Lari dari biasa

sate.jpg

Si penjual sate yang menyembunyikan identitinya..

Sesekali dalam raut tenang bersilih kerutan kerisauan. Menjalani hari-hari dengan rutin yang sama, jadual yang serupa, tanpa sedar mengundang rasa mual.

Lari dari kebiasaan. Agar lebih rasa luar biasa.

Si ‘penggemar’ otak kanan, tumpuannya pada ruang imej, warna, ritma, khayalan.

‘Penggemar’ otak kiri, medannya pada bahasa, nombor, logik dan analisis.

Terasa ingin luar biasa, jadilah ‘penggemar’ otak kanan dan kiri!

Kali ini saya tidak terasa ingin menulis. Ada cerita lain. Lebih dari menulis. Saya dan cerita-cerita saya pada alam.

Semalam pasir-pasir pantai begitu asyik mendengar cerita saya. Cerita perjalanan hidup saya. Ada yang dirancang. Terlalu banyak yang tidak dirancang.

Bertemankan sang bayu, kami bersama- sama membaca bait demi bait puisi indah. Puisi tentang alam. Tentang metafora; insan dan alam. Tentang titik bengik perjuangan. Penghuni desa mahupun kota.

Ombak yang berlari-lari mengejar pantai sesekali mengusik pandangan. Ombak yang setia mendapatkan rindunya. Walau terasa sakit di badan. Mengharung sampah, kayu, tin-tin kosong. Kasihan kau wahai ombak. Kerana durjana manusia yang tidak kasihkan pada alam.

Sebab itu saya tidak ingin menulis kali ini. Temujanji saya pada alam amat bermakna. Rayuan dan pujukan tidak putus-putus. Kata alam , “Ceritalah lagi….”

……………….

Bertemu kembali di kemudian hari. Sedikit buah tangan untuk bacaan dan renungan sebagai pengganti.

kata2.jpg
Whatever you give to life, it gives you back.
Do not hate anyboody.
The hatred comes out from you will someday comeback to you.
Love others. And loves will comeback to you.

kata3.jpg
For everything you have missed, you have gained something else;
And for
everything you gain, you lose something else.
It is about your outlook towards life. You can either regret or rejoice.

 

KERANA AKU SEPERTI AIR

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara
Lantas…
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia

Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti

::Ust Hasrizal::


 

11 Responses

  1. askm n apa khabar?

    semoga terus sukses…

  2. Entri ‘lari dari biasa’ yang memang tak macam biasa….apapun, letakkan priority dalam setiap tindakan. tali yang berselirat dalam kepala perlu dirungkai satu-persatu, jangan biarkan kusut dan berserabut.

    Sedang menekuni buku ‘membina personaliti terbilang’. Cuba mencedok sedikit semangat buat memugar kembali semangat juang.

  3. Wa’alaykumussalam.

    Kak Na : Sihat macam biasa… macam kat INTAN dulu.. Kalau macam kat BTN, maknanya demam sikit. Teringat pada panadol yang Saffian bagi masa kat BTN pulak.

    I’m so sorry sebab masih tak dapat nak bagi pasal waqaf tu… Kawan kak Na tu kata, dia saja saja pergi interview PTN tu…

    najibah: Membina Personaliti Terbilang tu ana masih tak sempat nak beli dan baca. Setiap kali pergi kedai buku, lepas ambil mesti letak balik.

  4. ” untuk berjaya dan gagal sama susah. Buat apa memilih untuk gagal, sedangkan ada pilihan untuk berjaya ”

    – dipetik: Membina Personaliti Terbilang.

    nanti kalau ana dah habis baca, boleh lah kalau nak pinjam. Setakat hari ni, hampir kesemua buku motivasi HM Tuah ana dah baca, dan ada sesetengahnya ana beli buat koleksi. Memang tak rasa rugi!

  5. Ana cuma ada Membina Imaginasi Cemerlang, Membina Jatidiri Gemilang, Nak Ke Tak Nak, Biar Betul-betul.

    Kalau Novel, yang dah beli, Original. Hatimu Untuk Siapa pun dah beli dan dapat autograf dari Dr. HM Tuah serta nasihat2 dia… tapi ada orang pinjam dan hilangkan…. 😦

    Enrique Mengundang Jauh pun dah baca. Kisah Panglima Awang. membuktikan orang yang mula-mula mengelilingi bumi ialah orang Melayu.

  6. Mesti sedih bila ada orang pinjam buku yang kita sayang, kemudian buku tu hilang…hmmm..boleh jadi sedih bercampur geram.

    Mungkin lepas ni enta boleh masukkan unsur-unsur motivasi dalam entri akan datang.

    Khusyuk baca buku HM Tuah, sebab motivasinya RINGAN dan BERSAHAJA,tapi kena pada pembaca.

  7. Asssalamualaikum…

    Saya pun peminat setia kepada karya HM Tuah.Kesemua karya motivasi miliknya sudah saya miliki.

    Ia amat berguna kepada saya untuk menjalani kehidupan. Ia adalah teman setia dan rujukan sekiranya hati berasa gundah dan tension.

    Sekurang-kurangnya karyanya boleh menjadi pendorong dan memberi semangat kepada saya.

  8. setuju dengan harni.

    Sentiasa motivasikan diri dengan melihat semua pengalaman yang dilalui setiap hari sebagai pengajaran dan ilmu untuk diri..

  9. hmm mukilan tu mmg best tp pendek sangat le….
    perbincangan ttg alam pasti mengujakan lantaran ia lari dari kebiasaan. biasa tak semestinya selalu dan selalu tak semestinya sentiasa serta sentiasa tidak semestinya berlaku. ciptaan alam akan menjadi saksi kepada setiap perbuatan insan. Rahmat tuhan tidak akan kembali sehingga hari perhitungan berbekalkan amalan kerana insan berakal pasti mengetahui detik waktu itu adalah nafas yg tidak akan kembali. Detik2 yang terlepas sudah pastinya kehidupan berkurangan. ingatan sesama kita sangat diperlukan kerana manusia perlu menggunakan waktunya utk agama, diri, keluarga, negara dan seluruhnya… kenapa komentarku begini? menyahut seruan tuan…. lari dari kebiasaan

  10. Tahniah! pengisian yang memberi manfaat.

  11. I found just what I was needed, and it was enttreaining!

Leave a comment