Perpisahan yang bertandang

c0126.jpg

9 Julai 2007

“Nurul, mana Kak Ju?” tanya saya kepada Nurul, kerani di pejabat saya apabila melihat tempat duduk Kak Ju kosong.
“Kak Ju dah pindah la Tuan”, jawab Nurul

“Hah! Betul ke? Tanya saya kembali. Terasa musykil pula. Continue reading

Advertisements

Bicara tanpa suara

 

2.jpg

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itu memang diakui. Lontaran kata-kata boleh jadi memusnahkan diri. Antara kata-kata yang bersuara dengan kata-kata bisu tanpa alunan suara,yang manakah lebih berbahaya? Continue reading

KehendakNya dia pergi

9 Jun 2007 ( Sabtu)

Malam

Di dalam bas Transnasional, perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuantan
…………………

Kerusi 6C, saya bersandar keletihan. Kelas DAIJ yang selesai saya hadiri pada hari itu begitu memenatkan. Apatah lagi disertakan dengan kejutan demi kejutan tentang ujian dan peperiksaan yang akan saya hadapi. 3 minggu saya tidak menghadiri kelas kerana berkursus dan sekembalinya pula ke kelas, perubahan jadual pula menanti. Rata-rata sahabat saya terkejut dengan tarikh peperiksaan yang diawalkan serta beberapa ujian yang diadakan pada saat-saat terakhir.

Sambil mengelamun dan cuba membebaskan rasa keletihan, akal saya pantas merancang langkah-langkah yang perlu saya ambil dalam menghadapi situasi ini. Saya perlu mengambil cuti untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba handphone saya berbunyi menandakan ada mesej yang baru tiba. Continue reading

Selingkar kisah; Induksi dan Kenegaraan

c0019.jpg

Atas permintaan beberapa orang sahabat, saya akan kisahkan ceritera tentang semusim perjalanan ketika menjalani Kursus Induksi dan Kursus Kenegaraan. Ribuan kemaafan sekiranya latar penceritaannya tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya. Cerita ini cerita dari satu pihak. Saya olahkan berdasarkan sudut pandangan saya sendiri kerana saya hanya memahami apa yang saya lalui.Sekiranya ada tambahan-tambahan ataupun pembetulan yang ingin dikongsi, ruangan ‘komen’ sentiasa bersedia untuk diisi.

———————–

Induksi di Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia , Kampus Wilayah Timur, Kemaman.

13 Mei 2007 (Ahad)
5.10 petang.

Mendaftar untuk penginapan. Saya diletakkan di bilik 110. Sebilik dengan Ustaz Abdul Karim.
Jam 8.30 malam, taklimat warden. Saya dan beberapa orang peserta lain (antaranya Ustaz Abd Karim, Ramzul, Faiz dan Shaharon), lewat masuk ke dewan untuk mendengar taklimat. Kami telah menunggu di luar Bilik Permaisuri tanpa mendapat maklumat lokasi telah ditukar. Setelah lokasi dikenalpasti, akhirnya saya berjaya mendapat tempat duduk di belakang sekali. Sekadar kerusi. Tanpa meja. Hanya memandang dan mendengar butir bicara warden dari kejauhan. Kabur. Saya lupa memakai kaca mata.

Tamat sesi taklimat. Sesi pendaftaran online pula menyusul. Tidak ada yang menarik untuk diceritakan. Cuma terpaksa bergilir-gilir membuat pendaftaran. Continue reading

Sudah lama rupanya…

c0191.jpg

 

Kata orang, kalau kita sedang memasak kari, kita tidak berapa sedar akan harumannya. Orang luar pula yang menikmati aromanya. Umpama seorang isteri yang sedang memasak, tiba-tiba suami yang di ruang tamu datang ke dapur lalu menegur akan keenakan aromanya yang sampai ke ruang tamu. Maknanya, kita selalunya sedar bila ada yang mengkhabarkan kepada kita atau kita sendiri perasan melalui suasana.

Continue reading

Aktiviti lepas..


Ke mana saya menghilang dalam seminggu yang lepas, 8 Mac hingga 13 Mac 2007?

  • 7 Mac – Jam 7.30 malam bertolak pulang ke Jengka dari Kuantan. Tiba jam 9.30 malam.
  • 8 Mac – Selepas solat Subuh bertolak ke Rumah Rehat Tanjung Lipis untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan dan Pembangunan
  • 9 Mac – Masih di Rumah Rehat Tanjung Lipis. Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Akaun.
    • Tengahari – Bertolak pulang ke Jengka
    • Selepas Solat Jumaat bertolak ke Kuala Lumpur
  • 10 Mac – Pagi-Menghadiri kelas di UIAM. Bertolak pulang ke Jengka semula selepas kelas tamat pada jam 3.30 petang.
  • 11 Mac – Pagi – Bertolak ke Kuantan untuk sesi Percutian Bersama Keluarga. Sebuah kereta Wira SE, sebuah kereta Kancil dan sebuah ‘lori perniagaan’. Petang berkunjung ke Teluk Cempedak. Rancangan untuk ke Pantai Batu Hitam dibatalkan berikutan tragedi lemas yang baru berlaku di situ pada hari sebelumnya.
  • 12 Mac – Pulang semula ke Jengka bersama keluarga.
  • 13 Mac – Tengahari, bertolak pulang ke Kuantan

14 Mac- hari ini. Keletihan masih terasa. Saya hampir-hampir tidak dapat bangun pagi tadi untuk ke pejabat. Saya inginkan rehat yang berkualiti…

Sekaki Payung…


Alkisah sekaki payung. Memang saya berhajat untuk membeli sekaki payung. Sejak memiliki kereta, tidak ada apa-apa aksesori yang saya letakkan di dalam kereta. Melainkan sekotak tisu, sebuah buku kosong dan dua batang pen. Belum tiba masanya saya ‘berkampung’ setiap hari di dalam kereta. Motor masih menjadi teman akrab untuk bergerak. Memikirkan ‘kekosongan’ kereta saya, maka satu-satunya barang tambahan yang perlu dibekalkan ialah sekaki payung.


Kelas saya dua hari lepas ( 3 Mac 2007) lewat dimulakan. Kebetulan dalam waktu yang sama satu seminar diadakan di AIKOL bertajuk “Seminar Keganasan Rumahtangga”. Mengambil kesempatan yang ada dan dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja, dapat saya menyertai seminar tersebut berserta cenderahati sumbangan Takaful Ikhlas iaitu SEKAKI PAYUNG.

Sepanjang hari dalam perjalanan pulang, saya kini ditemani sekaki payung. Singgah di KINOKUNIYA KLCC, berpatah balik ke stesen Jelatek untuk berurusan dengan ahli KTI, transit di Masjid Jamek dan meninjau urusniaga-urusniaga yang rancak berjalan; tetap setia dengan SEKAKI PAYUNG.

Dalam keadaan biasa, mungkin ini tidak akan saya lakukan. Tapi, sepanjang hari bersama payung, terasa semakin akrab. Payung saya ini boleh dijadikan sebagai senjata andai ada watak-watak tambahan yang ingin melakukan onar. Lagipun saya tidak pasti ilmu persilatan yang saya miliki sudah cukup ampuh untuk itu.

Berbicara tentang payung, teringat saya pada zaman kanak-kanak. Dengan payung besar berwarna hitam yang dikembangkan, saya akan melompat dari beranda rumah ke tanah. Seolah-olah sedang melakukan aksi terjunan menggunakan payung terjun.

Teringat juga pada teka teki bertemakan payung.

Dalam perjalanan ke sekolah, Salmah, Aminah dan Fatimah telah berkongsi payung. Ajaibnya, sesampai di sekolah yang jaraknya 500 m, mereka langsung tidak dibasahi hujan! Mengapa?

Jawapannya: Kerana mereka menggunakan payung untuk melindungi dari terik matahari.

Entah kenapa, bila teka-teki ini saya berikan, bermacam-macam jawapan yang diberikan. Mungkin payung terlalu sinonim dengan hujan. Walhal kita mengetahui fungsi payung juga untuk melindungi dari terik panas matahari. (Ketepikan fungsinya sebagai payung terjun sebagaimana yang saya lakukan di zaman kanak-kanak hingusan!!)

Apabila payung berfungsi untuk melindungi dari panas mentari, satu situasi yang menggetarkan muncul di fikiran saya.

Di padang mahsyar kelak, ketika matahari berada sejengkal di atas kepala; tergolongkah saya di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah?