Status yang kita banggakan

b02192.jpg

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Walau di mana kita berada, bumi kita adalah satu, langit yang menaungi kita juga adalah satu. Tidak mungkin dapat kita cari bumi yang lain. Terlalu mustahil kita mencari teduhnya langit yang lain untuk menahan dari terik sinar mentari.

Di sinilah bumi kita. Tempat tinggal sementara kita. Di sini juga ada peranan kita. Kita di sini ada tujuannya kerana Allah tidak menjadikan kita hanya untuk tujuan yang sia-sia.

Allah telah memberi peringatan tentang itu melalui QalamNya.

“Dan ingatlah! Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKU” ( Surah Al-Dzariyat, ayat 56)

Proses penyembahan dan ibadat itu hanya sah jika kita di dalam ISLAM.

PROUD TO BE MUSLIM

Kita yang dilahirkan melalui susur galur yang memberikan status Islam sebagai agama terkadang alpa. Seawal di dalam kandungan dicarikan nama-nama Islam untuk diberikan. Lahirnya kita sebagai seorang Islam. Syukur Alhamdulillah.

Tapi, pernahkah kita bertanya dengan sejujur hati tentang keISLAMan kita ini?

Benarkah aku benar-benar MUSLIM? MUKMIN? MUTTAQIN?

Kehidupan kita yang akan tiba penghujungnya ini, benarkah terisi sebagai seorangMuslim?

Bagaimana aqidah kita? Sejauh mana kita meletakkan diri tentang perlunya rasa berTuhan.

Saya masih ingat ketika di sekolah, saya di ajar tentang Nama-nama Allah. Sifat-sifat Allah. Jika tidak dapat menghafalnya, akan didenda berdiri atas kerusi.

Sekadar hafalan. Tiada penghayatan. Tidak tahu maksud di sebalik pengajian tersebut.

Syukur ditakdirkan saya bertemu seorang sahabat baik. Kumaran a/l Krishnan namanya. Memiliki penduduk yang berlainan bangsa dan agama bukanlah satu kelaziman di Felda Jengka Sebelas. Lantas kehadiran Kumaran serta kakaknya Jegateswary di sekolah menjadi semacam satu kepelikan kepada sesetengah murid. Mereka diejek, dihina.

Dalam pembacaan buku-buku cerita di zaman itu saya banyak didedahkan dengan toleransi hidup pelbagai kaum. Malah saya yakin dan percaya ramai yang masih ingat lagu kanak-kanak yang dinyanyikan di dalam kelas muzik. Lagu tentang murid berbangsa Melayu, Cina dan India yang bersahabat baik.

Lalu saya hulurkan tangan kepada Kumaran untuk membina persahabatan. Terjalinlah persahabatan antara dua bangsa, dua agama. Di mana ada saya di situ ada Kumaran. Malah di dalam kelas, kami duduk bersebelahan. Berbasikal bersama. Bermain bersama.

long-ago_0003.jpg

Akrabnya saya dan Kumaran hingga untuk mengambil

gambar kelas pun masih berdiri sebelah menyebelah

“Kumaran, mak dengan ayah engkau bagi ke belajar Agama Islam?” tanya saya pada satu hari sambil membelek-belek buku Pendidikan Moral miliknya.

“Ayah saya kata, kalau nak belajar boleh, tapi jangan masuk Islam’, jawab Kumaran.

Mempunyai sahabat berlainan agama menjadikan saya lebih ingin memahami agama saya sendiri. Setiap agama adalah berbeza dan saya perlu tahu tentang agama saya sendiri. Apa yang saya ketahui saya cuba ajarkan pada Kumaran.
Dari peringkat hanya sekadar hafalan, saya cuba untuk ke peringkat penghayatan. Cuba memahami apa yang saya pelajari sebenarnya.

proudtobemuslim_large2.jpg

Dan saya benar-benar bersyukur menjadi seorang MUSLIM. Bukan hanya sekadar keturunan, tetapi berdasarkan bacaan, kajian dan pastinya hidayah Allah yang menjadikan saya TERPILIH dan MEMILIH untuk berada di dalam agama suci ini.

MEMBAWA NAMA ISLAM

Kita yang bergelar Muslim ada kalanya tidak bersifat jujur. Zahir pada nama seolah-olah Muslim, tetapi bentuk kehidupan banyak yang menyimpang.

Lihat pada pakaian kita. Tertutup seperti saranan syariat ataupun tidak.

Lihat pada pergaulan kita. Tanpa segan silu memegang yang tidak halal bagi kita.

 

Tutur bahasa sudah bercampur baur. Mengumpat, menghina.

Lebih-lebih lagi lihat pada ibadat khusus kita. Solat kita benarkah ikhlas? Atau masih lagi bermain tarik tali. Terasa rajin barulah ingat pada sejadah. Bukan ingat pada Allah. Apatah lagi ketika malas.

Dalam tidak sedar kita mencalarkan wajah Islam. Kita sendiri memburukkan Islam. Kita sendiri gagal mempromosikan kebaikan Islam.

Kesilapan kita dituding jari pada Islam. Kita yang selalu khianat, lalu Islam menjadi mangsa.

Membawa Islam bukan sekadar pada nama. Kitalah Islam yang berbentuk insan. Agar ternampak kebenaran dan kemurniaan Islam pada tingkah laku kita. Pada aktiviti harian kita.

b0025.jpg

Fahamilah hakikat bahawa Islam itu bukan hanya dibawa melalu nama pada kad pengenalan sahaja.

Kelak kita akan ditanya, tentang bagaimana Islam kita.

Semoga akan diberikan ruang untuk kita berubah. Semoga kita akan terus setia memohon ampun atas kesilapan kita yang mencalarkan Islam

Jangan sekali-kali berputus asa untuk bertaubat, sebagaimana Allah tidak berputus asa untuk memberikan pengampunan.

Hisham Ahmad

Kuantan, Pahang.

5 Responses

  1. Syam,
    ana ingat2 lupa yg di jengka x1 ada keluarga india. kalau tak salah cina pun ada dulu, ntah masih ada atau tak x pasti. Bgmanapun mrk ttp boleh survive walaupun di kelilingi masyarakat kita, tp bagaimana kalau sebaliknya?. Tajuk ni pun menarik kalau boleh ulas.
    Gambar latar blakangtu mengingatkan tulisan khat ana masa kakak ana Ustzh Maskalsom dan Cikgu Ahmad Hasan mengajar di sana. Masa tu ana di tahun 2 UKM. tq dgn gambar nostalgia yg dikongsi bsama w/pun tk scara langsung.

  2. Menarik cerita ni.yang berdiri di belakang (empat dari kiri) tu mesti hisyam kan..

  3. Ust Karim:
    Masa dah sekolah rendah, keluarga cina tu dah tak ada. Kumaran tu pun sebab ayah dia jadi pengurus felda kat situ. tak lama, cuma setahun lebih je.
    Ana ni murid yang sempat belajar dengan Ustazah Maskalsom dan Cikgu Ahmad (atau panggilan lain ialah Sir Mat). Anak diorang, Nor Diana tu pun kebetulan satu kelas.

    Budak-budak sekolah takut dengan Sir Mat. Asal nampak je mesti nak lari. Sebabnya Sir Mat tu cikgu disiplin.

    Blok yang jadi latarbelakang gambar tu dah tak digunakan… sekarang dah ada bangunan baru.. Tulisan Khat tu ust buat ke?

    Kak Na:
    Ya, betul la tu. Muka budak baik…🙂

  4. salam alaik.. syukran sudi berkunjung ke blog saya. Byk entry yg baik di sini. Tahniah dan teruskan menulis.

  5. Salam..hye,akak orang jengka 11..suke tengok gamba sekolah kita..Ayah jega tu baik..akak penah gi raya deepavali umah die..jamu mcm2 kuih..ade kawan yang takmau makan sebab geli..akak tibai je,lagipun kuih tu maruku dengan kek..kesian mak die susah2 buat air dan jamu makanan..tapi kwan2 lain takmo makan, mak dia tetap bg layanan baik..yg akak ingat jega sambung sekolah menengah di Raub..dan lost contact..banyak kenangan dengan dia..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: