Puduraya (pudu’puasa’…)

puduraya1.jpg

“Bang, tiket bang”, sapa seorang penjual tiket pada saya setibanya di pintu puduraya.

“Tak apa, saya dah beli”, balas saya. Cuba melemparkan senyuman.

“Nak balik mana bang?!” Dia cuba berkeras.

“Kuantan”, sepatah saya jawab. Masih tersenyum.

“Mana tiketnya!” Sekali lagi ‘ulat tiket’ cuba menunjukkan sikap sebenarnya walaupun di bulan Ramadhan.

Tangan saya gapai ke wallet sebagai isyarat cuba mengeluarkan tiket. Dalam masa yang sama bersiap sedia sebarang kemungkinan. Buah-buah silat bila-bila saja akan dipraktikkan andai saya dalam keadaan terpaksa.

“KALAU SAYA ADA TIKET PUN SAYA TAKKAN JUAL KAT ABANG!”

Belum sempat wallet dikeluarkan, nampaknya ulat tiket tersebut sudah menyerah kalah. Cuba menyembunyikan kekalahannya dengan berselindung di sebalik suara yang dikuatkan.

Pulak!

Macam-macam jenis manusia. Alhamdulillah syukur kerana saya mampu menahan amarah. Inni So’im. Aku berpuasa.

Apa erti puasa?
Menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Itu takrif puasa yang sering diberikan.

Itu intipati umum. Namun dalam berpuasa, ia lebih dari itu. Menjaga segala pancaindera. Malah di dalam mencari keberkatan Ramadhan seboleh mungkin sifat mazmumah ( sifat buruk) diracun dan sifat mahmudah ( sifat terpuji) disuburkan.

Suatu tika dulu menahan marah bukannya mudah bagi saya. Kalaupun saya tidak menzahirkan, di dalam hati hanya Allah yang tahu segala macam kemarahan yang saya hamburkan. Muka merah menahan kemarahan. Tangan dikakukan agar tidak terlajak.

Saya pernah bergaduh ketika menjadi ketua darjah. Saya pernah bertekak dan hampir bertumbuk di kantin sekolah sehingga terpaksa dileraikan oleh kawan-kawan yang lain. Saya pernah… saya pernah… dan saya pernah….

Sedikit demi sedikit saya dapat mengubah diri saya. Namun, adakala walaupun kaki dan tangan sudah tidak lagi mudah ‘bercakap’, mulut saya pula yang beremosi.

Aib sungguh bila mengingati kembali.

b0020.jpg

Ketika di akhir zaman persekolahan, saya menerima nasihat-nasihat dalam bentuk autograf. Ada yang panjang. Ada yang pendek.

Antara yang masih saya ingat ialah, ‘komen’ seorang rakan tentang sikap saya. Pesannya supaya, tolonglah jangan marah-marah selalu. Marah biasa tidak apa. Tetapi marah yang berapi-api.

Saya akui saya pernah bertindak sedemikian. Satu kelas terdiam. Marah saya tidak berhenti. Terasa ketika itu bukan diri saya yang sebenarnya.

Saya berusaha dan terus berusaha. Alhamdulillah, sehinggalah kini. Inilah saya.

Ya Allah, jauhilah sifat amarah dari diriku.

Saya kini tidak lagi marah-marah. Saya ingin sentiasa tersenyum. Saya ingin mencontohi keperibadian Rasulullah. Mampu mengawal amarah. Menjadi manusia yang proaktif.

7 Responses

  1. bila nak marah, istighfar banyak2. selalu marah ni boleh kena high blood pressure nanti. alhamdulillah jika kita boleh kawal amarah kita tu…

  2. Sekarang saya dah tak marah-marah….🙂

  3. Sempat lagi ambik gambo kat pudu tuh…

  4. Rahmat:
    lama tak dengar berita. Masa event makan nasi kerabu kat rumah aziah hari tu ana tak dapat join, balik kampung. Hmm…dah lama tak buat gathering geng JJCM.

    Aziah ada bg cd koleksi gambar event JJCM utk enta, nanti ana pass kan pada wani utk bg kat enta.

  5. Najibah :
    Aziah ade bagitu gak yang enti blik kg time tu…rugi tak gi…takpe nanti lepas raya smbung balik gathering JJCM….ade org nak “open table” katanye…heheheh

    p/s : syam mintak izin nak berinteraksi ngan najibah gune blog ko…

  6. Rahmat:
    Sape yang nak ‘open table’ tu? faiz eh?dengar khabar nak tukar kerja baru. Tersedak faiz tengah beribadah kat mekah tu. Takpun kita minta aziah pulak, sejak kerja tempat baru ni tak ‘open table’ lagi

    Hisham:
    Maaf, Minta laluan di ilmuone untuk ‘communicate’ dengan rahmat (salah guna kolum ni)

    Pengunjung ilmuone:
    Mudah-mudahan hati semakin serasi menerima kunjungan tetamu agung ini

  7. Kepada siapa-siapa jelah :
    Tak kisah la nak bersembang ke, berpantun, bersyair, gurindam, dan apa – apa jelah kat ilmuOne ni… asalkan jangan ‘roboh’ pulak pondok durian ni sudah…. saya tak cukup duit nak bina balik pondok ni…🙂 🙂 🙂 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: