Luar kawasan….

c02192.jpg

Assalamualaykum….

Beberapa hari sebelum hari raya eid al-fitri saya sudah mula bercuti. Selepas bercuti sempena hari raya, saya perlu menghadiri beberapa program dan urusan luar.

Saya akan kembali semula pada 6 November 2007.

Hisham Ahmad
Kuantan Bandar Lestari

Salam Aidilfitri dari ilmuOne

kad-raya-hisyam.gif

Andai jemari taksempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Setidaknya, seuntai kata masih dapat diungkap.

Seiring beduk yang bergema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kuhulurkan salam lebaran,
Mohon maaf atas segala khilaf.

Selamat Menyambut Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Hisham Ahmad @ ilmuOne

Pulanglah anak rantau…

b0045.jpg

“Raya nanti balik tau,” pesan ibu ketika sedang menyapu sampah di halaman rumah. Saya setia berdiri bersama dengan kereta sorong. Mengutip daun-daun kering dan ranting-ranting pokok yang baru dipotong. Ketika itu tahun 1996.

“Jangan jadi macam tahun lepas pula. Semua beraya di sini. Isam sorang je takde”, sambung ibu lagi. Continue reading

Dengarkan mereka..

Gembirakan mereka

c0050.jpg

“Raya tahun ni ayah aku belikan baju warna hijau”, cerita Sulaiman. Terpancar kegembiraan di wajahnya.

“Eh, sama la dengan aku”, balas Mustadza, anak pengurus Felda.
“Baru beli semalam dekat Temerloh”, sambungnya lagi.

Sudah masuk hari ke 18 Ramadhan. Masing-masing bercerita tentang persiapan menyambut Aidilfitri.

Kelas agama waktu petang memang tidak berjalan seperti biasa di bulan Ramadhan.

“Saya baru nak beli petang ini”, Yazid pula menambah, merancakkan perbualan. Continue reading