IlmuOne melaporkan.

jaket.jpg
Wartawan lokasi

Banjir di Pahang.

Ramai yang bertanya kepada saya. Malah di awal bermulanya banjir ini, saya telah menerima SMS ucapan takziah dari sahabat saya yang jauh di utara semenanjung. Oleh itu, di sini saya ingin melaporkan sedikit berita berkaitan banjir yang kiranya ada kena mengena dengan saya.

Lain-lain berita telah sedia ada di kaca televisyen dan media cetak mahupun saluran internet serta pengguanaan teknologi yang lain. Tidak lupa juga, kaedah penyampaian maklumat melalui komunikasi lisan. Continue reading

Terputus hubungan.

once_upon_a_time_.jpg

Mungkin kerana lama tidak menulis, seakan telah terputus hubungan antara saya dan dunia blog. Itu tidaklah terlalu menyiat-nyiat hati dan jiwa raga. Apatah lagi sebab dan alasan saya tidak menulis adalah kerana ada urusan lain yang lebih utama perlu didahulukan.

Tapi terputus hubungan yang ini, lain benar rasanya. Pada awalnya terasa pedih, perit, sakit. Namun, semakin masa beranjak pergi saya semakin tenang dan ada kalanya tidak menghiraukan langsung apa yang terjadi. Hubungan itu seolah-olah tidak penting lagi buat saya.

Continue reading