Sudah berpindah..

Saya sudah berpindah ke http://www.ilmuone.com

pindah1.jpg

Terima kasih.

Hisham Ahmad

Advertisements

Luar kawasan….

c02192.jpg

Assalamualaykum….

Beberapa hari sebelum hari raya eid al-fitri saya sudah mula bercuti. Selepas bercuti sempena hari raya, saya perlu menghadiri beberapa program dan urusan luar.

Saya akan kembali semula pada 6 November 2007.

Hisham Ahmad
Kuantan Bandar Lestari

Salam ilmuOne

c0194.jpg

Assalamualaykum wrh. wbt

Bermula esok, saya akan ‘dihadapkan’ dengan kertas ujian dan seterusnya saya sendiri perlu mengadap bahan-bahan untuk disiapkan tugasan pengajian. Selepas itu, sekali lagi saya akan ‘dihadapkan’ dengan ujian dan peperiksaan.

gari.jpg

Dalam tempoh tersebut, tangan saya akan digari daripada memasukkan entri baru di sini. Tapi mungkin juga seandainya saya dapat mencari kunci gari tersebut, maka tidak mustahil akan ada lagi entri dalam tempoh tahanan itu nanti! Siapa tahu?

Jika dalam masa seminggu selepas tamat tempoh penahanan saya masih juga belum muncul, mungkin ada sesuatu yang tidak terduga berlaku disekeliling saya. Segeralah hubungi saya.

Sekiranya terlalu lama juga saya tidak muncul, tanpa khabar berita, tanpa sebarang pesan, mungkin itu tandanya salam saya di sini adalah salam yang terakhir.

Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat.

Wassalam.

Hisham Ahmad

Kuantan, Pahang.

logo-io.jpg
::ilmuOne::
I want my existence to be necessary to others…

Cuti rehat dan cuti kahwin..

 

c0193.jpg

 

Bermula 26 hb April 2007 hingga 2 Mei 2007 saya akan bercuti.

Cuti rehat selepas kursus baru-baru ini dan sebelum kursus yang akan saya hadiri. Bulan hadapan jadual saya penuh dengan kursus, mesyuarat dan program bermula 7 Mei sehingga 2 Jun 2007.

Dalam tempoh cuti itu nanti, saya akan mencari peluang mengahwinkan pokok-pokok salak di belakang rumah saya. Sudah beberapa kali tidak sempat mengahwinkan pokok-pokok tersebut ketika pulang ke kampung. Hanya sempat mengutip hasilnya sahaja.

Zon Sibuk

busy.jpg

Salah satu perkara yang perlu kita ingat ialah, masa lapang sebelum masa sibuk. Saya kini berada dalam zon SIBUK yang memaksa saya melupakan seketika untuk menulis.

Semoga diberikan kesempatan dalam ruang masa ini untuk saya berusaha untuk menulis.

Amin Ya Allah.

Memo Sementara..

Tapi, selalunya ia sekadar dibuat ala-ala ‘Taubat Sambal Belacan’. Bibir kata pedas, tapi jari masih lagi degil nak ‘mencuit’ sambal dan dimasukkan ke mulut. Biar mata berair menahan kepedasan. Tapi demi kepuasan nafsu makan, sambal belacan tetap di’lahap’.

Saya tak pasti memo ini pun seumpama ‘sambal belacan’ atau pun tidak.

sekali lagi :(

assalamualaykum…

sekali lagi perlu dinyatakan…
minggu hadapan saya akan berkursus di Kenyir Lake View Resort Terengganu selama seminggu..
harap kepada sahabat2 dapat menjaga blog ini sepanjang ketiadaan saya…

dan saya sebenarnya dalam proses mencari idea bagi menghasilkan BLOG UMUM untuk kita kongsi sebagai KOLUMNIS…

sekian dimaklumkan…