Untuk dilafazkan

 

daij21.jpg

“Mak, hari ni dah habis belajar kat UIA, tinggal nak periksa je lagi”, saya memaklumkan kepada ibu saya ketika membuat penggilan telefon ke rumah dua hari lepas.

“ Lepas ni dah tak ada kelas kat sana dah la ye?” Tanya mak.

“ Ha ah”.

“Boleh la balik selalu nanti”, nada suara ibu begitu gembira. Saya turut gembira.

Hampir 20 bulan saya berulang alik dari Kuantan ke Gombak / Kuala Lumpur setiap minggu untuk mengikuti pengajian saya yang dijalankan pada hujung minggu. Sedar tidak sedar sudah tiba ke penghujungnya. Saya begitu teruja. Kaki sudah tidak jejak ke bumi. Tangan sudah terasa menggapai awan.

Namun, ada sesuatu yang saya agak terkilan.

Continue reading

IlmuOne melaporkan.

jaket.jpg
Wartawan lokasi

Banjir di Pahang.

Ramai yang bertanya kepada saya. Malah di awal bermulanya banjir ini, saya telah menerima SMS ucapan takziah dari sahabat saya yang jauh di utara semenanjung. Oleh itu, di sini saya ingin melaporkan sedikit berita berkaitan banjir yang kiranya ada kena mengena dengan saya.

Lain-lain berita telah sedia ada di kaca televisyen dan media cetak mahupun saluran internet serta pengguanaan teknologi yang lain. Tidak lupa juga, kaedah penyampaian maklumat melalui komunikasi lisan. Continue reading

Terputus hubungan.

once_upon_a_time_.jpg

Mungkin kerana lama tidak menulis, seakan telah terputus hubungan antara saya dan dunia blog. Itu tidaklah terlalu menyiat-nyiat hati dan jiwa raga. Apatah lagi sebab dan alasan saya tidak menulis adalah kerana ada urusan lain yang lebih utama perlu didahulukan.

Tapi terputus hubungan yang ini, lain benar rasanya. Pada awalnya terasa pedih, perit, sakit. Namun, semakin masa beranjak pergi saya semakin tenang dan ada kalanya tidak menghiraukan langsung apa yang terjadi. Hubungan itu seolah-olah tidak penting lagi buat saya.

Continue reading

Pulanglah anak rantau…

b0045.jpg

“Raya nanti balik tau,” pesan ibu ketika sedang menyapu sampah di halaman rumah. Saya setia berdiri bersama dengan kereta sorong. Mengutip daun-daun kering dan ranting-ranting pokok yang baru dipotong. Ketika itu tahun 1996.

“Jangan jadi macam tahun lepas pula. Semua beraya di sini. Isam sorang je takde”, sambung ibu lagi. Continue reading

Mari berkenalan….

b0118.jpg

Tiada tulisan terbaru. Kali ini mari kita berkenalan sedikit dengan keadaan tempat kerja saya.

Saya tidak mahu bercerita pasal sejarah jabatan saya. Dan apa-apa sahaja tentang jabatan, kakitangan, tugasan dan yang terlalu berkaitan dengan kerja saya.

Jadi, saya hendak cerita apa? Continue reading

Puduraya (pudu’puasa’…)

puduraya1.jpg

“Bang, tiket bang”, sapa seorang penjual tiket pada saya setibanya di pintu puduraya.

“Tak apa, saya dah beli”, balas saya. Cuba melemparkan senyuman.

“Nak balik mana bang?!” Dia cuba berkeras.

“Kuantan”, sepatah saya jawab. Masih tersenyum. Continue reading

Salam Pertemuan, Doa Perpisahan

b0114.jpg

“Ustaz pun macam tu juga, bila ada masa terluang Ustaz akan hubungi kawan-kawan lama untuk jumpa dan makan. Masa tu banyak cerita-cerita lama akan keluar”, kata Ustaz Zamri pada saya lewat pertemuan 3 bulan lalu di Bandar Baru Bangi. Continue reading