Hadiah perkahwinan..

Cuti sekolah dan majlis perkahwinan. Kalau di kampung saya, Jengka Sebelas, cuti sekolah inilah menjadi ‘gelanggang’ majlis perkahwinan. Jika cuti sekolah selama seminggu, maka bukan perkara yang pelik kalau majlis perkahwinan juga berlangsung pada setiap hari. Rentak perjalanan di Felda tidak sama dengan kehidupan berorientasikan ‘office hour”. Jadi tidak menjadi kesulitan untuk dilangsungkan majlis pada hari ‘bekerja’. Cumanya mungkin mendatangkan sedikit kesusahan kepada tetamu-tetamu yang terikat dengan rutin ‘bekerja’.

Bukan niat saya menceritakan perihal majlis perkahwinan tetapi tentang hadiah perkahwinan. Hadiah buat pasangan yang baru diijabkabulkan.

Ketika sesi membuka hadiah mungkin ini akan berlaku.

Continue reading

Petunjuk Bagi Mereka yang Bertaqwa..

Baru semalam 17 Ramadhan kita tinggalkan. Tarikh Al-Quran diturunkan ke Loh Mahfuz. Hari yang dinamakan Nuzul Al-Quran.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 1 dan 2, maksudnya:
“Alif Laam Miim. Inilah Kitab Al-Quran yang tidak ada sebarang syak padanya, dan ia juga menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”

Kita mengakui Al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Dan kita mendambakan untuk menjadi di antara golongan orang yang bertaqwa. namun, sejauh mana kita mengambil Al-Quran untuk dijadikan sebagai petunjuk bagi orang yang bertaqwa?

Al-Quran memberikan banyak peringatan kepada kita. Khabar gembira dan khabar menakutkan. Hamparan ilmu terkandung seluas-luasnya nya di dalamnya. Saranan dan panduan hidup terukir indah padanya. Keagungan dan kebesaran Allah dipamerkan untuk dihayati. Makaa nikmat apakah lagi yang hendak didustakan?

Al-Quran sebagai petunjuk bagi yang bertaqwa. Adakah dengan sekadar membacanya kita mampu menyelami rahsia-rahsia yang terkandung di dalam setiap bait-bait ayat dan kalimah Allah yang Maha Esa? Berapa kali kita menelaah dan mentadabbur Al-Quran. Adakah kita cuba untuk memahami maknanya,juga menghayati tafsirannya?

Sematkan dalam diri, mulai saat dan tika ini, Al-Quran akan kita benar-benar jadikan petunjuk untuk diri kita.

Subuh 2 Ramadhan 1427 H…

Selesai bersahur saya menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Seakan hampir menitis air mata setibanya di masjid. Benarkah apa yang dilihat? Alhamdulillah, jemaah kali ini ramai. Dan memang ramai jika dibandingkan sebelum ini.
10 saf bukanlah suatu angka yang biasa dilihat. Jika untuk solat maghrib dan isyak sebelum ini (bukan bulan Ramadhan dan ketika diadakan ceramah ust. Ismail kamus), jumlah saf hanya menjangkau 5 saf sahaja. Dan, di subuh 2 Ramadhan 1427, 10 saf jemaah hadir untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Andainya ini dapat dikekalkan alangkah tenangnya rasa hati.

Ayat-ayat Cinta

Sejenak saya termenung seketika. Novel AYAT-AYAT CINTA baru selesai saya baca untuk kali yang kedua lewat malam tadi. Sukar untuk digambarkan apakah yang akan saya lakukan jika Fahri itu adalah saya. Ternyata hati ini tidak begitu kuat…

Dan bagi saya, novel AYAT-AYAT CINTA ini amat berharga. Lantas saya cadangkan pada sahabat2 untuk memilikinya. Dan saya juga menjadikannya hadiah buat insan-insan yang dekat di hati. Agar sama-sama berkongsi rasa apa yang tersurat dan tersirat.

Ayat-ayat Cinta versi cetakan Indonesia.

sensitiviti kita..


بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat-sahabat pembaca sekalian. Sedarkah kita tentang isu berkaitan Islam ketika ini? Pernahkah kita cuba mengambil tahu? Adakah kita hanya mengetahui tanpa membuat sebarang tindakan susulan?Seluruh mata dunia kini tertumpu pada kes Lina Joy yang begitu menghenyak dan mengasak perasaan umat Islam. Kebebasan hak asasi (dalam konteks ini ialah untuk beragama) kini diperjuangkan untuk diberikan kebebasan yang mutlak tanpa ada apa- apa sekatan. Kedudukan Islam kini tercabar, dan adakah kita hanya berdiam diri sahaja? Adakah kita masih menyumbat minda dan pemikiran kita dengan semangat cintakan hiburan duniawi semata? Adakah air mata kita untuk kisah-kisah artis dan ‘bakal artis’ sahaja?

Bukan menjadi rahsia lagi, implikasi terhadap kes Lina Joy ini akan meletakkan maruah Islam bakal menyusuri jalan ke kanan atau ke kiri. Kes yang kini meletakkan agama Islam, Institusi Islam bahkan corak masa depan generasi mendatang pada satu persimpangan. Dan tidak sepatutnya kita membiarkan sahaja ia menunggu saat diputuskan kedudukannya tanpa ada usaha dari kita.

Sahabat-sahabat pembaca sekalian.
Paling kurang apa yang boleh kita lakukan ialah memanjatkan doa kepada Allah agar kes Lina Joy ini akan memihak kepada kita, pencinta agama Allah yang tidak ingin melihat maruah Islam dipijak semahu-mahunya. Disamping berdoa, luangkanlah masa untuk menunaikan solat hajat demi keagungan agama Islam ini. Jika ini pun tidak mampu kita lakukan… apa lagi yang hendak diharapkan.. Apakah kita hanya sekadar mahu menjadi pemerhati yang tidak pernah cuba membela Islam!! Amat malang jika kita termasuk dikalangan mereka ini… kerana kita yang akan rugi.. rugi dunia dan akhirat.

Renungkanlah, fikirkanlah… Ayuh terus bertindak!!!!!!