Terputus hubungan.

once_upon_a_time_.jpg

Mungkin kerana lama tidak menulis, seakan telah terputus hubungan antara saya dan dunia blog. Itu tidaklah terlalu menyiat-nyiat hati dan jiwa raga. Apatah lagi sebab dan alasan saya tidak menulis adalah kerana ada urusan lain yang lebih utama perlu didahulukan.

Tapi terputus hubungan yang ini, lain benar rasanya. Pada awalnya terasa pedih, perit, sakit. Namun, semakin masa beranjak pergi saya semakin tenang dan ada kalanya tidak menghiraukan langsung apa yang terjadi. Hubungan itu seolah-olah tidak penting lagi buat saya.

Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah kesan daripada telefon bimbit saya yang telah tamat perkhidmatannya. Rosak. Tidak dapat dipulihkan. Sudah hampir 3 minggu.

                                7610_main.jpg
Telefon bimbit saya yang telah tamat perkhidmatannya.

Lebih memeritkan ialah apabila kesemua nombor telefon yang saya simpan turut tidak dapat diselamatkan. Saya sangka saya telah menyimpannya di dalam kad SIM. Rupa-rupanya tidak.  Semuanya di dalam telefon bimbit. Satu-satunya nombor telefon yang saya ingat ialah nombor telefon rumah di Jengka.

sonyericssont100.jpg
Telefon bimbit pertama yang saya miliki ketika tahun kedua pengajian di UMKL.
Dalam kejadian pecah rumah di rumah saya, telefon ini turut menjadi
antara barang yang dirompak.

Atas ehsan adik saya, dapatlah saya menggunakan telefon bimbitnya yang kebetulan jarang-jarang digunakan kerana dia sendiri telah memiliki telefon bimbit yang lain. Lebih menarik lagi ialah, telefon bimbit yang saya gunakan amat sukar menerima panggilan. Terkadang saya hanya mampu melihat panggilan yang diterima tanpa mampu untuk menjawabnya.  Bahkan untuk saya menghantar SMS pun nisbahnya hampir sama antara berjaya dan gagal.

Saya mohon maaf kepada mereka yang telah cuba menghubungi saya tetapi tidak berjaya. Tunggulah saat dan ketikanya bila mana saya akan memiliki telefon bimbit kembali yang sempurna.  Perancangan saya ialah dalam tempoh 2 atau 3 bulan lagi.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, nombor-nombor telefon yang saya simpan telah hilang. Sekiranya menghubungi saya, harap dapat disertakan nama.

Wassalam.

3 Responses

  1. w’salam…
    ye lah, agak lama jugak tak dengar berita.camana banjir kat sana?
    apa2pun, harap semua dalam keadaan baik.

    h/p:019-9342637
    off :09-6203584 (direct line)

  2. Banjir dah semakin surut. Masa balik kampung cuti baru ni, dapat la lihat kesan-kesan banjir. Jengka turut menerima ‘kunjungan’ banjir yang agak luarbiasa tahun ni.

  3. Askum..pa kabo?em,camner dengan “Kg. Jengka”?dah ok banjir?harap2 dikurniakan kesabaran tinggi dalam menjalani ujian getir yang Allah berikan sedikit di dunia nie..ok c u..selamat tahun baru 2008..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: