Dugaan Berkasih

showletter.jpg

 

Ungkapan ‘kasih’, ‘cinta’, ‘sayang’, diselangi cemburu bukanlah asing dalam drama-drama mahupun filem-filem Melayu. Tema yang menjadikan saya tidak mesra dengan penerbitan sebegini. Berbanding dengan CSI, Bones, 24, ER, Criminal Minds, X-Files, Harry Potter, dan yang seumpamanya, ia lebih dekat di hati.

Perasaan cinta, kasih dan sayang itu fitrah. Kerenggangan saya dengan tema sebegini tidak bermakna jiwa saya kosong tanpa perasaan sebegitu.

Tapi dalam membicarakan tentang ‘tema’ ini, saya tertarik dengan lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak saudara saya.

Satu, satu…. saya sayang Allah

Dua, dua… sayang Rasulullah

Tiga, tiga…. sayang ibu ayah

Satu dua tiga…. sayang semuanya…

Lagu tentang sayang. Lagu yang mengajar urutan kasih dan sayang. Liriknya mudah. Namun hendak mengamalkannya amat payah.

Itulah namanya dugaan berkasih yang hendak saya sampaikan. Bukan senang jalannya untuk menuruti saranan lagu tersebut. Jalannya berliku. Di kiri dan kanannya dipenuhi lambaian-lambaian cinta yang lain. Tidak salah membalas lambaian cinta itu. Asalkan tidak mengatasi rasa cinta yang sepatutnya.

Cinta dan kasih saya juga kini sedang diduga. Cinta untuk terus menulis di sini. Kesibukan tugas menduga saya dari terus menyemai cinta untuk terus menulis. Sesekali dugaan itu bersorak meraikan kemenangan menghalang cinta saya.

Dugaan itu datang lagi.

Tanda-tanda mendapat conjuntivitis telah mula ada pada saya. Ketidakselesaannya menyebabkan ruang untuk saya berfikir dan mengolah bahasa semakin sempit. Sesak.

Mungkin cinta saya untuk menulis perlu mengalah seketika. Cinta pada kesihatan lebih perlu saya utamakan.

b0093.jpg

Saya ingin berehat…

Hisham Ahmad

Kuantan Bandar Palma

13 Responses

  1. Hmmm… buat suspen jer karya ust kali ni…. Pada mulanya Akak fikir, tulisan mengenai cetusan rasa “terkini” ust terhadap kaum hawa…. Manalah tau, dah terpaut kasih dgn anak dara org…. Klu lah tak melanggar adat, dan tatasusila kita dalam bermasyarakat majmuk di M’sia ni, akak berhajat nak ‘pinang’ dan nak ‘melamar’ ust utk anak dara akak yg masih belajar tingkatan 4 tahun ni….. Sebab, dari sudut agama, tak salah kan? Tolong komen sikit…

  2. hah!!!!! hisyam sudah dilamar???nih berita panas nih…..huhuhu

  3. suspend je topik ni.ingatkan pasal apa tadi.

    Komen : Olahan kena tambahan skit. hehehe..

    Mesti ustaz kata mujur dia tulis gak. Klu tak, mesti tertanya2.

    Okey lah.. lepas rehat nanti sambung balik ek.

  4. Akak: Nak lamar anak akak dengan siapa? Tak salah perempuan yang nak dahulukan. Kalau nak lamar saya… saya minta maaf banyak2. Sebab saya dah pun ‘dilamar’ orang lain…

    Rahmat: tak tau nak cakap apa….

  5. ko dah ade org lamar ???bile nak makan nasik minyak jengka nih? tahun nih ker?

  6. aah erm terkonpius jap..naper nk rehat..aper2 pun..tenanglah dlm bercinta..seringlah hitung pahala..

  7. hehehe .. dah dilamar rupanya. teringat buku “ayat-ayat cinta” yang dibaca haritu🙂

  8. salam……

    Ust Sham……komen sikit on phrase ” Kalau nak lamar saya… saya minta maaf banyak2. Sebab saya dah pun ‘dilamar’ orang lain…”

    Nak tau gak!!!!!!

  9. Syahar: ko pun dah baca ‘ayar-ayat cinta’ ye? Minggu lepas ada nampak novel Fenomena Ayat-Ayat Cinta karya adik kepada habiburrahman, pengarang Ayat-ayat Cinta tu… Sekarang dah banyak karya habiburrahman di pasaran…

    Hanif: Rasanya tak perlu dikomen frasa tu….

    P/S : Apasal topik ni jadi hangat?

  10. Topik ini hangat coz itu adalah topik yang penting dalam kehidupan kita sehari-hari.’sayang’ dan ‘menyayangi’.

    Ala hisyam nape lak nak sembunyi klu betul-betul dilamar. Ok apa..he3..

    p/s : sorry klu terasa.

  11. sape yang dah nak kawin?
    volunteer nak menagku?

  12. ooppps …volunteer nak mengaku

  13. Hmmmm… Akak sebenarnya nak merisik jer…. Rupanya ust dah ada ikatan… tak mengapalah klu ust dah dilamar orang lain….. Jgn lupa, war-warkan tarikh majlis nikah dan makan nasi minyak tu yee….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: