Khabar Ilmuwan Islam dan Hujah

ilmuwan-islam.jpg

ILMUWAN ISLAM

Pada 4 November saya menerima SMS daripada Ustaz Fasil Idris. Kandungannya berbunyi :

“Ilmuwan Islam 3 akan disiarkan pada 16 nov ini dan tahun ini tahun terakhir kerana kurang sambutan”

Benarkah begitu? Di manakah silapnya? Kekecewaan itu turut saya rasakan. Saya berpandangan kemungkinan waktu siarannya yang tidak sesuai. Tapi saya yakin dan percaya itu hanya faktor yang teramat kecil dan sebenarnya ia tidak memberi sebarang impak sehingga layak dikatakan “kurang sambutan”. Saya lebih percaya bahawa kebanyakan masyarakat kita tidak menggemari rancangan ini. Kononnya tidak sesuai. Apa yang mereka cari ialah tentang artis, hiburan dan segala macam yang tidak sama dengan rancangan Ilmuwan Islam, Jejak Rasul, Ar-Risalah, Al-Kulliyyah, Halaqah, Sakinah, Hujah dan seumpamanya.

Saya masih tidak dapat menerima bahawa kemungkinan Ilmuwan Islam 3 ini adalah penutup siri-siri Ilmuwan Islam. Masih tidak percaya. Masih …..

HUJAH

13 November 2007. Tajuk yang dibincangkan ialah :

Rasa tidak puas hati : Bagaimana nak diluahkan?

Merujuk kepada Perhimpunan Bersih pada 10 November maka tajuk ini menjadi pilihan. Ahli panel terdiri daripada Datuk Mohamad Aziz, Ahli parlimen Sri Gading dan Prof. Dr Mohd Fadli Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia.

Terus terang saya katakan tempoh setengah jam itu tidak cukup. Dan saya lebih tidak berpuas hati kerana pembawaannya berat sebelah.

Antara isi perbincangan ialah, masih banyak saluran yang boleh digunakan. Antaranya ialah dengan menggunakan media.

Saya tertarik situasi di mana ketika Prof. Dr Fadli Che Din menyatakan bahawa masyarakat boleh menulis di media untuk meluahkan rasa tidak puas hati, dan dijawab oleh pengerusi Hujah, Prof. Dr. Agus Yusof:

“Prof. sendiri pun tahu bagaimana keadaannya kalau kita nak keluarkan tulisan di akhbar….”
(begitulah kira-kiranya ayat tersebut)

Disebabkana ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati, maka saya telah menghantarkan emel kepada hujah@tv9.com.my . Saya sudah, anda bila lagi?

Hisham Ahmad
IlmuOne

6 Responses

  1. ramai lagi sdara2 kita kat luar tu yang tak ambil berat hal-hal macam ni…dia orang ni lebih suka terbitkan program hiburan, banyak untung kot…

    lama tak dengar berita kawan2… kak na ada exam paper akauntan negara on this coming 4/12/07 utk sah jawatan. tolong doakan yek… terima kasih…

    hisham dah confirm ke???

  2. Bila baca entri kali ini, teringat pengalaman bila Ustaz Alias (dulunya terlibat dengan Jejak Rasul – TV3, kini beliau di TV9), datang ke Takaful Malaysia (TM) untuk membentangkan proposal rancangan ‘Cari Menantu’, di mana TM adalah sebagai penaja program tersebut.

    Apabila ditanya oleh salah seorang ahli penasihat syariah kami tentang sejauhmana program berbentuk islamik ini bakal mendapat sambutan, ustaz alias bersungguh menyatakan:

    ” program Islamik ni bukan sahaja kurang dapat sambutan penonton, di peringkat dalaman lagi dah susah, stesen TV tak nak produce, sebab takde untung…”

    Apapun, saya respect usaha beliau yang bertungkus-lumus untuk meng’ada’kan juga rancangan Islamik. Semoga ramai lagi yang akan tampil untuk produce rancangan2 yang bermanfaat.

    Hakikatnya, masyarakat kita sudah terleka dengan aneka santapan dan sajian rancangan realiti TV yang dilakonkan, berbanding mengambil iktibar dari realiti sebenar sirah kehidupan para ulama’ silam.

  3. Ini kali pertama saya buka blog ini dan hati saya tersentuh dengan sms ustazfasil kepada saudara yang mengatakan ilmuwan islam tidak mendapat sambutan. baru-baru ini saya ada menonton ilmuwan islam episod jamshid al-kashi..yang saya tahu dalam bidang ini cuma al-kharizmi tapi episod ini telah menambah pengetahuan saya dengan persembahan yang sangat menarik dan berkesan ..rasa kecewa jika program yang bermanfaat seperti ini dihentikan. wassalam

  4. hujah merupakan rancangan yang sangat menarik, bukan saja dari sudut masalah yang diperbincangkan oleh penghujah, tetapi juga pengantaranya yang tidak dipengaruhi oleh kepentingan mana-mana pihak.

  5. assalamua’laikum…saya sebenarnya baru sahaja melawat ilmuone nie. amat tertarik jugak saya dgn isu2 yg terkini. saya amat berminat nak mengetahui tentang islam dgn lebih mendalam. dahulunya saya orgnya yg slalu tinggl sembahyang.selalu buat jahat. apa yg menyedarkan saya apabila saya selalu rs nak tengok tentang perkembangan islammasa kini. walupun saya tidak mempunyai pengetahuan agama yg bnyk, apa yg saya ingin kemukakan di sini ialah betapa pentingnya pengaruh tv berunsurkan islam, sbb walupun input atau penerimaan seseorag itu kurang, lama kelamaan ilmu yg di perolehi makin bnyk. ia akan mbuka minat untuk mengetahui keistimewaan islam yg sebenar. di harapkan rancangan2 yg berunsur islam tidak akan putus sama sekali,jgn biarkan unsur luar yg sentiasa igin mengelirukan umat islam kita. dengan ini saya berterima kasih kepada pihak yg bertanggungjawab menyiarkan rancangan2 yg berfaedah.

  6. Assalamualikum….. saya seuju…. memang betul saya x puas hati pngacaranya berat sebelah… tapi, tajuk yg dbincangkan kelmarin amat menarik…. ‘ketamadunan Islam dan pemodenan’… lbih krang begitu bunyinya. Dlam tajuk ini, kedua-dua panel saling bersepakat dalam mmberikan pendapat mereka. Pendek kata, pengacaranya x boleh nak berat sebelah dan akibatnya, dia yg kena……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: