Bicara tanpa suara

 

2.jpg

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itu memang diakui. Lontaran kata-kata boleh jadi memusnahkan diri. Antara kata-kata yang bersuara dengan kata-kata bisu tanpa alunan suara,yang manakah lebih berbahaya?

Semalam cukup membuatkan saya resah. Saya rasa terhukum. Bahkan turut rasa terdera. Bersuara hanya dengan tulisan sering disalah erti. Komunikasi yang ada gangguan pemahaman.

Inilah bahana jika menaip / menulis tanpa mengambil kira pemahaman si penerima. Permintaan agar dihulurkan sedikit pertolongan disalah baca intonasinya sehingga dianggap mendesak.

Saya hanya meminta sedikit pertolongan, namun lain jadinya kerana tulisan tidak disertakan dengan naik tinggi rendah nada, lalu dibaca dengan gaya mendesak. Mungkin saya berbahasa dengan lembut, tetapi boleh jadi dibaca dengan nada keras. Ada kalanya saya sekadar bergurau tetapi ia dianggap serius. Mungkin kerana terlupa meletakkan ‘hehehe’ atau ikon🙂 membuatkan maksud yang hendak disampaikan diterjemah dengan makna yang lain.

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halu
snya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Kemaafan Di Aidilfitri (In-Team)

Kerana salah faham, kejernihan suasana bisa menjadi keruh. Kerana salah faham juga, pertelingkahan boleh terjadi walau tidak ada niat ke arah itu.

Andai diketahui adanya salah faham maksud, mudah saja dirungkaikan. Tetapi, jika salah faham itu terus dibiarkan, bermula sebagai kudis, akhirnya tidak mustahil bertukar menjadi nanah.

8 Responses

  1. Sabarlah, banyakkan doa. Sudah jadi lumrah dunia, warna warni kehidupan. Usah lah difikirkan sangat, kelak mengganggu emosi…

  2. ‘Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari…. ..
    Suasana muram dan mendung
    Kemudian Dia datangkan petir dan kilat…
    Kita kekadang menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar…..
    tetapi…
    rupanya-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…’

    Begitulah andaian hikmah di sebalik ‘bicara tanpa suara’.

  3. Terima kasih kak Halimah… bila nak datang semenanjung lagi?🙂

  4. untuk mendapat sesuatu kita perlukan sesuatu pengorbanan…. Tanpa pengorbanan tiada apa yg boleh dapat pengajaran…perjalanan hidup ini x semestinya melalui jalan yg sentiasa lurus yg kita rancangkan..sekali skala terpaksa lalu jalan yg berliku…g2 lah…roda2 kehidupan…asalkan ada niat yg baik sudah la…xperlu nk pk2 sgt….ana pn penah rs apa yg ustaz rs…but remember this “self-confident”…be yourself

  5. Expect only the best. What seemed difficult today, may be manageable tomorrow. Take each obstacle as a challenge. Trust yourself and be strong. Belief in your own potentials….strive a little harder and do your best. Keep on believing in your dreams. Always remember that no matter how things turn out, you can make the best of them!!!

  6. Salam…..
    “Apalah ada pada nama, jika sekuntum mawar jika namanya bukan mawar sekalipun ia akan tetap harum”.

    Hisham says:
    thanks anip…

  7. sorry sham, lama menyepi banyak kerja dan kursus, baru balik dari Langkawi 1-4 Julai , next week kursus lagi kat K.L belum lagi pergi rasa dah penatlah.

    sham,.. apa yang kita impikan tak semua akan jadi kenyataan, kita hanya mampu merancang, Allah yang mengQADA’nya…
    Inikan pulakan hati manusia, rambut mungkin sama hitam, tapi perasaan dalam hati siapa yang tahu… if somebody can thinking positif ,, its o.k but if should not be like that… may be broken…

    banyakkan bersabar dan yakin sinar akan datang jua …
    mungkin belum sampai masa lagi kot

  8. Allah Maha Besar! Saya kini sedang menghadapi, melalui, mengharungi situasi yang serupa…… Memang amat perit utk ditanggung dan amat menyedihkan… Tentu ada hikmah di sebaliknya…

    Hujung bulan ni saya ke KL insyaAllah. Saya teringin dtg semula ke Pantai Timur. Tapi jadual terlalu padat. InsyaAllah, ada rezeki, some other time lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: