Ingatan di pagi 1 Ramadhan..

 

puasa2007.gif

Setiap kali tibanya perayaan, peristiwa, dengan kemudahan teknologi kini, amat mudah ucapan -ucapan hendak disampaikan.

Saya tidak boleh menafikan bahawa saya sendiri menjadi penunggu setia kepada ucapan-ucapan ini.

Kiriman ucapan adalah tanda ingatan. Malah seringkali juga sahabat yang lama tidak mendengar berita, tiba-tiba muncul bersama ucapan.

Saya terharu. Apatah lagi menerima mesej yang bertalu-talu tidak berhenti.
Kiriman mengingatkan. Tanda sebenarnya tidak lupa.

Maafkan saya jika saya sebenarnya yang lama tidak menghantar berita.

Saya amat menghargai erti persahabatan. Berpisahnya kita hanyalah pada saujana mata yang memandang. Tapi letaknya ia dekat di hati.

 

Sakura ungu mempesona
Gugurnya di riba kembara

Namun tak mampu menyajikan
Walau secangkir nostalgia

Saujana hanya di pandangan
Di hati hanyalah sejengkal
Saujana jarak yang memisahkan
Di hati tidak berjauhan

utsukushii sakura wa
ki kara ochiteiru
hontou ni kono suto ri
ni uro no imi
aru no kana

me de tooku mieru kedo
kokoro ni tonari ni iru
kimi mou koko ni inai kedo
kokoro ni kimi ga mieru

Ucapan demi ucapan yang diberikan, nasihat dan peringatan, bukan sekadar penyeri suasana. Bercakap memang mudah. Melaksanakannya itu yang teramat payah. Kita yang bernama manusia seringkali tewas untuk ke peringkat melaksanakan.

Berguruh sahaja di langit, namun hujannya tidak.

Moga apa yang kita ucapkan, kita niatkan, benar-benar kita cuba laksanakan.

 

,c
(__)
..::iiiiiii::..
‘:.:’:.:”””:.:’:.:’

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan….
Moga mendapat keberkatannya…

Hisham Ahmad

8 Responses

  1. Daripada Abi Hurairah r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda : Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan (dengan solat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan (rahmat dan keampunan Allah) maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Di kampung Ramadhan
    Ada benih-benih iman
    Ada lorong-lorong taqwa
    Ada pepohon maghfirah
    Ada denai-denai kesabaran
    Juga..ada batas-batas nafsu
    Desir bayu Ramadhan yang mendamaikan
    Menyegarkan hati insan
    Yang mengharap damai dalam naungan rahmat Tuhan!

    Taqabbalallahu minna wa minkum!

  2. Syam,

    sms diterima sempena ramadhan :

    “Ukhuwah yang dibina bagai seutas tasbih,
    ada awal tiada penghujung,
    dicipta untuk mengingatiNya,
    dibahagi untuk cintaNya
    dan diratib demi redhanya”

    sedap jugak bunyinya ungkapan salam ramadhan ni…

    selamat menjalani ibadah puasa !

  3. Najibah : Syukran

    ikmalhamdi @ Ust iszam : Terima kasih ustaz untuk sms malam semalam.. jumpa esok…🙂

  4. Mungkinkah sekadar kebetulan? Recent entry as at 14 Sept 2007:

    ilmuone: “Ingatan di pagi 1 Ramadhan”

    saifulislam : ” Coretan Ramadhan di hari 1″

    Seperti sebelum-sebelum ni, selalu terjadi tajuk entri ilmuone dan saifulislam hampir sama, pada satu masa yang sama.

  5. Hm… itu la pasal… selalu terjadi macam tu…
    topik dah nak sama, tapi isi je yang berlainan…🙂
    sedangkan tidak pernah nak merancang untuk ‘bersama’.

    Kadang-kadang baru je nak post entri baru, tengok-tengok kat saifulislam pun baru juga dimasukkan… selalunya ilmuone akan mengalah….

  6. Hmm..nampaknya ilmuone ada ‘chemistry’ dengan saifulislam.

    ‘Chemistry’ nya mungkin kerana sama-sama ingin berkongsi pengalaman, penulisan yang digarap dengan ilmu dan pedoman, agar lebih ramai manusia menghayati cara hidup Islam dan mengenali Tuhan sekalian alam.

    Teruskan menulis..

    ” Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa kesakitan, tertawa tanpa kesedihan, matahari terang tanpa hujan, tetapi DIA menjanjikan kekuatan untuk hari itu, andai sandarannya iman. Kebahagiaan untuk airmata, terang dalam perjalanan. Ada suatu maksud untuk setiap kejadian dalam kehidupan. Mengajar kita bagaimana hikmahnya melihat dunia dari pandangan iman, dan melayari hidup dengan bekal taqwa “

  7. ni sms yang penah diterima :

    sentiasalah setting niat,
    upgrade iman,
    download sabar,
    upload usaha,
    delete dosa,
    update doa & topup ilmu,
    supaya dapatlah reedem pahala ramadhan!!

  8. hisham…..
    rajinnya ko…
    mcm tak sangka lak ko ni suka mengarang…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: