kebetulan balik dari induksi tempohari, saya kerja tanpa rehat, hari minggu pun belasah jugak, because banyak program kena handle, alhamdulillah berjaya handle sambutan hari pertahanan awam malaysia ke55 pada 8 julai baru ni di dataran shah alam, so skrg start sibuk dengan kmk pulak dan tugas harian yg lain, 2 hari ni kena jaga pejabat, pengarah kena jaga anggota utk operasi mencari helikopter nuri di bentong pahang, kita doakan moga2 mereka selamat dijumpai dalam keadaan selamat. amin.

    skrg ni time lunch, seronok baca komen2 kat sini, adat pertemuan pasti akan ada perpisahan, entah bila kita semua akn bersua kembali, mengenangkan nostalgia di intim ghanu, bergenang air mata ni, dahlah kawan2 zaman sekolah dulu berapa kerat jer dapat jumpa balik, kawan2 kat u lagilah, so ni kawan2 kursus di intim, harapan ana, moga ukhwah kita semua kekal terjalin sampai bila2, dengan teknologi yg ada sekarang, kita manfaatkan ruang yg ada ini utk terus berinteraksi.

    saat paling manis di intim, bila sesi pendaftaran online mlm tu, tengok2 kat sebelah ana ada ust hai, hampir 5tahun ana tak jumpa beliau, ana belajar bahasa arab denagna beliau dari tingkatan dua lagi sampai tgktn 6.

    oklah, dah panjang rasanya ni, kawan2 yg lain, teruslah menulis kat sini, best sangat dapat baca tulisan korang semua, ana ada kumpulkan gambar2 dan video time induksi tempohhari, saper yg nak bagi taulah kat ana, atau email kat ana di ramzul@civildefence.gov.my tapi kalau satu jbtn tu ramai, ana bagi satu copy, so pakat2 burn jerlah ek, ok take care and ilalliqa

  33. alhamdulillah dan dukacitanya, mayat ke enam2 krew nuri telah berjaya ditemui cuma 5km dari genting sempah, sedangkan lokasi tersebut telah di redah pada hari ahad lalu oleh anggota pertahanan awam selangor, tapi waktu tersebut tempat tersebut seolah2 belum terusik, tiada kesan letupan dan cerun hutan yg sangat bahaya, itulah misteri hutan belantara, kasihan keluarga mangsa, entah berapa org lagi anggota tentera kita akan jadi mangsa nuri, bayangkan kalau mereka ahli keluarga kita, apa perasaan kita, bayangkan kalau mereka ahli keluarga menteri yg terlibat atau PM, adakah nuri akan kekal digunakan, mungkin sampai semua koleksi nuri terhempas baru kerajaan beli pesawat baru. alfatihah utk mangsa2 tersebut

  34. Takziah kepada harni diatas kepulangan ke rahmatullah ayahndanya. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang bertakwa. alfatihah.

  35. i hate yougghhfhhkuymbnm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: