Perpisahan yang bertandang

c0126.jpg

9 Julai 2007

“Nurul, mana Kak Ju?” tanya saya kepada Nurul, kerani di pejabat saya apabila melihat tempat duduk Kak Ju kosong.
“Kak Ju dah pindah la Tuan”, jawab Nurul

“Hah! Betul ke? Tanya saya kembali. Terasa musykil pula.

“Hehehe, Kak Ju cuti la Tuan. Tapi minggu depan dah kena pindah. Baru dapat surat pertukaran minggu lepas masa Tuan pergi kursus. Pindah ke SUK. Sebab itu tiba-tiba ambil cuti”, terang Nurul.

13 Julai 2007

Pagi tadi, bertempat di dewan JAIP, diadakan majlis perpisahan. Sebetulnya dua orang kakitangan yang ditukarkan. Namun, yang ‘diraikan’ hanya Kak Ju seorang yang hadir. Puan Norasyikin yang bertugas di Jerantut tidak dapat hadir.

Sebak. Itu perasaan setiap kakitangan. Ketika YAA KHS Pahang memberikan ucapannya, diimbas kembali detik perkhidmatan Kak JU di JKSP. Bermula penubuhan JKSP lagi Kak Ju adalah kakitangan terawal. 13 tahun bersama.

“Tuan, kalau boleh Kak Ju nak bersara di sini. Sebab dah terlalu lama Kak Ju kerja di sini”, itu antara kata-kata yang pernah dikatakan pada saya.

Itu hanya harapan. Hakikatnya tidak seperti yang diimpikan.

Dalam ucapan ringkas saya pagi tadi, sempat saya nyatakan terima kasih yang tidak terhingga atas kerja-kerja yang dilakukan oleh Kak Ju serta pertolongan-pertolongan lain. Tidak lupa, bantuan Kak Ju jugalah yang menolong saya mendapatkan rumah sewa yang sehingga kini saya diami.

Ucapan Tuan Haji Abu Kasim lebih istimewa. Dulunya di Kuantan, sekarang di Pekan. Katanya, memang apabila disebut ‘perpisahan’ perasaan itu memang sukar ditahan. Sehingga kadangkala takut untuk menyebutnya. Tidak hairanlah majlis ‘perpisahan @ pertukaran’ beliau dulu yang dirancang tertangguh hingga ke sudah.

Walaupun biasa ‘memisahkan’ pasangan tapi menghadapi ‘perpisahan’ sebegini bukan satu kebiasaan.

Kak Ju lebih sebak. Hinggakan enggan menyampaikan sepatah dua kata. Tidak sanggup dan tidak mampu.

DI SEBALIK PERPISAHAN

Seringkali perpisahan ini akan datang dalam hidup kita. Tidak kira atas nama apa. Ketika tamat persekolahan kita akan berpisah. Tamat pengajian juga begitu. Bahkan selepas tamat berkursus juga kita akan berpisah. Sudah adat, pertemuan ada perpisahan.

b0187.jpg

Namun perpisahan sebegini memungkinkan adanya pertemuan. Kemajuan teknologi membantu ‘meringankan’ derita perpisahan.

Kawan lama masih boleh dihubungi dengan telefon. Kemudahan pengangkutan juga memungkinkan pertemuan secara fizikal. Bukan sekadar dirancang, pertemuan kembali tanpa diduga juga boleh terjadi. Perpisahan ini ternyata ada ubatnya.

PERPISAHAN ‘ITU’

Menghadapi ‘perpisahan sementara’ ini mengingatkan saya pada satu lagi perpisahan yang akan saya hadapi. Bukan saya sahaja, tapi kita semua.

Perpisahan antara jasad dan nyawa.

Perpisahan menuju ke alam barzakh.

Inilah sebenar-benarnya perpisahanan.

Perpisahan antara yang hidup dengan yang mati.

Mengharapkan adanya pertemuan semula di sana dalam suasana gembira.

DETIK KEMATIAN

Tertulis kematian pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda
Miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari Allah kita datang kepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

inteam:: Album Nur Insani

8 Responses

  1. Perpisahan wajib bagi setiap insan, yang jarang sekali dikenang, apatah lagi untuk jadi topik perbincangan. kalau pun ada, bila ada saudara atau kenalan terdekat yang telah dijemput pulang, ketika itulah sedikit dibicarakan tentang kematian.

    Sedikit sahaja yang mengambil pengiktibaran. tentang hakikat kematian – pengembaraan panjang di alam baru, keseorangan, hanya amal menjadi teman.

    barzakh – boleh jadi satu taman dari taman-taman syurga, dan mungkin juga satu lubang dari lubang-lubang neraka.

    Allahumma ajirna minannar!!

    tahniah ilmuone, good writing. keep it up!

  2. Ya Allah biler ingat akan perpisahan yang PASTI ni..terasa kerdil..sgt diri ni..

    apa yang dah disediakan untuk mengadap Allah nanti..

    semoga kite semua berpisah dari dunia ini di dalam bahagia…

  3. Perpisahan? Itu hanya sebahagian daripada sunah alam. Pertemuan dan perpisahan dalam kehidupan hanya sebahagian daripada perjalanan hidup yang dilalui oleh setiap manusia. Perpisahan tidak akan dapat dielakkan dan ia berlaku dalam pelbagai bentuk. Sebab ia sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan, jadikanlah perkongsian hidup bersama sama ada dalam rumahtangga, di tempat kerja, kejiranan dan apa jua bentuk kehidupan secara bersama sebagai suatu perkongsian yang membahagiakan dan memberikan kesejahteraan kepada setiap ahli. Apabila perpisahan berlaku, yang diingati hanya kenangan indah dan perkara yang baik-baik sahaja untuk diingati. Perpisahan memang berlaku tetapi yang membezakan setiap perpisahan adalah nilai yang ditinggalkan.

  4. perpisahan adalah kehilangan
    lumrah manusia dan kehidupan
    hakikat yang perlu diterima dengan kesabaran
    itulah anugerah yg tuhan berikan
    kesusahan dan kesenangan
    semuanya bermula dengan keredhaan

    jika Tuhan menghendaki sesuatu kebaikan
    tiada apa yang dapat menghalang dari limpah kurniaan
    yang penting manusia perlu ada keberanian
    keberanian menghadapi perpisahan
    kerana perpisahan mengajar kita erti kedewasaan, persahabatan dan rahmat tuhan.

  5. Dwan: Terpana seketika membaca bait2 ayat yang letaknya pada makam yang tinggi.
    Persidangan nanti pergi tak?

  6. bila sebut saja PERPISAHAN pasti ramai yang sedih, terutama apabila perpisahan berlaku dengan insan yang disayangi namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

    Yang penting adalah perpisahan yang abadi nyawa dan jasad,
    semoga kita semua berbuat baik sebagaimana alam semesta yang sentiasa ingatkan dan ikut perintah penciptanya , untuk bekalan tempat yang kekal abadi nanti….. insyaalah

    baru balik seminar di K.L… contact Faizel x jawab ..takpalah..
    jumpa kawan-kawan sekuliah di ITM dulu , yang dah 15 th x jumpa selepas graduate, memang seronok .

  7. ayat dia tu yang hebat, sape la teman nak berbicara seunik bahasa….
    insyaallah pi sekeluarga…
    kira balik jenguk tempat teman dibesarkan…. sblm pindah ke perak

  8. Perpisahan…

    Setiap kali detik itu saya rasai, setiap kali juga air mata yang mengiringi detik itu.

    Sem lepas, berpisah dengan sahabat² baik yg sudah pun menamatkan pengajian pada semester lepas… memang air mata yang menjadi pengiringnya. Walhal, baru berpisah kerana masing² meneruskan perjuangan yang masih belum selesai.. belum lg berpisah nyawa…

    Mungkin setiap perpisahan itu agak sukar utk kita terima. Mungkin…

    oh ya, salam lawatan balas kembali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: