Untuk dilafazkan

 

daij21.jpg

“Mak, hari ni dah habis belajar kat UIA, tinggal nak periksa je lagi”, saya memaklumkan kepada ibu saya ketika membuat penggilan telefon ke rumah dua hari lepas.

“ Lepas ni dah tak ada kelas kat sana dah la ye?” Tanya mak.

“ Ha ah”.

“Boleh la balik selalu nanti”, nada suara ibu begitu gembira. Saya turut gembira.

Hampir 20 bulan saya berulang alik dari Kuantan ke Gombak / Kuala Lumpur setiap minggu untuk mengikuti pengajian saya yang dijalankan pada hujung minggu. Sedar tidak sedar sudah tiba ke penghujungnya. Saya begitu teruja. Kaki sudah tidak jejak ke bumi. Tangan sudah terasa menggapai awan.

Namun, ada sesuatu yang saya agak terkilan.

Ruang masa yang telah berlalu, hasrat untukbertemu sahabat-sahabat lama tidak kesampaian. Saya maksudkan rakan-rakan saya semasa di Sekolah Kiblah dahulu. Kini 10 tahun berlalu. Langsung tidak pernah bertemu. Seingat saya hanya dua orang yang pernah saya temui. Helmi dan SAO ( Shahrul Anuar Othman). Syahar yang kedua ibu bapanya di Taman Melewar pun masih tidak berjaya bertemu muka.

“Syahar, terima kasih sebab selalu juga hantar komen di ilmuOne ni”

Soya pula baru 2 bulan kebelakangan ini dapat dijejak kembali. Juga bertemu semula di IlmuOne. Masih tidak sempat mengatur pertemuan walaupun dia menetap di Ampang. Syukri, Kamal, Faridzman, juga khabarnya berada di sekitar KL, Selangor. Zainul Aznam langsung tidak dapat dikesan.

Bahkan saya turut terkilan kerana tempoh yang agak lama itu, saya hanya berkesempatan bertemu Ustaz Nazri sekali sahaja. Walaupun hampir setiap minggu melewati kawasan kediamannya.

Selepas ini, Kuala Lumpur bukan lagi destinasi yang akan saya kunjungi saban minggu. Jika tiada urusan penting, tiadalah saya di sana.

Menunggu hari.

Menanti waktu.

Untuk dilafazkan.

SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR.

Hisham Ahmad
Pahang : tiada seumpamanya.

8 Responses

  1. Alahai..sedih la pulak..hehe..takpe..ade rezeki..kiter mesti jumpa insyaAllah..tak pun kat akhirat kite pasti jumpa..betul tak?hehe..

    Nanti walimah ko,ko jemputla..bole jumpa jugakkan?

    ok see you

  2. salam sham.. err 20 bulan eh? langsung tak jumpe eh? isk isk . naya nih. hehehe aku pun salu jumpa helmi n sao je gak. ptg2. helmi join jogging. kadang gi salin baju kat blk sao. and helmi kadang2 join main futsal mlm2.

    tu lah kan. nazim jumpa time akak dia konvo dulu je la. 2 tahun lepas. huhu. raya haji hari tu. farid badaruddin, ismail jalnis, shahrizan samad, dgn zaki munir ada dtg umah beraya.

    zaki tu mmg x penah dijumpai sejak form 3!! haha. muka sama je lagi. ijan mmg dah jumpa last year dgn iskandar mamat sekali. farid n mail tu la 1st time jumpa dlm 3 tahun.

    zainul aznam hari tu selalu gak online YM. lately tak nampak pulak. tempat kerja dia dah ban YM kut. dia kerja dkt setapak je rasanya. dekat.

    farid dgn aku selalu je online YM.
    anything msg/add la
    y! starsmkj3
    y! blurlines (farid)

    semoga di lain hari dapat jugak rezeki berjumpa. hehe.
    salam.

  3. teman kini kembali…
    setelah lama tidak berkesempatan mencoret diruangan ini… selalu singgah utk membaca sahaja dan terima kasih kpd tuan empunya blog ni kerana sedikit sebanyak karya2nya mengimbau kenangan dan ade motif tersendiri yang cuba diluahkan…

    Kemboja putih dilingkar pandan,
    disulam pakis kuntum melati,
    memuja kasih biar berpadan,
    salam manis meruntun di hati.

  4. Nazim : Insya Allah…

    Syahar : Ramai jugak yang ko jumpa yek… kat sini tak boleh YM, tapi boleh guna yahoo beta…. kalau dapat alamat emel yahoo, mungkin akan tersenarai dalam senarai contact….

    dwan…. nantikan komen nasyid SF!

  5. Assalamualaikum wbt

    Tak terasa lah sham.. rupanye dah 20 bulan berulang ke uia.. bila nak abis ni rasa sedih la pulak.. pasal lepas ni memang confirm susah nak jumpa reramai cam dalam gambar kat atas tu..

    gambar kat dalam camera saya tak berapa clear la sham.. yg ramai2.. gambar lain tak dan nak masuk komputer lagi.. masih dok dlm camera.. nanti dah ada saya cuba emailkan..

    lepas nih bolehlah saya tolong promo blog ni as our official blog hehe..atau sham boleh buat untuk daij class official blog.. apa pun terima kasih lah dulu ..

    hehe.. wassalam

  6. Ust iszam @ ikmalhamdi:

    kalau nak jumpa semula ramai-ramai macam tu, mungkin la masa konvo. Tapi masa tu mesti semua sibuk dengan keluarga masing-masing….

    Oklah pasal gambar…

    Gambar yang kat atas tu dah diedit : dengan meletakkan bingkai, nama kursus, iium, dan di ‘grayscale’kan latar belakang…. sila sila la ambil. Free je. Kerja orang amatur dalam bidang design ni tak berapa lawa. Tak boleh nak cari duit….

    Blog ni memang untuk tatapan semua, nak buat untuk daij official blog sesi kita, rasanya tak dapat la…. 😉 😉 .. nanti tak terisi apa apa kat situ….

  7. salam. maaf bertanya. DAIJ di uia prospek kerjaya hanya untuk menjad lawyer shj ke? ke boleh ke bhgian islam yg lain. syukran

  8. Pretty portion of content. I just stumbled upon your weblog and in accession capital to
    claim that I get actually enjoyed account your weblog posts.
    Anyway I’ll be subscribing on your feeds and even I
    fulfillment you get entry to persistently rapidly.

Leave a comment