Pulanglah anak rantau…

b0045.jpg

“Raya nanti balik tau,” pesan ibu ketika sedang menyapu sampah di halaman rumah. Saya setia berdiri bersama dengan kereta sorong. Mengutip daun-daun kering dan ranting-ranting pokok yang baru dipotong. Ketika itu tahun 1996.

“Jangan jadi macam tahun lepas pula. Semua beraya di sini. Isam sorang je takde”, sambung ibu lagi.

Tahun sebelumnya saya tidak pulang beraya bersama keluarga. Tahun di mana saya mula memasuki sekolah berasrama di Pedas, Negeri Sembilan. Tahun itu juga saya tidak pulang ke Jengka.

“Hisham, raya nanti cikgu tak balik Jengka. Keluarga cikgu beraya di kampung di Selangor”, kata Cikgu Rosli.

Kami jiran ‘seJengka’. Oleh sebab itu setiap kali pergi dan balik Negeri Sembilan – Jengka, saya akan menumpang Cikgu Rosli. Saya dan adiknya, Azrul Hakim sebaya dan berada di sekolah yang sama.

Maklumat itu lewat dikhabarkan pada saya. Maka saya diajak beraya bersama di kampung Cikgu Rosli. Itu perancangan asal.

“Cikgu Rosli kata, dia tak balik Jengka. Sham pun tak balik juga kan?” Tanya Ustaz Rosdi pada saya ketika berehat-rehat di hadapan Quarters.

Saya angguk.

“Hisham ikut ustaz balik Kerteh lah. Boleh?”, Ustaz Rosdi mempelawa.
“Nanti ustaz bagitau Cikgu Rosli yang Hisham ikut Ustaz”. Tambahnya lagi.

Itu perancangan yang kedua.

“Ustaz tak jadi balik la Sham, ustaz takut kita tak sempat balik awal ke sini semula lepas raya. Lagipun Sham periksa kan lepas raya?” jelas Ustaz Rosdi di suatu petang.

“Kalau macam tu ikut ustaz balik Kuantan lah”, Kata Ustaz Jaafar pula yang kebetulan ada di situ.

“Kalau sempat, nanti ustaz singgah di Jengka”.

Saya rasa itu rancangan paling ‘menarik’. Harap-harap saya berpeluang balik ke Jengka walaupun sebentar.

Dipendekkan cerita, saya beraya di Kuantan. Menjadi seperti anak itik yang mengikut sekumpulan anak ayam dan ibunya berjalan-jalan. Saya beraya di rumah yang tidak saya kenal. Hanya mengikut ke mana saja di bawa.

long-ago_0023.jpg

Saya yang berusia 13 tahun tidak pulang berhari raya bersama keluarga…😦

Hajat di hati untuk pulang ke Jengka juga tidakkesampaian. Dari Kuantan bertolak ke Negeri Sembilan. Meninggalkan harapan untuk bersama keluarga.

RINDU BONDA

Hari raya itu, semua adik- beradik saya berkumpul bersama. Tahun itu belum ada lagi pilihan-pilihan di mana hendak beraya. Tidak ada yang perlu memilih untuk beraya di kampung suami ataupun isteri. Kakak bertemu jodoh di Jengka Sebelas. Tidak ada masalah memilih tempat berhari raya.

Cuma saya yang tidak bersama.

Sebab itu selepas kejadian saya tidak pulang berhari raya, mak acapkali memberi ingatan supaya jangan dibiarkan peristiwa itu berulang lagi. Cubalah mencari jalan untuk pulang juga ke Jengka.

Pastinya ibu saya terasa dengan kehilangan salah seorang anaknya pada hari itu. Tidak pernah kami terpisah di hari raya. Apatah lagi berayanya saya di tempat yang tidak pernah saya jejaki.

Kini, kami semua semakin dewasa. Hanya sesekali dapat berkumpul bersama. Rumah yang dahulunya riuh rendah dengan suara kami kini semakin hilang ditelan masa. Tinggallah ibu menanti anak-anaknya pulang. Teringatkan wajah anak-anak yang dibesarkan tanpa suami di sisi sejak 11 tahun yang lalu. Seorang demi seorang wajah terbayang. Lantas bertanya, apa yang anak-anakku lakukan sekarang ini?

kerana-cintaku-saerah.jpg

Saya bengang betul dengan Saerah. Kesian Jibek, Mak We dan Yaya di kampung.
Harta yang dikejar tak kemana. Keluarga itu lebih utama…

MESRA SAMBUTAN

Setiap tahun apabila pulang kembali berhari raya di Jengka, ada sesuatu yang saya nantikan sebelum tiba ke destinasi.

Kain rentang buat anak rantau. Itulah yang saya nanti-nantikan. Sebelum masuk ke persimpangan Jengka Sebelas, selalunya sudah tergantung kain rentang menyambut kepulangan kami.

“SELAMAT KEMBALI ANAK RANTAU KE KAMPUNG HALAMAN. KAMI MENUNGGU KEPULANGAN ANDA SEMUA”

Selalunya setiap tahun bertukar ucapan. Saya akan tersenyum membaca ucapan itu dan saya akan membalas kembali.

“Anak rantau sudah kembali. Sambutlah kehadiranku di sini”

……………………..

Hisham Ahmad
Jengka tercinta, nantikan kepulanganku….

8 Responses

  1. askm!

    diucapkan selamat menyambut Aidilfitri semoga selamat sampai ke destinasi…

    makan ketupat bersama rendang
    duit dapat hati senang

    (untuk budak2 la…)

  2. herm..
    tengok entry ni.. rasa sayu pulak nak beraya taun nih..
    takpela.. taun depan insyaallah, kalau dipanjangkan jodoh..
    amin

    salam aidil fitri maaf zahir dan batin.

    p/s taun depan jgn balik rumah sane aje ye.. rumah sini kena balik juga……

  3. kak na: selamat beraya….

    ust iszam : jangan sedih- sedih ustaz…. datang je raya rumah saya..πŸ™‚ πŸ™‚

  4. Assalamualaikum..

    Selamat menyambut hari raya aidil fitri dengan penuh kesyukuran dan nikmat..

  5. Askm!

    selamat pulang anak rantau ke Jengka Sebelas bertemu semua ahli k`ga untuk beraya. Mohon maaf byk2 , panjang umur jumpa lagi Ramadhan 1429.

    kpd semua kawan2 induksi minta maaf juga jika ada silap & salah, kira 0-0 lah..

  6. lupa nak masukkan nama tadi..

  7. maaf tak sempat baca semua emel. Lepas raya yang ketiga terus masuk ofis kena siapkan paper untuk PTK Pegawai Gred 48 hingga 52. Pergi ke Awana Kijal Resort seminggu, hari ni masuk masuk ofis. Lepas ni pulak kena buat kursus PTK untuk Gred 44 pula. Apapun rasanya belum terlewat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan Induksi.

  8. sedih juga bila terkenang cerita tak dapat balik beraya… Saya pun sama…tahun pertama kawin terpaksa beraya di Kuala Lumpur. Tahun kedua beraya di Kedah, kampung halaman saya… Kesian juga bila memikirkan keluarga mertua kerana dah dua tahun tidak beraya bersama mereka.. InsyaAllah raya tahun hadapan saya dan suami akan beraya di johor dan akan membawa hadiah istimewa buat mertua iaitu baby pertama kami dan cucu sulung mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: