Mengapa tidak di situ?

b0089.jpg

 

Sebenarnya banyak kali soalan ini ditanya pada saya. Saya tidak pernah menjawabnya, walhal saya ada jawapannya.

“Ko tak ada friendster ke?”
“Myspace ada tak?”

Pendedahan berani saya di sini. Jawapan kepada persoalan.

MEMBAWA NAMA

Sejak di Tingkatan Dua, saya sudah memiliki nama untuk dibawa. Net-net Enterprise. Itu trademark kepada signature saya. Tahun sebelumnya saya mencipta kod rahsia yang saya namakan FKOD HAIM. Nama yang muncul hasil daripada kajian saya terhadap simbol huruf. Saya terlalu obses dengan penyiasatan dan kajian ketika itu. Saya teruja dengan watak Sherlock Holmes dalam karya Sir Arthur Conan Doyle.

Pembawaan nama itu tidak lenyap, cuma sesekali muncul di dalam karya-karya saya. begitu juga dengan nama KAMALHISYAM yang saya usung bermula tingkatan lima. Menggunakan dua kalimah yang mengikut susunan arabnya tidak bersambung. Kamal dan Hisyam. Bukan Kamal al-hisyam kerana bunyinya akan menjadi Kamalulhisyam.

Ketika awal perkenalan saya dengan Ustaz Nazri Chik di APIUM, nama ini pernah ditanya. Kenapa guna ‘kamalhisyam’? Itu soalannya dan saya tidak menjawab. Tidak sempat kerana saya perlu ke BS (Bilik Seminar) untuk menghadiri tutorial.

Sebenarnya ia hanyalah sebagai ‘tanda ingatan’ kepada saya. Mengambil makna kamal dan hisyam. Kamal ertinya kesempurnaan. Hisyam membawa maksud kemurahan hati. Ya. Saya ingin menjadi orang yang pemurah. Pemurah dari setiap segi. Sempurna sifatnya. Tanpa ada rasa riya’ mahupun sifat mazmumah dalam memberi.

SEMANGAT YANG DIBAWA

Disebabkan saya mementingkan nama, maka saya kurang selesa meletakkan nama tersebut secara tempelan. Mahupun dibelakangkan.

Ini terjadi di friendster dan myspace. Nama yang dibawa terpaksa dibelakangkan. Bukan saya tidak ada akaun di frienster. Saya turut memilikinya tetapi bukan sebagai pilihan. Saya terpaksa. Saya sebenarnya terjumpa semula dengan sahabat baik saya ketika di Sekolah Kiblah. Sudah lama terputus hubungan.

Melalui pertanyaan saya kepada “Pakcik Google” berkenaan Sekolah Kiblah, saya dibawa kepada link friendster milik kawan saya. Untuk menghantar mesej kepada kawan saya itu saya perlu memiliki akaun friendster tersebut. Dengan rasa berat hati saya turuti perintah tersebut. Akaun tersebut tidak saya gunakan. Kerana nama yang saya bawa diletakkan di belakang.

http://www.friendster.com/kamalhisyam

Saya tidak selesa. Semangat saya pudar. Apatah lagi dengan keterbatasan yang diberikan dalam merekabentuk.

TEMPAT BERTEDUH

Saya memilih blog untuk membawa nama saya. Bukan di friendster mahupun myspace. Saya memiliki blog sejak tahun 2003. Bermula dengan blogdrive.com, kemudiannya beralih kepada blog.com. Berpindah pula ke blogspot.com dan kini berteduh di wordpress.com.

Itupun masih kurang selesa.

Kini saya membawa nama ilmuOne dan saya ingin meletakkan nama ini di tempat yang selesa. Tanpa perlu menumpang. Kerana sebagai penumpang saya terpaksa mengikut peraturan tuan rumah.

Saya inginkan kebebasan. Bebas menentukan susun atur di dalamnya.

4 Responses

  1. setuju dgn pendapat tuan yg arif…
    bebas merdeka untuk hala tuju yg lebih bermanfaat.
    apa yang penting nama yg dibawa itu bukan untuk perkara2 yg tidak baik. kerana nama imej kita terserlah. bukan untuk berbangga tetapi sekadar berkongsi rasa sesama muslim disamping menggapai kembali kenangan dan ukhuwah yg lama terpisah…

    Jika tiada kasih dan rindu
    Padamu oh tuhan yang satu
    Dunia yang indah terbentang luas
    Bagai dirundung awan hitam

    Namun hamba insan lara
    Terbias Cuma cinta dunia
    Yang palsu dan memperdaya

    Semoga kasih dan rindu itu
    Kan bersatu didalam kalbu
    Merimbun mekar dihati
    Seharum wangian kasturi

    Di bumi ku berdiri
    Dipayungi langit nan tinggi
    Kumencari cinta sejati
    Yang kekal dan abadi

    Dan ku pasti cinta itu
    Hanya padamu oh tuhanku
    Tertumpahlah segala rindu
    Yang kudus seputih salju

  2. Setiap kali dwan komen ataupun mula berbicara, saya pasti terdiam…. kalah dengan bahasa yang digunakan…

    Bila la hamba mampu bermadah sedemikian…😦

  3. wah2 perli nampak? awak tu yg hebat.. tertarik dengan penulisan hisham menyebabkan pembaca terkesima dengan keindahan bahasa yg dicoretkan. biarlah apapun tajuknya pasti bahasa2 indah menjengah disetiap penulisannya.
    simple, padat, indah dan mmg ada ummphh..

    teruskan lagi dengan tulisanmu.. sudah pasti sekembalinya dari johor nanti mesti banyak idea yg boleh diterjemahkan kedalam bentuk penulisan… xsabo nak tunggu nih…

  4. Segala pujian dikembalikan semula kepada Allah S.W.T

    “Johor. Tunggulah kehadiranku”

    Tapi rasanya tak dapat nak attend sampai habis program… Pagi jumaat dah ada meeting untuk gerak kerja Mesyuarat Agung Khas Kelab…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: